DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Sunday, July 28, 2013

5 Perkara Mencari dan Mendapat Keberkatan Hidup

Perkataan berkat (barakah) bermaksud perkembangan dan kebaikan. Secara umumnya kita boleh menyatakan maksud berkat (barakah) disini adalah memohon restu dari Allah SWT agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang . Berkat ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah SWT . Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati rezekinya , maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi berkat kepada seseorang itu, sebagaimana berkata Nabi Isa AS., firman Allah SWT: "Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada" [Surah al-Maryam ayat 31]
Allah SWT adalah al-Mubaarik (pemberi restu/berkat) dan hamba-Nya adalah al-Mubaarak; seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas. Sifat memberi berkat ini hanyalah milik Allah SWT, Berkat Allah adalah dimana sahaja Dia letakkan, firmannya: "Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya)" [Surah Qaaf ayat 9]

Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. tanda Allah SWT kasih kepada hamba-hamba-Nya adalah Allah SWT memberi pertolongan, rahmat dan keberkatan dalam kehidupan. Terdapat lima keberkataan kurniaan Allah SWT diberikan-Nya kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya iaitu;
1. Keberkatan pada umur.,
2. Keberkatan pada kehidupan berkeluarga.
3. Keberkatan pada rezeki.
4. Keberkatan pada berjemaah.
5. Keberkatan pada ilmu

Huraiannya: Tanda-tanda keberkataan itu ada lima perkara seperti berikut:

Pertama: Keberkatan Pada Umur - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" [Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim]

Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilaian Allah SWT.. Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia. Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik disisi Allah. Inilah maksud umur yang diberkati Allah SWT. Sebaiknya pula jika seseorang memiliki umur panjang sedangkan kejahatannya melebihi kebaikannya ini bermakna tidak ada keberkatan pada umurnya dan bersiap sedialah untuk memasuki Neraka.

Sabda Nabi SAW. maksudnya: “Jika seseorang telah mencapai umur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih banyak dari kejahatannya maka syaitan akan mengusap usap wajahnya sambil berkata; 'demi ayahku wajah ini tidak akan beruntung' "

Dalam riwayat lain Nabi SAW bersabda maksudnya: “Siapa yang sudah berumur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih baik dari keburukannya, maka hendaklah ia bersiap siap masuk Neraka”

Kedua: Keberkatan dalam hidup berkeluarga - Keluarga yang berbahagia adalah keluarga yang memiliki ketenangan dan kebahagiaan. Sentiasa rukun damai dan lahir kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anak. Saling nasihat menasihati, hormat menghormati dan percaya mempercayai. di antara satu sama lain. Sikap rahmah (kasih sayang) kepada pasangan hidup dan anak-anak merupakan tulang belakang keharmonisan keluarga. Rasulullah SAW .memanggil Aisyah dengan panggilan yang memanjakan, dengan gelar yang menyenangkan hati. Bahkan baginda membolehkan seseorang berdiplomasi kepada pasangan hidupnya dalam rangka membangun kasih sayang. Suami atau isteri harus mampu menampilkan peribadi yang dapat menimbulkan rasa tenteram, senang kerinduan. Ingat, di atas rasa kasih sayanglah pasangan dalam keluarga dapat melayari bahtera kehidupan dengan aman dan damai.
Tarbiyah (pendidikan) merupakan keperluan asasi setiap manusia. Para suami yang telah aktif dalam medan dakwah biasanya akan mudah mendapatkan hal ini. Namun, isteri juga memiliki kemampuan untuk meneruskan tarbiyah ini untuk anak-anaknya. Nafkah yang halal merupakan tanggung jawab suami untuk ahli keluarganya Itulah sebabnya Rasulullah SAW. meluluskan permintaan taklim (pengajaran) para wanita muslimah yang datang kepada baginda. Baginda memberikan kesempatan khusus bagi pembinaan wanita dan kaum ibu . Jika tidak berjalan tarbiyah dalam keluarga maka akan berlaku pergeseran, pertengkaran dan pergaduhan yang tidak berkesudahan hingga membawa kepada penceraian.

