DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Friday, February 28, 2014

KEHEBATAN FADHILAT SURAH AL IKHLAS

Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara terusan.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”

Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”

Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”

Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya. Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi 10 kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10 kali pada rakaat kedua, mendapat keredaan Allah SWT dan Insyallah ada rezekinya pada hari itu.

Bacalah Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati mereka. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia tidak menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman yang memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh 50 tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”

Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.” Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka.”

Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”

Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala. “Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan. Sabda Rasulullah SAW: “Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah SWT daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk perang sabilillah.”

Bacalah surah ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”

Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya, terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh jiran-jirannya. Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah SAW tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Baginda SAW: “Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.” Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

** Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut: (untuk menundukkan Orang Zalim) “Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”

Supaya ditunaikan segala hajat, melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Tunaikan solat hajat sebanyak empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.
Pada rakaat pertama: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada rakaat kedua: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada rakaat ketiga:Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada rakaat keempat: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali
Setelah memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi 50 kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwata illa billahhil ‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah berhasil.

Untuk mengubati penyakit, tulis surah ini pada bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian dipadamkan dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit. InsyaAllah segera sembuh.

Diriwayatkan bahawa sesiapa membaca surah ini ketika sakit yang membawa kematian, nescaya dapat kelepasan dari fitnah dan himpitan kubur. Apabila hari Kiamat, ia akan diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui shirat (titian sirat Al-Mustaqim) dan masuk ke dalam syurga.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW, sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda SAW.

Jika dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.

Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala sehinggalah ke Jumaat yang berikutnya.

Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”

Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah SAW bertanya :”Herankah kamu, sahabat2ku ? Mereka menjawab : ” Ya benar, kami heran.” Beliau melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap Jibril A.S. “Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail A.S . “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail A.S . “Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis disayap Israfil A.S. Maka barangsiapa diantara ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanya lagi:”Herankah kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami heran.” Lantas beliau bersabda :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar Shiddiq. “Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq. “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain. Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad ” tertulis dikening Ali As-Sakhiy. Maka barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah SWT , Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”

Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?” Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan empat perkara : 1. Khatamkan Al-Quran, 2. Jadikan semua Nabi membelamu nanti pada hari kiamat, 3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan 4. Kerjakan Haji dan Umrah.” Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal ditempat tidur. Selesai Solat, Aisyah pun berkata: “Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini.” Baginda tersenyum, seraya bersabda : ” Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”

Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya: ” Apakah mayat ini meninggalkan hutang? Mereka menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau bersabda : ” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Shalatkan kamulah dia.” Pada saat itu Jibrilpun datang seraya berkata: “Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman : “Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, shalatkan dia kerana dian sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut mensolatkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw pun bertanya: ” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “? Jibril menjawab :”Dia mendapat kehormatan itu, kerana setiap hari membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum mati.

Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ” Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam syurga. Barangsiapa membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam syurga. Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam syurga. Umar bin Khattab berkata: “Ya, Rasulullah, kalau begitu akan banyaklah istana kami dalam syurga” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.” Maksudnya, bagi Allah berapa pun jumlah istana itu soal mudah.
Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati. Barangsiapa membacanya dua kali dia dan keluarganya diberkati. Barangsiapa membacanya tiga kali, dia, keluarga dan jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya 12 kali, dibina Allah untuknya 12 istana didalam syurga. Jika dibacanya 100 kali, maka dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun. Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam syurga.”


Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :”Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu? Jibril menjawab: ‘Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.” 

