DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Wednesday, April 16, 2014

Selepas Akad Nikah, Lafaz Yang Patut Dilakukan

Lafaz merupakan suatu kata-kata yang diucapkan oleh seseorang bagi menyampaikan maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati atas apa yang diucapkan. Masa kini yakni zaman serba moden, lafaz-lafaz akujanji dan pengakuan makin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lalu ia tidak memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin. Mari kita lihat dan baca antara lafaz yang baik untuk suatu majlis akad nikah.
1. LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca: “Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..”

Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut: “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”

2. LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)

Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati: “Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..”

Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin: “Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah SWT”
3. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)

Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut: “Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah SWT ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin”

4. PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)

“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..”
5. TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)

“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”

Kemudian salam dan cium tangan ibu ayah.

6. LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI)

“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut:
1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.

aya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah..”
Moga pasangan yang akan bernikah selepas ini dapat mengamalkan lafaz-lafaz di atas agar ia memberikan kesan atas setiap individu yang berjanji akan tugas dan tanggungjawab mereka di alam rumahtangga.

Tuesday, April 15, 2014

Ukuran Pendengaran dan Kesan Bunyi


Kajian menunjukkan 60 peratus orang yang berusia lebih 60 tahun mengalami masalah kehilangan pendengaran. Menurut Pakar Pendengaran di Bay Audio Malaysia, Andrew Campbell, rakyat Malaysia dan penduduk di Asia kurang mengutarakan masalah pendengaran berbanding di Australia.

"Lebih kurang 20 peratus pesakit yang mengalami kehilangan pendengaran akan mencari penyelesaian untuk masalah mereka. Di Malaysia, dianggarkan hanya lebih kurang 0.5 peratus akan melakukan demikian, mungkin disebabkan kurang maklumat di mana untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui di Bay Audio, The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Pendengaran sihat tambah Andrew, bunyi diukur dalam unit desibel. Bunyi dari peti sejuk ialah 45 desibel, perbualan biasa adalah kira-kira 60 desibel, dan bunyi bising dari lalu lintas bandar yang sibuk boleh mencapai 85 desibel. "Sumber bunyi yang boleh menyebabkan hilang pendengaran akibat bunyi bising termasuklah daripada bunyi motosikal, mercun, dan senjata api, yang menghasilkan kekuatan bunyi daripada 120 hingga 150 desibel," ujarnya. Sementara itu, pendedahan yang lama atau berulang-ulang terhadap bunyi pada atau melebihi 85 desibel boleh menyebabkan masalah hilang pendengaran.

Semakin kuat bunyi, semakin cepat masalah hilang pendengaran akibat bunyi bising berlaku. "Bagaimanapun, bunyi yang kurang daripada 75 desibel, walaupun selepas pendedahan yang lama, tidak akan menyebabkan kehilangan pendengaran," katanya. Ukuran bunyiAndrew menjelaskan, pendengaran diukur pada tahap kebolehan seseorang mendengar bunyi paling perlahan yang boleh didengar. Nada bunyi diukur dalam hertz dan kekuatan bunyi diukur dalam bentuk desibel iaitu daripada 0 ke 140 desibel.

"Kami telah mencipta alat pemeriksaan pendengaran berinovatif untuk membantu pelanggan menguji keadaan pendengaran mereka dalam masa lima minit sahaja melalui skrin sentuh yang mudah. Ujian pendengaran dijalankan dengan peralatan skrin sentuh selama lima minit menggunakan iPad dan penutup telinga gred 5 (yang digunakan untuk paras kebisingan dalam persekitaran umum). Keputusan ujian ini membantu kami mengenal pasti jika seseorang itu mengalami masalah pendengaran yang ringan, sederhana atau teruk," katanya.