Keluarga yang diberkati Allah SWT. akan melahirkan ciri-ciri Baitul Muslim dalam keluarga tersebut dan keluarga yang tidak mendapat keberkataan melahirkan pergolakkan dan perselisihan samaada di antara suami isteri dan juga di antara ibu bapa kepada anak-anaknya. Oleh itu jadikanlah Islam sebagai panduan hidup berkeluarga barulah mendapat rahmat ,ketenangan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Ketiga: Keberkatan Pada Rezeki - Rezeki yang berkat adalah rezeki yang diperolehi daripada sumber-sumber yang halal. Dan digunakan pula rezeki tersebut untuk kebaikan dan di jalan Allah SWT. Apabila kita mensyukuri rezeki Allah SWT maka Allah SWT akan memberkati hidup kita dan Dia akan memberi tambahan rezeki dijalan yang tidak disangka-sangka.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Setiap Mukmin hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya, “Tiada seorangpun yang berdo'a kepada Allah dengan suatu do'a, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan do'anya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.” [Hadis riwayat at-Tabrani]

Rezeki adalah ketentuan Allah SWT. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

Kita sering mendengar berita orang kaya rezekinya melimpah ruah tetapi hidup keluarganya porak peranda, anak-anaknya menjadi penjenayah dan penceraian berlaku di antara suami istari. Ini menunjukkan tidak ada keberkatan rezeki yang mereka perolehi ada sesuatu yang tidak kena maka berlakulah keadaan seperti ini. Kita juga mendengar suatu keluarga yang pendapatannya kecil menanggung anak-anak yang ramai tetapi anak-anaknya menjadi insan yan berakhlak mulia dan berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan. Ini menunjukkan ada keberkatan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Dari Abu Hurairah RA. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah telah berfirman, “telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: mana satu hamba-Ku yang kamu temui menujukan harapannya kepada Aku semata, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolehi lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.” [Hadis riwayat Abu Naim]
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaanpun, kerana kasih sayang Allah itu mendahului Kemurkaan-Nya. Dan pastikan sumber rezeki yang kita perolehi dari sumber yang halal dan tidak meninggalkan suruhan Allah SWT semasa mencari rezeki, rezeki yang diperolehi akan diberkati dan hidup kita akan sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.

Keempat: Keberkatan Hidup Berjemaah - Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan kita perlu kepada berjemaah. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jemaah akan membawa kepada kehancuran.

Daripada Huzaifah RA berkata: “Orang-orang Islam yang lain bertanya Rasulullah SAW tentang kebaikan dan saya bertanya Rasulullah tentang kejahatan, kerana saya bimbang (takut) saya terjatuh kedalam kejahatan, lalu saya berkata kepada Rasulullah SAW,: “Ya Rasulullah, kami sesungguhnya berada di dalam keadaan jahiliah dan kejahatan, tetapi Allah hantarkan kebaikan, apakah ada selepas kebaikan ini kejahatan?”

Rasulullah SAW menjawab: “Ya ada”
Kemudian saya bertanya lagi, “Apakah selepas kejahatan ini ada kebaikan?”
Rasulullah SAW menjawab “Ya ada, tetapi di dalamnya ada dakhan”
Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah SAW “Apakah dakhan itu?”
Rasulullah SAW menjawab “Yang di maksudkan dakhan itu adalah suatu kaum yang mengambil suatu peraturan lain dari Sunnahku dan mengambil Petunjuk lain dari Petunjukku, kamu kenal mereka maka hendaklah kamu tolak mereka.”
Saya bertanya lagi: Adakah selepas itu (kebaikan), ada lagi kejahatan?”
Rasulullah SAW menjawab: “Ya ada, iaitu pendakwah (penyeru) yang berada di tepi jurang neraka, siapa yang menyahut seruan mereka akan di campakkan kedalam neraka”
Saya bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika saya sampai pada masa itu (iaitu masa penyeru-penyeru yang menyeru di tepi jurang neraka)?”
Rasulullah SAW menjawab: “Hendaklah kamu duduk bersama-sama Jemaah Muslimin dan ikut imam mereka” {Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud]

Hidup kita akan mendapat keberkatan jika kita duduk di dalam jemaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda hidup bersama jemaah Islam yang dibentuk oleh baginda. Di dalam jemaah inilah berlakunya proses tarbiyah imaniah berjalan hingga melahirkan satu generasi umat Islam yang paling baik dalam sejarah manusia. Hasil dari jemaah ini melahirkan Daulah Islamiyah yang mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT .Berjemaah membawa berkat dan perpecahan membawa azab.