Sunday, February 16, 2014

10 Amalan Yang Akan Mengubah Kehidupan Kita

Jiwa ini sungguh unik sifatnya. Ada saatnya kita rasa sangat bertenaga, bersemangat dan tabah. Tetapi, di celah-celah perjalanan kehidupan – pasti ada titik-titik ‘down’ kita. Apa perasaan ketika itu? Kita lemah, hilang segala semangat yang pernah membara dan jiwa terasa amat-amat kosong. Normal kita jika berlaku sedemikian? Saudara-saudaraku, jika hal ini berlaku kepada kita ketahuilah ia adalah perkara yang biasa dan usahlah gusar serta terlalu tertekan dengannya. “Iman itu bertambah, dan berkurang.” “ Jiwa itu ada saat segarnya, dan ada masa lemahnya.”
Persoalan di sini, bagaimanakah kita hendak menghadapinya? Sikap proaktif yang bagaimanakah akan kita cerna dan gerakan ketika menghadapi situasi sebegini. Suka saya mulaikan perkongsian ini dengan bingkisan jiwa murabbi saya, Abu Umar berkaitan jiwa kita. Bingkasan Jiwa: Apabila Jiwa Kosong

Apabila jiwa kosong
maka kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.
Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.
Jiwa adalah sarang kebahagiaan,
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.
Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.
Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.
Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian
dalam rimbunan pepohon keimanan.

Sungguh sederhana bahasanya serta sentuhan perasaan yang dinukilkan. Tetapi, jika kita amati jika jiwa kita kosong, hambar, hilang keghairahan serta tiada lagi manis-manis keimanannya maka yang bertakhta di hati hanyalah kesengsaraan, kekecewaan, kerisauan dan kesedihan. Apabila dirundum kesedihan sedemikian rupa, apa sebenarnya yang kita hajati?

Tentunya, ramai orang hajatkan sebuah hembusan yang bernama ketenangan, kebahagian dan ketenteraman. Justeru, rawatan pulih itu perlu disegerakan, digerakan, dilaksanakan dan diamalkan sepanjang hayat kita. Oleh itu, perkongsian saya kali ini ingin membawa sahabat pembaca kepada ubat yang boleh mengisi kelompongan yang ada dalam hati kita ini. Rawatan yang harus disegerakan sepantas kilat yang bercahaya.

Rawatan Jiwa: Super 10. Super 10? (Baca: Super Ten)
Apa tu? Super 10 ini hanya nama yang saya letak untuk 10 amalan yang akan memberikan suatu kesan yang luar biasa sekiranya kita amalkan dalam kehidupan kita. Ianya hanya bermakna apabila kita buat, amal dan beristiqamah dengannya dalam bentuk pengamalan dan penghayatan. Apakah elemen-elemen Super 10 ini?
Pertama: Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis: “ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” (Riwayat At-Tirmidzi). Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!

Kedua: Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim. Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya? Ya. Ia merupakan pengerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82). Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA: “Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu (Al-Quran).”

Ketiga: Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh. Solat.Ia merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya. Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya. Solat menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” ( HR Nasai)
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Rasulullah SAW bersabda: “Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA) Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunnat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau termiss atau tertinggal walaupun sehari.

Kelima: Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang. Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman: “Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2: 261)
Keenam: Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’. Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya: “Bahawa Rasulullah SAW bersabda:” Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.” Saidina Umar Al-Khattab RA: “Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda. Apa itu istighfar? Maknanya: Proposal atau “Permohonan Ampunan kepada Allah SWT.” Istighfar ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. “Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Muzamil 73: 20). Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda: “Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)
Kelapan: Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur. Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.

Kesembilan: Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah seorang mukmin sejati. Rasulullah SAW mengalakan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya: “ Senyum itu adalah sedekah.” Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam. Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. Imam Al-Banna berkata: “ Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”

Kesepuluh: Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT. Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT: “Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” (Surah Al-Bayyinah 98: 5) Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas: “Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
Penutup: Agar Jiwa Kita Sentiasa Terisi Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita. Ayuh, rakan-rakan – kita menjadi 10 amalan ini sebagai kekuatan diri kita dalam rangka menjadi hamba Allah SWT.

SUMBER - langitilahi.com

Sunday, February 9, 2014

Cara Untuk Mengingati Allah Lebih Dari Kekasih

Bismillahirrahmanirrahim.....