Katanya lagi, berdasarkan keputusan, pelanggan diminta berjumpa pakar pendengaran sekiranya perlu untuk melakukan ujian pendengaran penuh dalam bilik kedap bunyi. "Periksalah pendengaran anda. Mungkin anda mengalami masalah pendengaran tanpa anda sedari. Justeru, ujian seperti ini membantu memperbaiki kesihatan pendengaran," ujarnya.

Sunday, April 13, 2014

Sebab Mulut Badan Binasa

Kata pepatah Melayu, ´kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana (binasa)´. Ia merupakan peringatan bahawa mengucapkan perkataan yang tidak baik boleh mendatangkan bencana kepada diri sendiri mahupun terhadap orang lain. Lidah adalah anugerah Allah kepada manusia untuk berkomunikasi tetapi ia sering disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan yang mendatangkan keburukan seperti menyebar fitnah, dusta dan bermaksud buruk yang membawa niat menjatuhkan maruah orang lain.
Allah berfirman: “Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata, lidah dan dua bibir. Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan).” - Surah al-Balad: 8-10

Justeru, kita mestilah berhati-hati dalam percakapan sehari-harian. Jika dikhuatiri mengeluarkan perkataan tidak baik, lebih baik kita berdiam diri. Ini bagi mengelakkan diri daripada menanggung dosa dan bagi mengelakkan orang lain terasa hati. Jika kita sudah mengeluarkan kata-kata yang tidak disenangi orang lain, tentu sukar untuk kita menariknya balik. Lebih buruk lagi jika orang lain silap mendengarnya. Ini berkait rapat dengan kata-kata ´terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya´.Satu kesalahan yang paling rapat dengan lidah ialah penyebaran fitnah dan mengadu domba. Fitnah mendatangkan kesan bahaya dalam masyarakat kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara.

Allah mengingatkan manusia mengenai buruknya fitnah. Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 191: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” Banyak orang tidak sedar mereka melakukan fitnah kerana amalan itu sudah sebati dalam masyarakat. Ada yang menganggap melalui fitnah barulah mereka boleh berjaya dalam kehidupan di dunia sedangkan di akhirat akan berlaku sebaliknya.

Fitnah boleh berlaku disebabkan pertandingan mendapatkan kuasa, pangkat, menjatuhkan orang lain dan kekayaan. Apa yang disebarkan untuk memburuk-burukkan individu atau kumpulan kerana perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan layak dibandingkan dengan orang lain. Ia juga menyebabkan nilai agama musnah daripada menjadi pegangan hidup dalam masyarakat. Apabila nilai agama yang menjadi tunjang kesempurnaan hidup hilang, maka banyak dosa dilakukan.
Daripada Muaz bin Jabal r.a (dalam sebuah hadith yang panjang) ...Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda:  ''Sukakah engkau hai Muaz! aku khabarkan tentang asas perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya serta puncaknya? Lalu Muaz menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Beliau SAW kemudian bersabda: ''Asas perkara ini adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah sembahyang dan puncaknya adalah jihad''. Kemudian Baginda SAW bersabda pula: ''Sukakah aku khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya?''. Aku menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Lalu Beliau SAW memegang lidahnya sambil bersabda: ''Peliharalah ini baik-baik''. Aku bertanya: ''Ya Rasulallah! Apakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?'' Lalu Nabi SAW menjawab: ''Ibu engkau kehilangan engkau, bukankah ramai nantinya orang yang akan disungkurkan (dicampakkan) ke dalam neraka adalah berpunca dari mulut mereka sendiri''. (Hadith Riwayat Tirmizi)

Usia dan menginjak dewasa Sesingkat itu kita telah bertemu dengan pelbagai orang. Ramai dikalangan kita tidak sedar bahawa "mulut" adalah tempat melakukan dosa jika tersalah guna. Selalunya "mulut" akan melakukan dosa melibatkan manusia yang lain. Fitnah, mengadu-domba, mengumpat, mereka-reka cerita, mengaibkan orang lain, menipu, mengkeji, dan lain-lain semuanya berpunca dari "mulut".