Kelima: Keberkatan Pada Ilmu - Ilmu yang bermanfaat secara mutlak di dunia dan akhirat adalah ilmu syar’i (ilmu Islam). ilmu yang pengamalnya yang diikhtiraf oleh Allah SWT. dan Rasulullah SAW, ilmu ini adalah seperti yang diungkapkan oleh Imam Asy-Syatiby di dalam kitab Al Muwafaqot, “Ilmu yang muktabar menurut syara ’ adalah ilmu yang mendorong pemiliknya untuk beramal, yang tidak membiarkan pemiliknya mengikuti hawa nafsunya bagaimanapun ia, bahkan ia mengikat pengikutnya dengan ilmu tersebut, yang membawa pemiliknya mematuhi aturan-aturannya suka atau tidak suka”.

Mengenai ilmu pengetahuannya yang bermanfaat kepada orang lain. Dengan kata lain, segala ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan dapat menambahkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT. Maka selama ilmu itu masih dipelajari, selama itulah orang yang mengajarkannya pada peringkat permulaan itu akan mendapat pahala yang berterusan yang akan dimasukkan ke dalam catitan amalan kebajikannya. Antara lain, seperti apabila seseorang yang mengarang kitab untuk rujukan orang lain, maka selagi kitabnya dapat memberikan manfaat kepada orang lain, maka Allah akan mengurniakan ganjaran dan pahala yang berterusan kepada pengarang kitab tersebut.

Ilmu yang berkat adalah ilmu yang difahami, dilaksanakan dan disampaikan pada orang lain. Ilmu yang berkat juga akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT


Marilah sama-sama kita muhasabah balik pada diri kita kenapakah sering kita mengalami kerisauan, jiwa sentiasa tidak tenang dan tekanan hidup yang semakin meningkat. Jika kita kaji pasti kita akan dapat jawapannya iaitu tidak wujud keberkatan dalam hidup kita. Iaitu tidak ada keberkatan pada umur, hidup berkeluarga, rezeki , berjemaah dan pada ilmu. Oleh itu perlulah kita kembali kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya insya Allah rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT akan kita perolehi. - Cahaya ilmu

Saturday, July 20, 2013

APA ITU AL-QURAN DAN HADITH

Mari kita kongsi ilmu mengenai islam dari dua sumber asas, Al-Quran dan Hadith. “Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Hadis riwayat al- Hakim) 

APA ITU AL-QURAN NI?
Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Jibril AS., ditulis dalam mashaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan membacanya. Susunan Al-Quran terdiri daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan Al-Quran mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6,236 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib.

APA KELEBIHANNYA?
Antara kelebihan Al-Quran ialah:-
1. Mukjizat teragung
2. Mukjizat Nabi yang kekal hingga hari Kiamat
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:- "Dan kelebihan kalamullah ke atas seluruh kalam (perkataan) seperti kelebihan Allah ke atas sekalian kejadian-Nya."

MACAM MANA AL-QURAN BOLEH SAMPAI PADA KITA?
Al-Quran diturunkan melalui beberapa peringkat iaitu:-
1. Al-Quran diturunkan ke Luh Mahfuz, Cara turun dan wujudnya Al-Quran di Luh Mahfuz pada waktu yang tidak diketahui kecuali Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud:- "Bahkan ialah Al-Quran yang mulia. Diturunkan ke Luh Mahfuz."
2. Al-Quran diturunkan ke Baitul Izzah di Langit Dunia pada Lailat al-Qadr dalam satu jumlah (sekali gus).
3. Al-Quran diturunkan dengan perantaraan Jibril AS. kepada Nabi Muhammad SAW. secara beransur-ansur.
MACAM MANA PULAK CARA PENURUNAN WAHYU?
1. Melalui mimpi seperti mimpi Nabi Ibrahim AS. menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.
2. Melalui suara seperti Allah SWT berbicara dengan Nabi Musa AS.
3. Wahyu turun seperti bunyi loceng
4. Melalui Jibril AS. kepada Nabi Muhammad SAW. dalam bentuk manusia