Mengingati Allah itu adalah satu kewajipan, bukan pilihan. Namun ramai orang sering tertanya-tanya, bagaimana untuk mengingati Allah sedangkan kita tidak pernah melihat-Nya, tidak pernah mendengar-Nya dan tidak tahu bagaimana rupa Allah itu sendiri. Alangkah sukarnya mengingati satu zat yang kita sendiri tidak dapat untuk menggambarkannya.
Berbeza pula dengan kekasih hati kita, dia punyai wajah yang kita suka, punyai sifat yang kita sayang dan memiliki jasad yang kita cintai. Dengan itu kita lebih mudah menyayanginya, mencintai dan mengingatinya sepanjang masa. Tidak perlu dibuat dan tidak perlu disuruh, ingatan dan rindu kepadanya hadir sendiri tanpa sebarang paksaan.

Kerana itulah apabila berlakunya perselisihan faham dengan kekasih, kita akan menangis, sedih, terasa sepi dan hidup seolah-olah tiada ertinya lagi. Sebaliknya apabila kita meninggalkan solat, terlupa untuk berzikir kepada Allah, melakukan dosa dan menikmati kehidupan yang bahagia, tidak pula kita terasa sedih dan menangis samada kerana takutkan dosa atau bersyukur atas kurniaan-Nya.

Zalimkah Kita Kerana Tidak Mampu Mengingati-Nya?
Benar! Sangat zalim! Fikirkan kembali, siapa yang menghidupkan kita? Siapa yang memberikan jasad kepada kita? Siapa yang memberikan rasa kasih sayang yang kita curahkan pada kekasih kita itu? Siapa yang mewujudkan kekasih kita itu dalam dunia ini? Siapa yang menjadikannya secantik itu? Siapa yang memberikan udara yang sedang kita hirup sekarang? Siapa yang membenarkan kita berpijak pada bumi ini? Siapa yang memberikan tenaga untuk menggerakkan setiap langkah kaki kita? Siapa yang memberikan kita mata untuk melihat? Siapa? Siapa dan siapa???

Maka cukuplah memberi alasan bahawa kita tidak dapat mengingati Allah kerana tidak dapat menggambarkan Allah itu bagaimana. Lihat sahaja jasad yang kita miliki, hidup yang kita lalui dan keindahan alam ini, semuanya adalah pemberian dari Allah. Ingat saja kebesaran dan segala pemberian-Nya, maka kita akan mengingati-Nya. Antara Firman Allah tentang kewajipan mengingati-Nya:
1). “Kerana itu ingatlah kamu kepada-KU niscaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepada-KU, dan janganlah mengingkari (nikmat)-KU” (Surah Al Baqarah (2): 152)
2). “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dandirikanlah sholat untuk mengingat Aku”. (Surah Taha (20): 14)
3). “Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari jumaat, maka bersegerahlah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itulebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Surah Al Jumuah (62): 9)
Sebenarnya tidak susah untuk mengingati Allah, hanya dengan bersyukur dan sentiasa ingat bahawa semua yang ada dalam dunia ini adalah milik Allah. Bukan setakat sesuatu yang berjisim tetapi nasib dan perjalanan hidup kita itu juga merupakan milik Allah. Jika kita sedar diri, kita tidak akan rasa sombong dan tidak akan menghadapi sebarang masalah lagi untuk melihat hidup ini dari kaca mata seorang hamba-Nya. Sebaliknya jika kita melihat hidup ini seolah-olah diaturkan sendiri oleh kita, hidup seseorang pula bergantung pada nasib dan semua yang berlaku atas dunia ini adalah secara semulajadi, maka kita akan lupa kebesaran Allah. Padahal tiada sesuatu pun atas dunia ini akan berlaku melainkan dengan izin-Nya.