Allah SWT menciptakan mulut hanya satu. Maka tidak perlulah berkata-kata terlalu banyak. Menceritakan hal dunia terlalu banyak. Selalu bercerita tentang orang lain kepada orang lain yang lain. Tidakkah kita sedar bahawa kita sedang melakukan dosa.

Kini kehidupan makin maju. Facebook adalah medium meluahkan kata-kata. Selalunya kita akan membaca status yang baik-baik dari wall seseorang. Walaupun sebenarnya di alam nyata dia sering menggunakan "mulut" untuk menyusahkan orang lain. (ini ialah masalah). Di dunia ini kita sering takut kepada sesuatu yang pada jasadnya kotor, walhal sebenarnya jika pada jasadnya bersih tetapi dalamannya kotor adalah satu perkara yang amat-amat bahaya.
Disini nyatakan beberapa contoh untuk pencerahan:
·         "Kamu tahu tak Ramli tu pemalas orangnya, dia selalu ponteng melakukan kerja", kata Man kepada Abu. (Adalah lebih baik Man terus menasihati Ramli tanpa memberitahu Abu)
·         "Tadi aku bersembang-sembang dengan Joyah, nak tahu tak Joyah cakap apa, Joyah cakap, ko ni suka mengumpat tentang anak tok ketua kampung sebelah ", kata Amani kepada Cikyah. (Adalah lebih baik Amani tidak memburuk-burukkan nama Joyah kepada Cikyah)
·         "Ko nak tahu tak, bos syarikat kita tu memang tengah gatai dengan pekerja baru dia tu, dah la cantik, bujang pulak tu, bos kita ni memang tak mengenang jasa pekerja-pekerja lama macam kita ni", kata Fakrul kepada Wan. (lebih baik Fakrul bertawakal kerana bukan rezeki itu datang dari bosnya, sebaliknya dari Allah SWT)

Itu adalah beberapa contoh kerana "mulut" badan binasa. Jika perkara ini terus berlaku, kita boleh senaraikan beberapa kesan yang akan terjadi. Antaranya:
·         Perpecahan.
·         Persengketaan.
·         Salah faham
·         Bermasam muka.
·         Tekanan kerja.
·         Difitnah.
·         "Batu api" terus bermaharaja lela.
·         Orang yang tidak bersalah dizalimi.
·         Tidak harmoni.
·         Sering bersangka buruk.
Apakah di antara kesan tidak menjaga tutur kata ?
1-Fakta yang tidak betul dan menanggung dosa
2-Perkataan tersebut menyebabkan saudara Muslim berkecil hati
3-Ukhuwah di kalangan umat Islam tercalar
4-Menyukarkan usahasama dalam kalangan umat Islam
5-Fitnah boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara
6-Nilai peradaban di kalangan umat Islam terkikis dan akan menyebar luaskan dosa dalam kalangan umat Islam
7-Kejayaan dan kegembiraan di pihak musuh

Cara penyelesaiannya ialah:
·         Jangan terus percaya kata-kata orang, orang yang mengatakan tentang orang lain, 90 peratus adalah salah. Jadi, terus tanya kepada orang tersebut.
·         Jangan menyebarkan khabar angin dan membesar-besarkan cerita.
·         Jangan menyebuk urusan orang lain.
·         Diam lebih baik dari berkata-kata.
·         Semoga kita di tempatkan dalam golongan yang tidak lalai dan sering muhasabah diri sendiri. Sebaik-baik orang adalah orang yang MERENDAH DIRI. 