APA LAGI NAMA-NAMA KITAB SUCI DAN JUMLAHNYA?
Oleh sebab ramai Rasul utusan Allah, banyak catatan dan pesanan yang disampaikan. Ada yang disebut sebagai lembaran-lembaran (suhuf) dan ada pula dalam bentuk buku (kitab). Suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim AS. dan Nabi Musa AS.. Manakala kitab pula diturunkan kepada Nabi-Nabi berikut:-
1. Kitab Al-Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS.
2. kitab Al-Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS.
3. Kitab Al-Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS.
4. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

KENAPA DINAMAKAN KITAB SUCI?
1. Bebas daripada campur tangan manusia
2. Kandungan sesuai dengan fitrah manusia
3. Kandungannya tidak bercanggah di antara satu sama lain

APA KEISTIMEWAAN AL-QURAN?
Perbezaan lebih khusus antara Al-Quran dengan ucapan yang lain (hadis Qudsi dan hadis Nabawi) ialah Al-Quran merupakan firman Allah SWT, di turunkan dengan lafaz dan makna yang jelas dengan perantaraan Malaikat Jibril AS, kemudian tersebar dalam bentuk-bentuk tetap dan tidak dapat ditiru dan mendapat jaminan Allah SWT. Ini berdasarkan firman-Nya yang bermaksud:- "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."
APA FADHILAT MEMBACA AL-QURAN?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:- "Daripada Ibnu Mas'ud RA. katanya Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan diganda sepuluh. Aku tidak bermaksud (Alif Lam Mim) itu satu huruf akan tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf." (Riwayat al-Tirmizi)

APA PULAK FADHILAT MENGAJAR AL-QURAN?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:- "Sesiapa yang mengajar Al-Quran kepada anaknya secara melihat mushaf, Allah akan mengampunkan dosanya yang lalu dan yang terkemudian dan sesiapa yang mengajar secara menghafaz, Allah akan membangkitkannya di hari akhirat seperti bulan purnama dan dikatakan kepada anaknya, bacalah! Tiap-tiap kali dia membaca satu ayat daripadanya Allah mengangkat darjat bapanya hinggalah sampai akhir ayat yang dihafaznya

APA ITU HADITH?
Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith mengatakan bahawa hadith Qudsi itu: ialah perkataan Nabi SAW yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah , disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya. Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi SAW di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi SAW menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadith-hadith yang lain tidak demikian itu. Hadith Qudsi itu dinamakan juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani. Dan pernah pula dibezakan Hadith Qudsi dengan yang lainnya; iaitu segala hadith yang bersangkut dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan sifat-sifat kebesaran dan kemuliaanNya. [Kitab al-Dar al-Nadid min Majmu'ah al-Hafid]
Contoh Hadith Qudsi itu, Rasulullah SAW bersabda: "Firman Allah SWT: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim) Rasulullah SAW bersabda: "Firman Allah SWT: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Hadith ini penting sebagai sumber ilmu agama. Hukum wajib, harus, halal, haram, sunat etc boleh datang dari hadith (selain dari Al-Quran). Hadith boleh ditolak jika ianya hadith palsu. Contoh hadith palsu paling popular ialah hadith berkenaan kelebihan berpuasa selama 30 hari. Yang selalu dok siar kat TV dan radio kita. Rasanya kebelakangan ini pun telah tak diwar-warkan lagi sekarang ini sebab makin ramai orang sudah ambil tahu berkenaan dengan hadith.

Ada beberapa kategori hadith:
1. Sahih (authentic)
2. Hasan (good)
3. da'if (weak)
4. maudu' (palsu)

Yang dua pertama tu selalu diguna untuk buat hukum dalam agama (wajib, haram, halal etc) sedangkan yang dua kemudian tak boleh. Hadis da'if hanya untuk memberi semangat (fadilat). Hadith maudu' atau palsu, tertolak terus, tak boleh pakai. Selalu juga ajaran sesat menggunakan hadith palsu untuk mengelirukan pengikutnya.

Kitab hadith yang paling muktabar ada enam juga dikenali sebagai Sunan Sittah. Ianya:
1.      Sahih Bukhari
2.      Sahih Muslim
3.      Sunan Abi Da'ud
4.      Sunan al-Tirmidhi
5.      Sunan al-Sughra (al-Nasa'i)
6.      Sunan Ibn Majah

Yang paling autentik mengikut ulama ialah Sahih Bukhari dan Muslim.
Hadith ada berapa banyak? Memang banyak. Imam Ahmad bin Hambal, imam kepada mazhab Hambali sendiri menghafal hadith sebanyak 300,000. Itu baru seorang Imam besar, tak ambil kira yang lain-lain lagi. Dengan lain kata, hadith ni memang banyak. Tapi nanti kena tapis yang mana sahih, da'if dan maudu'. Itu bukan kerja kita. Kita rujuk dari ulama-ulama hadith.