Mungkin sekarang kita sedang membaca artikel ini, tetapi percayalah tanpa izin Allah kita tidak akan dapat membaca artikel ini. Allah boleh pilih siapa yang akan membaca dan siapa yang tidak akan membaca artikel ini. Justeru itu bersyukurlah dipilih oleh Allah untuk membaca sesuatu yang ditulis untuk mengingati-Nya. Dan ‘syukur’ itu adalah satu cabang dari langkah-langkah untuk kita sentiasa mengingati Allah. Allah telah berfirman dengan jelas dalam Al-Quran: “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. Ar Ra’du: 28) Itulah langkah yang paling baik untuk mendapat ketenangan dalam hidup. Dengan mengingati Allah, si kaya akan merasa syukur, tidak berlagak, tidak sombong dan sering menolong orang lain. Semua kekayaan miliknya dirasakan hanyalah sekadar pinjaman. Semua adalah milik Allah. Manakala si miskin pula sentiasa redha. Usaha diteruskan demi memperkukuhkan hidup, apa yang diperolehinya itulah rezekinya. Hidupnya tenang, aman dan damai.

Orang yang dizalimi pula merasa tenteram. Dirinya sedar semua itu adalah ujian dan dia ada Allah untuk melindungi dirinya. Orang yang dijulang pula merasa rendah diri. Kurniaan Allah kepadanya membuatkan dirinya diangkat tinggi oleh masyarakat. Namun dirinya sedar semua itu adalah hak Allah, dia cuma meminjamnya untuk memimpin masyarakatnya ke arah kebaikan. Tapi bagaimana untuk mewujudkan keyakinan bahawa semua ini adalah milik Allah? Tak kenal maka tak cinta. Untuk mengenal Allah tidak sama seperti kita mengenal manusia. Allah itu Tuhan yang Maha Esa. Tidak boleh dipandang dan dibuat andaian tentang jasad dan kekuasaan-Nya. Jika ingin mendekati seorang raja terdapat pelbagai adab dan tertib, maka untuk mengenali Raja kepada semua raja dan Tuhan seluruh alam sudah tentulah terdapat adab dan tertib yang lebih sempurna. Hati kita perlu dilatih untuk yakin dan sentiasa mengingati-Nya. Antara latihan yang perlu kita lakukan ialah:
Zikrullah - Berzikirlah kepada Allah sepanjang masa. Setiap detik apabila kita keseorangan, sewaktu tidak bercakap atau dalam keadaan apapun, sebutlah di dalam hati ‘Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar’. Ini adalah latihan seumur hidup. Pada awalnya mungkin kita akan sentiasa terlupa untuk sentiasa menggetarkan hati menyebut kalimah-kalimah ini, tetapi setelah lama kita amalkan, InsyaAllah kita akan rasa bersalah dan sedih apabila meninggalkannya.

Solat - Sesiapa yang tidak meninggalkan solat dalam keadaan apapun pasti akan resah gelisah apabila sekali tertinggal amalan wajib ini. Sebaliknya siapa yang acuh tak acuh menunaikannya akan leka dengan dunia. Jangan salahkan Allah jika kita tidak berjaya mengingati-Nya sedangkan kita sendiri sambil lewa saja mengamalkan perintah-Nya. Bagi mereka yang cinta kepada Allah, tentunya sentiasa seronok menunaikan solat. Malah ditambah pula dengan amalan solat-solat sunat yang lain.

Membaca, Mempelajari dan Mengamalkan Al-Quran. - Al-Quran adalah kalam Allah, tidak ada perkara yang paling dekat antara kita dengan Allah melainkan Al-Quran. Jika kita tidak menghampiri Al-Quran dengan membaca, mempelajari dan mengamalkan apa yang disarankan di dalamnya, apa lagi bukti kita ingin mengingati Allah?
Bersyukur dan Yakin Dengan Pertolongan Allah - Rasa syukur itu hadir apabila kita yakin dengan kekuasanan Allah. Yakin semua yang kita ada dalam dunia ini adalah milik Allah. Jika keyakinan itu masih kurang, maka pedulikanlah rasa itu, teruskan dengan rasa yakin itu biarpun kadang-kadang terasa gundah. Hati kita perlu dilatih. Keyakinan yang goyang itu hadir dari syaitan semata-mata. Abaikan hamba Allah yang derhaka itu.