Wednesday, April 9, 2014

Selepas Kematian - Manusia Akan Melalui 12 Fasa Sebelum Memasuki Syurga

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematiannya akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian yang datang secara tiba-tiba. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Orang mukmin akan berusaha bersungguh-sungguh di dunia ini sebelum dia dipanggil pulang oleh Allah SWT. Dia akan beramal soleh, perbanyakkan ibadah, membuat kerja-kerja kebajikan, sedekah jariah, menyebarkan ilmu yang bermanfaat, melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran, berjihad dan berjuang dengan gigih dijalan Allah sebagai sahamnya di dunia semoga diterima oleh Alah SWT dihari akhirat nanti.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap muslim akan melalui 12 fasa (tempat/persingahan) yang penuh azab bagi yang melakukan banyak dosa dan maksiat, sebaliknya keamanan dan kebahagiaan bagi yang banyak beramal soleh. Ketika ini tidak ada siapa yang dapat membantu melainkan amalan yang dilakukannya semasa di dunia.

Pertama: Alam Barzakh
Para ulama bersepakat tentang kebenaran azab dan nikmat yang ada di alam kubur (barzakh) . Nikmat tersebut merupakan nikmat yang hakiki, begitu pula azabnya, bukan sekedar bayangan atau perasaan. Pertanyaan (fitnah) kubur itu berlaku terhadap roh dan jasad manusia baik orang mukmin maupun kafir. Dalam sebuah hadis sahih disebutkan Rasulullah SAW selalu berlindung kepada Allah SWT dari seksa kubur.

Nabi SAW mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah SWT ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara. Sebagaimana sabdanya: "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)". (Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa)
Rasulullah SAW menyebutkan sebahagian dari pelaku maksiat yang akan mendapatkan azab kubur, diantaranya mereka adalah:

1. Suka mengadu domba, fitnah dan mengumpat.
2. Suka berbuat ghulul (pengkhianatan dalam baitul mal, zakat, atau ghanimah.)
3. Suka berbohong.
4. Membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan dan yang dilarang dalam al-Quran
5. Melakukan zina
6. Memakan riba
7. Belum membayar hutang setelah mati (orang yang berhutang akan tertahan tidak masuk syurga kerana hutangnya)
8. Tidak bersuci setelah buang air kecil (solatnya tidak sah)
9. Meninggalkan solat 5 waktu

Kedua: Peniupan Sangkakala
Sangkakala adalah terompet yang ditiup oleh malaikat Israfil yang menunggu apabila diperintahkan Allah SWT. Tiupan yang pertama akan mengejutkan manusia dan membinasakan mereka dengan kehendak Allah SWT, seperti dijelaskan pada al-Quran: Firman Allah SWT: “Dan ditiuplah sangkakala maka matilah semua yang di langit dan di bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT” (Surah az- Zumar ayat 68). Tiupan ini akan menggoncang seluruh alam dengan goncangan yang keras dan hebat sehingga merosak seluruh susunan alam yang sempurna ini. Ia akan membuat gunung menjadi rata, bintang bertaburan, matahari akan digulung, lalu hilanglah cahaya seluruh benda-benda di alam semesta. Setelah itu keadaan alam semesta kembali seperti awal penciptaannya.

Allah SWT menggambarkan kedahsyatan saat kehancuran tersebut sebagaimana firman-Nya: “Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras” (Surah al- Hajj ayat 1-2).

Sedangkan pada tiupan sangkakala yang kedua adalah tiupan untuk membangkitkan seluruh manusia; Firman Allah SWT: “Dan tiupan sangkakala (kedua), maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Rabb mereka. (Surah Yaa Siin ayat 51). Rasulullah SAW bersabda: “Kemudian ditiuplah sangkakala, dimana tidak seorang pun tersisa kecuali semuanya akan dibinasakan. Lalu Allah SWT menurunkan hujan seperti embun atau bayang-bayang, lalu tumbuhlah jasad manusia.Kemudian sangkakala yang kedua ditiup kembali, dan manusia pun bermunculan (bangkit) dan berdiri” (Hadis Riwayat Muslim).