Kedudukan Hadis di dalam Islam
Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah SAW yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah seperti;
·         Maksudnya; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl: ayat 1)
·         Maksudnya; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb: ayat 36)
·         Maksudnya; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7)

Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran. Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama – dalam sesetengah buku cuma disebut 4 – iaitu;
·         Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
·         Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.
·         Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
·         Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.
·         Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.

Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatîr dan Masyhûr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu. Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.
Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.


Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadith bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah – sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi. Tambahan pula, hadith juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah SAW itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.

Saturday, July 13, 2013

Siapakah yang dirndui oleh Syurga

Atas keagungan dan kemuliaan bulan Ramadhan itu maka syurga pun berhias untuk para hamba Allah.SWT yang taat beribadah kepada-Nya. Dan syurga itu merindukan empat golongan dari manusia yang beriman sebagai mana sabda Rasulullah SAW: Syurga itu merindukan empat golongan manusia yaitu: "mereka yang membaca Al-Qur’an , yang menjaga Lidah, yang mahu memberi makan kepada orang yang lapar, dan mereka yang berpuasa di bulan ramadhan". (Raunaqul Majaalis )
1. Orang Yang Senang Membaca Al-Qur’an
Alhamdullillah pada bulan Ramadhan ini kita dengarkan baik di masjid–masjid, di surau–surau, di mana-mana sahaja, bahkan di rumah–rumah semua membaca Al-Qur’an demi mendapatkan kemulian dan pahala yang dijanjikan oleh Allah.SWT. Pada hari–hari biasa mungkin kita jarang untuk membuka Al-Qur’an kalau tidak dikatakan sama sekali, tetapi dengan datangnya bulan Ramadhan kita berlumba–lumba untuk membaca, belajar, atau bahkan mengkhatamkan atau paling tidak kita ada upaya untuk membaca baik yang sedang belajar maupun yang sudah biasa. Ini sangat baik untuk pembelajaran bagi kita agar kita jangan menganggap bahwa Al- Qur’an ini merupakan suatu yang didewakan sehingga kita anggap sebagai azimat yang tidak boleh disentuh. Sehingga Al-Qur’an hanya hiasan atau disimpan ditempat yang aman. diatas pintu, atau almari, Padahal Al-Qur’an ini adalah petunjuk hidup yang harus kita pelajari dan kita fahami agar kita laksanakan isinya dalam kehidupan kita sehari–hari.

Sebab Al-Qur’an ini berkaitan masaalah “ Ibadah dan Muamalah “. Jadi siapa pun manusianya yang boleh menjalankan Al-Quran walau mereka bukan orang islam dan tidak solat paling tidak dia akan mendapatkan kebahagiaan hidup didunia. Apalagi kita sebagai orang yang beriman yang menjalankan semua perintah Allah.SWT dan memahami serta menjalankan Al-Quransebagai hudal mestinya kita harus lebih baik dari pada mereka yang tidak menggunakan Al-Qur’an sebagai pedoman hidupnya. Tapi kenyataannya masih banyak saudara kita yang lalai mereka beranggapan Al-Qur’an ini hanya mengatur hubungan ibadah dengan Allah. Sehingga mereka hanya memperbanyak ibadah magdhoh sementara mengabaikan ibadah Muamalah sesama manusia. Padahal ibadah yang berhubungan dengan ibadah magdhoh itu tidak lebih hanya 5% dari seluruh isi Al-Qur’an. Dengan membaca Al-Qur’an dan mengerti isinya kita akan semakin mantap dalam keimanan sehingga kita tidak akan ragu dengan janji Allah yang telah ditetapkan untuk orang–orang yang beriman, sehingga diharapkan kita akan semakin naik dalam ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
2.Orang Yang Menjaga Lidah
Yang kedua syurga merindukan orang yang mampu menjaga lidahnya. Lidah ini kecil bentuknya tidak bertulang tetapi akibat yang ditimbulkannya sangat luar biasa tajamnya lebih tajam dari pada pisau manapun di dunia ini, sehingga kalau melukai orang idak akan ada ubat yang mampu menyembuhkannya kecuali dengan meminta maaf kepada orang yang terluka dengan lidah kita. Oleh kerana itu dengan datangnya Bulan Mulia Ramadhan ini mari kita menjaga lidah kita dengan melatih untuk berbicara yang baik–baik saja apalagi dengan memperbanyak membaca dan mempelajari Al-Qur’an . Dengan lidah selamatlah kita dan dengan lidah pula akan menghancurkan kita. Maka kita harus pandai–pandai memelihara lidah ini sebab semua masalah bersumber dari lidah. Sumber dari semua itu adalah nafsu yang tidak dapat dikendalikan, padahal dalam bulan Ramadhan ini semua syaitan telah diikat oleh Allah dan tidak akan mengganggu manusia. Tetapi pada kenyataannya masih banyak manusia yang berbuat menyimpang mengumbar keangkara murkaannya. Semua itu bersumber dari nafsu manusia itu sendiri. Dengan demikian bererti nafsu itu lebih kuat dari pada syaitan dalam menggoda dan berbuat aniaya.