Renung Tanda-Tanda Kebesaran Allah - Dunia ini sudah cukup luas dan menakjubkan untuk kita merenung dan meneliti kehebatan dan kebesaran Allah. Sesekali lihatlah keindahan alam. Tak perlu keluar rumah, dalam internet seperti youtube pun boleh tengok video-video kebesaran Allah. Tonton, renungkan dan hayatilah kesemua video-video yang baik itu.

Allah tidak akan sesekali mengabaikan orang yang ingin mendekati-Nya. Selangkah kita cuba mendekati Allah, seribu langkah Allah akan menghampiri kita. Namun rasa hampir itu hanya wujud dalam hati dan ia hanya dapat dirasai antara kita dengan Allah. Alangkah bahagianya jika seseorang berhasil meraih dan menggapai cinta Allah SWT. Sebab, bila seseorang berhasil mendapatkan cinta Allah, maka hidupnya akan dituntun dan dibimbing oleh Allah SWT. Allah akan membimbing penglihatannya tatkala dirinya melihat; Allah akan membimbing pendengarannya, manakala ia mendengarkan. Sebaliknya, betapa menyakitkan bila kita merasa mencintai dan dicintai oleh Allah, akan tetapi cinta kita hanya bertepuk sebelah tangan. Kita merasa mendapatkan kecintaan Allah, akan tetapi sebenarnya kita tidak pernah mendapatkan kecintaan dari Allah SWT.

Betapa banyak orang sibuk mengerjakan perbuatan-perbuatan tertentu untuk mendapatkan kecintaan dari Allah SWT. Ada diantara manusia yang menyendiri di tengah hutan, jarang makan-minum, bahkan mandi; menjauhi anak-isterinya dan sanak keluarganya. Ia beranggapan bahwa dengan cara ini ia akan mendapatkan kecintaan dari Allah SWT. Kita juga menyaksikan ada diantara manusia yang melakukan ritual-ritual tertentu untuk mendapatkan kecintaan dari Allah SWT. Ada yang berpuasa tiga hari tiga malam tanpa putus-putus; bahkan ada yang sampai 40 hari 40 malam. Ada pula yang sibuk membaca kalimat-kalimat dzikir, mengunjungi kuburan para nabi dan wali, membaca riwayat hidup Rasulullah SAW, dan sebagainya.

Akan tetapi, apakah dengan cara-cara seperti itu mereka akan mendapatkan kecintaan dari Allah SWT? Lalu, bagaimana cara kita meraih dan menggapai kecintaan dari Allah SWT; agar cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan dan tidak hanya sebatas merasa mencintai Allah SWT, namun Allah sama sekali tidak mencintai kita. Allah SWT telah memberikan petunjuk yang sangat jelas, bagaimana cara mendapatkan kecintaanNya. Allah SWT telah berfirman: “Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Ali-Imran [3]: 31).
Imam Ibnu Katsir dalam tafsir Ibnu Katsir menyatakan, “Ayat ini merupakan pembukti, ‘Siapa saja yang mengaku mencintai Allah SWT, namun ia tidak berjalan sesuai dengan jalan yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW, maka orang tersebut hanya berdusta saja. Dirinya diakui benar-benar mencintai Allah, tatkala ia mengikuti ajaran yang dibawa oleh Muhammad SAW, baik dalam perkataan, perbuatan, dan persetujuan beliau.” Jika teruji bahwa ia benar-benar mencintai Allah, yakni dengan cara menjalankan seluruh ajaran Muhammad SAW, maka Allah akan balas mencintai orang tersebut. Rasul SAW bersabda: “Barangsiapa mengerjakan suatu perbuatan yang tidak kami perintahkan maka perbuatan itu tertolak.” [Muttafaq ‘alaihi].