Ketiga: Hari Berbangkit
Firman Allah SWT: “Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakannya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha menyaksikan segala sesuatu”. (Surah al- Mujadalah ayat 6).
Keempat: Padang Mahsyar
Firman Allah SWT: “(Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit dan mereka (manusia) berkumpul (di padang Mahsyar) menghadap Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.(Surah Ibrahim ayat 48). Hasr adalah pengumpulan seluruh mahluk pada hari kiamat untuk dihisap dan diambil keputusannaya. Lamanya di Padang Mahsyar adalah satu hari yang berbanding 50.000 tahun di dunia. Allah berfirman:“ Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb dalam sehari yang kadarnya 50.000 tahun.(Surah al- Maarij ayat 4). Kerana amat lamanya hari itu, manusia merasa hidup mereka di dunia ini hanya seperti satu jam saja.

Firman-Nya lagi: "Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali hanya sesaat saja di siang hari. (Surah Yunus ayat 45). “Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa, bahawa mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat saja” (Surah ar-Ruum ayat 55). Adapun orang yang beriman merasakan lama pada hari itu seperti waktu antara zuhur dan asar saja. Subhanallah.

Keadaan orang kafir saat itu sebagaimana firman-Nya: ”Orang kafir ingin seandainya ia dapat menebus dirinya dari azab hari itu dengan anak-anaknya, dengan isteri serta saudaranya, dan kaum keluarganya yang melindunginya ketika di dunia, dan orang-orang di atas bumi seluruhnya, kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya” .(Surah al-Ma’ arij ayat 11-14) .

Terdapat 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy:
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan 'Arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT ; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan 'aku Takutkan Alla'; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”(Hadis Riwayat Muslim)

Kelima: Syafaat (pertolongan)
Syafaat ini khusus hanya untuk umat Muslim, dengan syarat tidak berbuat syirik besar yang menyebabkan kepada kekafiran. Adapun bagi orang musyrik, kafir dan munafik, maka tidak ada syafaat bagi mereka. Syafaat ini diberikan oleh Rasulullah SAW kepada umat Muslim (dengan izin dari Allah SWT). Sabda Rasulullah SAW: “Diantara syafaatku ialah untuk orang yang melakukan doas besar dikalangan umatku.” (Hadis Riwayat Abu Daud). Sabda Rasulullah SAW: “…maka para malaikat telah memberi syafaat, para nabi sudah memberi syafaat, orang-orang beriman telah pun memberi syafaat… maka tidak ada lagi kecuali Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kemudian setelah berkata demikian Allah mengambil dengan sekali genggaman-Nya itu dari neraka orang-orang yang belum pernah berbuat kebaikan sedikitpun…” (Hadis Riwayat Muslim)
Keenam : Hisab
Pada tahap (fasa) ini, Allah SWT menunjukkan amal-amal yang mereka perbuat dan ucapan yang mereka lontarkan, serta segala yang terjadi dalam kehidupan dunia baik berupa keimanan, amal soleh atau kekafiran. Setiap manusia berlutut di atas lutut mereka. Firman Allah SWT: “Dan kamu lihat tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya . Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan. (Surah al- Jatsiah ayat 28).

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Muhammad SAW, kita umat yang terakhir tapi yang pertama dihisab. Yang pertama kali dihisab dari hak-hak Allah pada seorang hamba adalah solatnya, sedang yang pertama kali di adili diantara manusia adalah urusan darah. Allah SWT mengatakan kepada orang kafir: “Dan kamu tidak melakukan suatu pekerjaan melainkan Kami menjadi saksi atasmu diwaktu kamu melakukannya”. (Surah Yunus ayat 61). Seluruh anggota badan juga akan menjadi saksi.

Allah bertanya kepada hamba-Nya tentang apa yang telah ia kerjakan di dunia: “Maka demi Rabbmu, kami pasti akan menanyai mereka semua tentang apa yang akan mereke kerjakan dahulu”.(Surah al- Hijr ayat 92-93). Nabi SAW bersabda: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.” (Hadis Riwayat Tarmizi).