Kerana bahayanya nafsu yang sangat besar maka tatkala Rasulullah SAW baru pulang dari perang badar beliau bersabda: “ Kita baru pulang dari perang kecil” Mendengar itu para sahabat jadi bingung dan bertanya: “Apakah masih ada perang yang lebih besar dari pada perang ini (Perang Badar) ya Rasulullah” “ ada yaitu perang melawan hawa nafsu” Dengan sabda Rasulullah SAW itu ternyata nafsu itu lebih besar pengaruhnya dari pada pujuk rayu syaitan. Nafsu seorang manusia yang mempunyai kekuasaan (Pemimpin) dapat menimbulkan perang dan pertumpahan darah dan kesengsaraan bagi seluruh rakyatnya. Dengan berpuasa di bulan Ramadhan diharapkan kita dapat mengendalikan nafsu sehingga kita akan terselamatkan dari perbuatan–perbuatan yang tidak terpuji, sehingga kita akan mampu meningkatkan kualiti puasa kita bukan hanya sekadar puasa menahan lapar dan dahaga tetapi akan menjadi puasa yang dapat mengendalikan nafsu–nafsu rendah pada diri kita.

Lidah yang kecil bentuknya tapi biasa membuat manusia terluka yang menimbulkan bekas dan tidak akan hilang sampai ajalnya. Maka ada pepatah: “fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan”. Fitnah kerana lidah itu akan menimbulkan permusuhan yang panjang dan bahkan boleh saling berbunuhan dan dendam yang tiada putus. Siapa yang mampu menjaga lidahnya maka dia akan selamat dalam pergaulannya. Sebab semua masaalah bermuara dari lidah yang tidak terkendali. Maka hati- hatilah dengan lidah kita yang kecil ini.
3. Orang Yang Memberi Makan Orang Lapar
Pada bulan yang penuh berkah ini kita juga berlumba – lumba untuk memberikan sedekah, infaq, dan zakat. Barang itu berupa makanan untuk fakir miskin, yatim piatu maupun mengeluarkan untuk takzil di masjid masjid. Sebab dengan kita menginfaqkan sebahagian harta kita, kita juga mendapatkan pahala sebesar orang yang sedang berpuasa. Sungguh luar biasa Allah memberikan balasan bagi para hamabanya setiap amal ibadah mendapat nilai ibadah yang sangat tinggi. Mereka rela dengan suka rela mengeluarkan sebahagian rezekinya untuk memberikan makan dan minum kepada para musafir yang singgah di masjid–masjid yang mengharap keredhaan Allah.

Dan sekarang ini banyak kita lihat di setiap masjid sudah banyak kita temukan yang memberikan pelayanan dalam memberikan takzil / makan dan minum bagi para muslim yang singgah di masjid untuk berbuka puasa dan shalat.

Dengan infaq ini juga memberikan pelajaran bagi kita agar kita tidak kedekut dengan harta yang kita miliki bahwa dibalik harta yang kita miliki itu masih ada hak–hak orang lain yang memerlukan baik mereka yang meminta ataupun tidak meminta. Sehingga dengan infaq itu memberikan rasa aman kepada lingkungan dan memberikan rasa kasih sayang kepada sesama. 