Para ahli hikmah telah menyatakan, “Perkara yang hebat bukanlah kamu [merasa] mencintai Allah, akan tetapi, kalian benar-benar dicintai (oleh Allah SWT).” Imam Hasan al-Bashriy pernah berkata, “Ada suatu kaum merasa bahwa mereka telah mencintai Allah SWT, lalu, Allah SWT menguji mereka dengan firmanNya, “Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Ali-Imran [3]: 31).Imam Ibnu Abi Hatim meriwayatkan sebuah hadits dari ‘Aisyah ra, bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Bukankah agama ini adalah cinta dan benci kerana Allah SWT?” Imam Ibnu Katsir juga menjelaskan, “Jika kalian mengikuti sunnah Rasulullah SAW, maka kalian akan mendapatkan keberkahan hidup.”

Atas dasar itu, jika kita hidup sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW, maka kita pasti akan mendapatkan kecintaan dari Allah SWT, dan kita juga pasti akan mendapatkan ampunan dari Allah SWT. Dari uraian Imam Ibnu Katsir di atas jelaslah bagi kita, jika seseorang ingin meraih dan mendapatkan kecintaan dari Allah SWT, kita mesti berbuat dan berperilaku sesuai tuntunan Islam. Jika kita berjalan sesuai dengan ajaran yang dibawa Muhammad SAW, tentu kita akan dicintai oleh Allah SWT. Sebaliknya, meskipun kita merasa mencintai dan dicintai Allah SWT, kita tidak akan mendapatkan kecintaan dari Allah SWT, selama tidak berjalan sesuai dengan ajaran Muhammad SAW.

Atas dasar itu, kita tidak boleh membuat tatacara atau ritual tersendiri untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ajaran ataupun ritual apapun yang tidak dicontohkan oleh Rasulullah SAW tidak mungkin mengantarkan kita untuk meraih cinta Allah SWT. Hanya dengan menjalankan ajaran Islam secara konsisten dan konsekuen. Kita akan mendapat kecintaan dari Allah SWT. Jelaslah kini, hanya ada satu cara untuk mendapatkan kecintaan dari Allah SWT; yaitu, selalu menjaga keimanan dan berperilaku sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Muhammad SAW. Seorang yang mencintai Allah SWT akan berusaha dengan segenap tenaga untuk menerapkan aturan-aturan Allah SWT, baik yang berhubungan dengan masalah ekonomi, politik, dan sosial budaya. 

Sayangnya, saat ini kita tidak mampu lagi menerapkan aturan-aturan Allah SWT dikeranakan tidak ada institusi yang menjaminnya. Penerapan syari’at Islam dalam bingkai negara masih jauh di atas kenyataan. Padahal, penerapan syariat Islam secara utuh dan menyeluruh merupakan bukti kecintaan kita kepada Allah, sekaligus jalan pembuka untuk meraih cinta Allah. Bagaimana kita boleh merasa dicintai Allah SWT sementara itu kita mencampakkan aturan-aturannya dan menerapkan pranata-pranata kufur? Pastinya, bukan kecintaan yang kita dapat, akan tetapi laknat dan kebencian yang akan kita sandang. Na’udzu billahi min dzaalik.


Dalam sahih Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah jika mencintai seorang hamba, Ia memanggil Jibril dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Aku mencintai si Fulan maka cintailah ia. Lalu Jibril ikut mencintainya, kemudian berseru di langit: Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan maka cintailah ia. Lalu penduduk langit turut mencintainya, kemudian diturunkan rasa cinta kepadanya di bumi. Dan jika Allah membenci seorang hamba, Ia memanggil Jibril dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Aku membenci si Fulan maka bencilah ia. Lalu Jibril ikut membencinya, kemudian berseru di langit: Sesungguhnya Allah membenci si Fulan maka bencilah ia. Lalu penduduk langit turut membencinya, kemudian diturunkan rasa benci kepadanya di bumi."