Ketujuh: Pembahagian catatan amal
Pada detik-detik terakhir hari perhitungan , setiap hamba akan diberi kitab (amal) nya yang mencakup lembaran-lembaran yang lengkap tentang amalan yang telah ia kerjakan di dunia. Al Kitab di sini merupakan lembaran-lembaran yang berisi catatan amal yang ditulis oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT.

Manusia yang baik amalnya selama di dunia, akan menerima catatan amal dari sebelah kanan. Sedangkan manusia yang buruk amalnya akan menerima catatan amal dari belakang dan sebelah kiri, seperti pada firman Allah SWT: “Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan ia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang, maka ia akan berteriak: “celakalah aku”, dan ia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”,(Surah al- Insyiqaq ayat 8-12).

"Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata :"Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini), dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.Telah hilang kekuasaanku dariku" (Allah berfirman): "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya", kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala". (Surah al- Haqqah ayat 25 -31).

Kelapan: Mizan (Timbangan amal)
Mizan adalah apa yang Allah letakkan pada hari kiamat untuk menimbang amalan hamba-hamba- Nya. Allah berfirman: “Dan kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah seorang dirugikan walau sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan”. (Surah al- Anbiya ayat 47)

Dari Abu Hurairah radhiya alläh ‘anh, ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: ‘Siapa yang pernah zalim terhadap saudaranya, maka hendaklah ia minta dihalalkan (mohon maaf) dari perbuatan tersebut. Kerana sesungguhnya pada saat itu tidak ada dinar dan tidak pula dirham, sebelum pahala kebaikannya diambil untuk saudaranya. Jika ia tidak mempunyai kebaikan, maka diambillah kejahatan-kejahatan saudaranya itu, dan dibebankanlah (dosanya) kepadanya.” (Hadis Riwayat Bukhari). Untuk orang kafir mereka akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa melalui Mizan. Hanya orang muslim saja akan melalui Mizan (timbangan amal). Selepas Mizan mereka akan melalui tahap selanjutnya iaitu ke Telaga.

Kesembilan: Telaga (al-Haudh)
Umat Muhammad SAW akan mendatangi air pada telaga Rasulullah SAW. Barang siapa minum dari telaga tersebut maka ia tidak akan dahaga selamanya. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku telah mendahului kalian menuju al-haudh…” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari sahabat Sahl bin Sa’d).

Perlu kita ketahui bahawa setiap para nabi memiliki telaga. Namun telaga Rasulullah SAW adalah yang paling besar, paling mulia, paling indah, dan paling banyak pengikutnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya setiap Nabi memiliki telaga, mereka membanggakan diri, siapa di antara mereka yang paling banyak peminumnya (pengikutnya). Dan aku berharap, akulah yang paling banyak pengikutnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Setelah Telaga, umat muslim akan ke tahap selanjutnya yaitu tahap Ujian Keimanan Seseorang. Perlu dicatat bahwa orang kafir dan orang yang berbuat syirik sudah masuk neraka (setelah tahap Mizan, seperti dijelaskan di atas).
Kesepuluh : Ujian Keimanan Seseorang
Selama di dunia, orang munafik terlihat seperti orang beriman kerana mereka menampakkan keislamannya. Pada fasa inilah kepalsuan iman mereka akan diketahui, diantaranya cahaya mereka redup. Mereka tidak mampu bersujud sebagaimana sujudnya orang mukmin. Apabila dibawa mengadap, orang-orang munafik ini merayu-rayu agar orang-orang mukmin menunggu dan menuntun jalannya.Kerana masa itu benar-benar gelap dan tidak ada petunjuk kecuali cahaya yang ada pada tubuh mereka.

Allah SWT berfirman: ”Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang beriman:”Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”.Dikatakan (kepada mereka):”Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”. Lalu diadakan diantara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.(Surah al- Hadid ayat 13). Setelah ini umat muslim yang lulus sampai tahap Ujian Keimanan seseorang itu, akan melalui Sirat.