4.Orang Yang berpuasa di Bulan Ramadhan
Dan yang terakhir syurga adalah merindukan orang–orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa ini mempunyai nilai yang sangat tinggi dihadapan Allah sebab, puasa itu hanya untuk Allah sementara ibadah selain puasa untuk diri kita sendiri. Rasulullah bersabda: “ Semua amal perbuatan anak adam itu untuk dirinya sendiri kecuali puasa. Kerana sesungguhnya puasa itu untuk–Ku dan Aku sendiri yang membalas” Oleh kerana itu diharapkan akhir dari perjalanan puasa adalah agar kita menjadi orang yang bertaqwa.

Untuk mewujudkan menjadi orang yang bertaqwa ini ternyata tidak mudah sebab kita masih diliputi dan diselubungi nafsu yang kotor sehingga untuk membersihkannya harus dengan berpuasa. Puasa ini akan menggiring kita menjadi manusia yang lembut bila puasa kita tidak sekedar menahan lapar dan dahaga, tidak sekadar memindah makan dari siang ke malam. Rasulullah bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa , hasil puasanya hanya lapar dan dahaga”


Demikianlah serba sedikit untuk mengingatkan kita agar dalam menjalani kehidupan ini kita akan semakin merasakan kasih sayang Allah. Semoga keimanan dan ketaqwaan kita tahun ini akan lebih baik dari pada tahun yang lalu. Sehingga kita menjadi salah satu dari golongan manusia yang dirindukan syurga.

Tuesday, July 9, 2013

Cara Paling Mudah Khatam Al-Quran Dalam Masa Sebulan

Pada zaman Rasulullah SAW, ada para sahabat Nabi yang mengkhatam Al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Tapi, Nabi SAW ada memberi pesan, kalau nak khatam dalam masa yang singkat, jangan khatam kurang dari 7 hari. 

Dari `Abdullah bin `Amru RA bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Bacalah (khatamkanlah) Al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata: ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.” Rasulullah SAW bersabda: “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.” (HR al-Bukhari)

Ini supaya kita membacanya dalam keadaan baik, tidak gopoh dan membacanya dengan penuh penghayatan. Kalau baca kelam kelibut pun tiada gunanya juga. Kerana manfaat utama dari Al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya. Di samping itu, supaya kita tidak melupakan tugas dan peranan harian kita menempuh aktiviti duniawi. Tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini pun kena jaga.

Memang ada dalam riwayat menceritakan beberapa tokoh salafussoleh yang mampu khatam dalam masa yang lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan Ramadhan. Tapi, mereka melakukannya kerana mereka faham akan kemampuan mereka membacanya dengan tartil, tajwid yang betul, faham makna dan penghayatan. Sambil tidak mengganggu aktiviti harian dan tugasan mereka. Contohnya Imam Syafi'e diriwayatkan mampu khatam al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan. Masha Allah! Hebat!

Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari
Di sini ingin dikongsi sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan. Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.

Berikut caranya:

1. Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, Insyaallah kita bakal mengkhatam 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sebulan.
Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan Al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci al-Quran. Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham maksud tersebut


*Perkongsian dari: Shah Muzir

Saturday, July 6, 2013

Fahami Maksud Sebenar Menutup Aurat

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) 

Marilah kita perhatikan dan hayati ayat Al-Qur'an sebagaimana berikut dan seboleh-bolehnya disematkan didalam hati sebagai suatu pedoman, panduan dan bekalan hidup kita seharian: (Surah At-Tahrim: Ayat 6)


Menutup aurat merupakan suatu kewajipan kita sebagaimana yang difardhukan yang sudah pun diketahui umum oleh semua umat Islam sama ada LELAKI mahu pun WANITA. Tuntutan menutup aurat itu sabit berdasarkan nas dan dalil-dalil daripada Al-Qur'an, Hadits dan kesepakatan para ulama (Ijma'). Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut, manakala aurat wanita ialah seluruh tubuh badan kecuali kedua-dua tapak tangan dan muka.
Mafhumnya: "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" (Surah Al-A'raf: Ayat 27)

Marilah perhatian baik-baik apakah yang telah kita ikrarkan (doa Iftitah) semasa kita mendirikan solat. Apakah hanya dibibir sahaja, atau apakah kita tidak memahaminya. Jika kita tidak memahaminya marilah kita sama-sama melihat akan maknanya mengenai ikrar itu:


Mafhumnya: Sesungguhnya solatku dan ibadahku dan hidupku dan matiku semata-mata kerana Allah sekelian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi-Nya dan aku dari gologan orang Islam.