Saturday, February 8, 2014

Racun (toksik) dalam tubuh badan kita dan pembersihannya

Toksik dalam tubuh badan kita terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan kimia seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian. Kesihatan manusia menjadi teruk apabila menggambil makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Inilah antara sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti barah, migrain dan sebagainya.
Kini tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksik dalam badan. Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksik sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksik tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami sakit gout, kulit menjadi kusam dan sebagainya lagi. Toksik terdapat pada seluruh organ manusia, dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, MEROKOK dan sebagainya. Antara penyingkiran toksik secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .Selain itu toksik juga akan dikeluarkan melalui peluh hasil dari aktiviti bersukan. Toksik yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.

Mengapa kita perlu membuang toksik? Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan beribu jenis toksik dan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. Toksik ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banyak lagi kesan-kesan buruk. Dengan mengurangkan jumlah toksik di dalam tubuh badan akan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.

Sistem limpa memainkan peranan penting didalam system imunisasi untuk menyingkirkan toksik. Apabila sistem limpa terhalang cairan limpa akan terhasil dan menyebabkan sistem limpa bertoksik. Konsep disebalik teknologi orang Asia ini adalah untuk mengekstrak cairan limpa didalam tubuh badan dengan membuang halangan tadi. Ia juga bertujuan untuk menyingkirkan sisa metabolik dan toksik, menghantar nutrien kedalam sel-sel dan meningkatkan kadar metabolisme. Terapi rendaman kaki ion dengan garam laut mati secara berterusan boleh memperbaiki kulit dan melambatkan proses penuaan. Rendaman terapi ion dengan garam laut mati sesuai untuk kita disebabkan garam laut mati itu sendiri kaya dengan bahan galian dan mengandungi 21 Mineral yang berfungsi untuk membuang toksik dari badan dan merawat penyakit kulit.

Penyakit yang sering terjadi akibat lebihan toksik di dalam badan!
Apakah simptom yang menunjukkan toksik berlebihan dalam badan? Toksik boleh memberi kesan kepada orang yang berbeza melalui pelbagai cara. Simptom ini adalah terlalu banyak untuk disenaraikan. Antara simptom utama adalah keletihan melampau, kesakitan otot badan, kegagalan sistem imunisasi tubuh. Disini adalah senarai simptom penyakit yang disebabkan oleh toksik berlebihan;
Acid Reflux Disease (GERD) or ( Perut Memulas)
Indigestion - ( Sakit Perut )
Irregularity - Constipation - Hard Stools - ( Buasir )
Irritable Bowel Syndrome (IBS) - Crohn's Disease
Abdominal Pain - Inflammatory Bowel Diseases (IBDs)
Spastic Colon - Colitis - Ileitis
Excess Gas - ( Perut Kembung)
Bad Breath - ( Badan Berbau )
Belching - ( kembung)
Enlarged Abdomen - Protruding Belly
Excess Stored Fat - Excess Weight - ( Kegemukan)
Skin Conditions - ( Penyakit Kulit)
Inflamed Skin - Dermatitis - Eczema - Psoriasis
Allergies and Hay Fever -( Alergik pada Makanan)
Fibromyalgia - Sciatica
Joint Pain - Arthritis - ( Sakit Kepala/ Migrain)
Insomnia - ( Kesukaran untuk tidur)
Low Energy - Loss of Mental Clarity - ( Kekurangan Tenaga/keletihan)
Tidak kira bagaimana kita menjaga kesihatan , kita masih terdedah pelbagai toksik terkumpul didalam kehidupan moden. Sungguhpun kita boleh mengurangkan atau menyahtoksik melalui senaman yang berterusan , makan makanan organik, pembersihan hati, pembersihan ginjal, pembersihan usus besar, kadangkala ia masih tidak mencukupi. Fakta yang sebenar adalah sesetengah orang boleh mengawal jumlah toksik memasuki tubuh dan sesetengah orang lagi tidak boleh mengawalnya. Semua ini juga dipengaruhi kadar metabolisme tubuh badan seseorang. Ada orang sentiasa sihat tidak kira apa jua makanan dan minuman dan ada juga orang yang sakit walaupun mengamalkan pelbagai jenis diet.