Kesebelas: Sirat
Sirat adalah jambatan yang dibentangkan di atas Neraka Jahannam, untuk diseberangi orang-orang mukmin menuju ke syurga (jannah). Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sirat, maka baginda bersabda: "Tempat menggelincirkan, di atasnya ada besi penyambar dan pengait dan tumbuhan berduri yang besar, ia mempunyai duri yang membahayakan seperti yang ada di Najd yang disebut pohon Sud’an.(Hadis Riwayat Muslim). “Telah sampai kepadaku bahwasanya sirat itu lebih tipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang”. (Hadis Riwayat Muslim)

“Ada yang melalui sirat laksana sekelip mata dan ada yang seperti kilat, ada yang seperti tiupan angin, ada yang terbang seperti burung dan ada yang menyerupai orang yang mengenderai kuda, ada yang selamat seratus peratus, ada yang terkial-kial dan ada juga yang ditenggelamkan di Neraka Jahannam”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Yang paling pertama menyebarangi sirat adalah Nabi Muhammad SAW dan para pemimpin umat baginda. Baginda bersabda: “Aku dan umatku yang paling pertama yang diperbolehkan melalui sirat dan ketika itu tidak ada seorangpun yang bicara, kecuali Rasul dan Rasul berdoa ya Allah selamatkanlah, selamatkanlah" (Hadis Riwayat Bukhari). Bagi umat muslim yang berhasil melalui sirat tersebut, akan ke tahap selanjutnya jambatan.

Keduabelas: Jembatan
Jambatan disini, bukan sirat yang letaknya di atas Neraka Jahannam. Jambatan ini dibentangkan setelah orang mukmin berjaya melewati sirat yang berada di atas Neraka Jahannam. Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antata satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia”.(Hadis Riwayat Bukhari). Setelah melalui jembatan ini barulah orang mukmin masuk syurga Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri. Kebenaran telah terbentang luas dihadapan kita, jalan mana yang ingin kita ikuti? Jalan lurus atau jalan bengkuk? Jika jalan yang lurus maka kita akan terselamat melalui 12 fasa tersebut di atas, tetapi jika jalan yang bengkuk maka kita akan mengalami azab sengsara yang tidak berkesudahan dan penyesalan ketika kita sudah tidak berguna lagi. Oleh itu pergunakanlah masa sebaik-baiknya ketika di dunia ini, buatlah amal kebaikan sebanyak-banyaknya dan tinggalkanlah kemungkaran, maksiat dan dosa.
Semoga Alah SWT memberi kekuatan dan selalu membimbing kita untuk tetap istiqamah di jalan-Nya sehingga dapat mencapai syurga-Nya dan dijauhkan dari seksa neraka-Nya

Sunday, April 6, 2014

Kalogen - Antara Kesihatan dan Kecantikan

Apa itu Kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini. Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

·         Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
·         Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
·         Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
·         Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
·         Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
FUNGSI KOLAGEN
·         menghasilkan asid amino penting seperti :
·         lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
·         hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
·         alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
·         arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
·         mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
·         melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
·         menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
·         menampung air dalam tubuh.
·         meningkatkan penyerapan kalsium.
·         menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
·         meningkatkan isyarat induksi
·         menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
·         memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
·         memelihara kelembapan kulit
·         menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
·         menguatkan otot dan tulang
·         membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
·         memelihara kelenturan sendi
·         mengurangkan keradangan(inflammation)
·         memberi tenaga
·         membantu pola tidur
·         memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
 TANDA TANDA PENUAAN
·         kulit kusam
·         tak bermaya
·         tiada seri
·         kulit kedut dan mula kendur
·         pigmentasi kulit 
·         cepat letih dan lesu
·         sakit badan dan sendi
·         mudah lupa
·         kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN
·         Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
·         Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
·         Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
·         Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
·         Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
·         Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
·         Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
·         Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
·         Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
·         Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel.
·         Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
·         Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
·         Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
·         Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
·         Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
·         Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
·         Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
·         Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
·         Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
·         Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
·         Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
·         Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
·         Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
·         Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Ehsan Klinik Rohani & Family