Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a.
bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman: “Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku
di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya
nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih
dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Kelebihannya
1.
Dia tergolong dikalangan orang-orang
yang tidak lalai daripada mengingati Allah
2.
Allah akan membina baginya mahligai
didalam syurga3. Diberikan ketenangan dalam hati dan kepuasan dalam setiap pekerjaan.
4. Menarik rezeki dan menolak kepapaan.
5. Diberikan rezeki ( bukan sahaja dalam bentuk kemewahan wang ringgit sahaja ) tetapi rezeki anak yang soleh, isteri atau suami yang bertanggungjawab dan menenangkan jiwa, pekerjaan yang halal dan diberkati.
6. Allah memudahkan segala urusan
7. Diberikan rezeki sihat tubuh badan
8. Diberikan rezeki keturunan yang soleh dan dihormati.
9. Diberikan rezeki rakan sekerja, jiran-jiran, sanak saudara dan orang sekeliling yang baik budi pekerti.
Waktunya
Dari setelah matahari meninggi
sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak,
iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu
tersebut.
Rakaatnya
Dari paling sedikit dua rakaan dan
mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang
daripada dua rakaat.
Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha,
maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk. Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan
salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.
Rakaat Pertama
1. Niat dalam hati dengan berkata, ”
Sahaja Saya Solat Dhuha dua rakaat kerana Allah ”
2. Takbir3. Baca Doa Iftitah
4. BacaTa’awwudz
5. Baca Surah al-Fatihah
6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih (Mana-mana surah berikut - As- Syam, Ad-Dhuha, AlKafirun, Ayat Kursi)
7. Takbir dan rukuk
8. Iktidal dan bacaannya
9.Sujud dan bacaannya
10. Duduk dan Bacaannya
11. Sujud dan bacaannya
12. bangun rakaat kedua dengan takbir.
Rakaat kedua
1. Baca surah al-Fatihah2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih (Mana-mana surah Ad-Dhuha, Al Ikhlas)
3. Takbir dan rukuk
4. Iktidal dan bacaannya
5. Sujud dan bacaannya
6. Duduk dan bacaannya
7. Sujud dan bacaannya, kemudian dibaca dalam hati doa dibawah juga doa yang kita mahukan dan hajatkan
8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
9. Salam Penutup
Kemudian kalau di kehendaki,
ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya
hingga 12 rakaat semuanya. Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita
sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta
sebanyak doa yang di khendaki. Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu
yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.
Doa Solat Dhuha
Selesai solat, bolehlah dibacakan
doa berikut, dan dibawah adalah pengertiannya:
“Ya Allah, sesungguhnya
waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu
keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan
perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit,
turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha,
kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang
Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh
Dengan sedikit pendedahan tentang
rahsia solat Dhuha ini, dapat membuka hati kita untuk mula menjadikan dhuha itu
amalan harian. Insyallah…
Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang
bermaksud:
” Barangsiapa yang
melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10
kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia
mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa
yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh
Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing
persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan
setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu
sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat
itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat
Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)
Terima kasih berkongsi ilmu dan memberi penjelasan mengenai solat dhuha. Juga terima kasih kerana mendoakan setiap pembaca blog saudara. Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati saudara sekeluarga dengan kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan di dunia hingga ke akhirat. Insya' ALLAH.
ReplyDeleteRaiyan Raif - Sekadar berkongsi ilmu kepada sesiapa yang mahu berkongsi dan mengamalkannya.... Mendoakankan orang lain salah satu sunah Rasul jadi saya mengikut apa yang dibuat oleh Baginda, terima kaseh juga mendoakan saya.
ReplyDelete