Semua orang tahu bahawa betapa pentingnya proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan. Walaubagaimanapun badan kita sebenarnya seringkali dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat. Ditambah lagi pertambahan toksik-toksik dalam badan yang diambil secara langsung ataupun tidak melalui makanan, air, produk pembersihan dan kosmetik. Hakikatnya memang ada banyak kaedah detokfikasi yang boleh dilakukan, namun kita harus sedar bahawa kaedah semulajadi jugalah yang merupakan kaedah yang terbaik!

1) Aloe Vera - Aloe vera atau pun lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan tumbuhan yang sangat hebat dalam menyingkirkan toksik dari badan, selain daripada membetulkan fungsi perut dan usus. Digalakkan bagi kita untuk minum secawan jus aloe vera yang asli dan segar bagi memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel darah putih yang digunakan untuk melawan penyakit.
2) Dandelion - Dandelion digunakan sejak dari dulu lagi untuk membersih dan menguatkan hati. Dandelion juga dipercayai sangat berkesan dengan penyakit yang berkaitan dengan hati. Daun dandelion segar dimasukkan dalam secawan jus salad bagi memberikan kesihatan yang terbaik!
3) Kale - Kale merupakan sayuran hijau yang bersifat alkali. Kale yang pahit ini sememangnya mendapat tempat dalam kalangan makanan yang dicadangkan oleh ahli Ayurveda, perubatan tradisional India. Jika tak tahan dengan rasa pahitnya, kale boleh diambil dengan campuran salad-salad lain.
4) Artichoke - Artichoke wajib dimasukkan dalam senarai makanan untuk detoksifikasi kerana kandungan cynarin dalamnya yang membantu penyingkiran semulajadi toksik dalam badan. Artichoke membersihkan dan melindungi hati, serta sistem pencernaan. Ia juga membantu menguraikan lemak dan merangsang penghasilan hempedu di hati.
5) Coriander - Coriander ataupun Ketumbar juga bagus dalam menyingkirkan toksik serta logam berat daripada badan. Selain itu, kandungan pati minyak yang terdapat dalam ketumbar ini juga dapat membantu perembesan enzim dan merangsang sistem pencernaan dengan lebih baik.
6) Halia - Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksik dan bahan tidak berguna dari badan. Ianya turut membantu meningkatkan tahap metabolisma badan! 30 gram halia setiap hari untuk setiap cawan teh ataupun minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.
7) Broccoli - Adalah sangat digalakkan untuk memakan satu hidangan brokoli pada setiap hari. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksik dalam badan.
Sayuran hijau memang terbukti baik dalam membantu badan untuk menyingkirkan toksik dengan berkesan. Tambahkan juga kuantiti pengambilan air, bagi melancarkan lagi proses pembuangan toksik daripada badan dengan lebih sempurna! Jom amal sekarang!

Petua mudah dan murah ini bolehlah dicuba sekurang-kurangnya untuk mengurangkan pengumpulan bahan toksik dalam badan tanpa perlu berbelanja besar membeli produk nyah-toksik yang sangat mahal di pasaran.

Bahan:
1 biji epal
Daun seleri

Cara:
1. Kisar epal hijau dengan daun seleri untuk dijadikan jus.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.


Nota: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.