Persoalnnya, dimana diri kita sekarang ini? Apakah ikrar yang kita lafazkan itu hanya suatu permainan sahaja. Namun pernah kedengaran jika taatkan perintah Allah SWT itu hipokrit'. "Subhanallah". Marilah kita lintaskan pada hati kita kenapa kita dijadikan dimuka bumi ini. Lihat Firman Allah SWT dalam Surah az-Dzariat, ayat 56:
Mafhumnya: 'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.'

Ingatlah kita semua kita apabila sampai masanya akan kembali (mati) ke hadrat Allah SWT, maka amalanlah yang akan kita bawa. Akan tetapi ramai umat Islam yang dilihat di sana sini sangat-sangat mengabaikan dan bersifat acuh tak acuh akan tuntutan dan kewajipan menutup aurat ini, baik lelaki mahu pun perempuan. Apa yang menyedihkan ialah cara atau trend oleh sebilangan individu, tidak menepati dengan cara yang telah digariskan oleh Syara'. Pakaian yang mereka pakai bukan untuk menutup aurat, sebaliknya hanya menampal sebagai perhiasan semata-mata agar dipandang cantik dan bergaya khususnya bagi perempuan.
gambar hiasan - pakaian ketat menampakkan tubuh badan


Gambar hiasan – pakaian non muslim yang digemari Sebahagian lelaki Islam 

Lebih mengecewakan lagi, bagi wanita, anggapan sesetengah individu itu bahawa memadai apabila dia memakai tudung sahaja, maka sudah bermakna dia telah menutup auratnya. Sedangkan pakaian yang dipakai nyata masih tidak menepati tuntutan menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara‘, seperti Memakai seluar yang ketat atau pakaian pendek, nipis (jarang) dan kain berbelah, sama ada mereka sedari atau pun tidak bahawa pakaian yang mereka pakai itu adalah mengghairahkan. Bahkancara bertudung pun masih menampakkan anggota aurat yang wajib ditutup atau disembunyikan.

Ada pula yang memakai pakaian yang lengkap menutup aurat pada waktu-waktu tertentu sahaja, seperti ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan dan kedukaan seperti kematian, tetapi tidak pada waktu-waktu lain. Sikap sebahagian sama ada muslim atau muslimah seumpama ini menunjukkan bahawa mereka belum memahami maksud sebenar menutup aurat itu dan bagaimana cara melaksanakannya sebagaimana yang dituntut oleh syara‘.
gambar hiasan - pakaian seperti ini disukai oleh lelaki bila tiba hari raya atau majlis-majlis tertentu sahaja.

TUNTUTAN MENUTUP AURAT ADALAH PERINTAH ALLAH SWT

Allah SWT telah mewajibkan lelaki mahu pun perempuan untuk menutup aurat mereka dan menggariskan cara-cara menutup aurat itu. Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah Allah SWT. Memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syara‘ bererti mentaati perintahNya. Bilamana menutup aurat merupakan suatu ketaatan, maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan suatu kederhakaan.

Tuntutan menutup aurat ini tidak boleh dipandang ringan. Ancaman dan balasan Allah SWT terhadap mereka yang tidak melaksanakan atau tidak memperdulikan tuntutan menutup aurat itu adalah sangat keras. Antara akibat melanggar tuntutan ini ialah laknat Allah SWT. Mereka yang melakukan penderhakaan terhadap perintahNya itu tidak akan masuk syurga, bahkan bau syurga pun tidak dapat dihidu oleh mereka, sebagaimana yang ditegaskan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadits Riwayat Muslim)
  


gambar hiasan - Tidak kira lelaki mahu pun wanita kini dilihat suka tidak menutup aurat ketika bersukan

Oleh itu, kita hendaklah mengenakan pakaian untuk menutup aurat sebagaimana yang disuruh syara‘ kerana mentaati perintah Allah SWT, bukannya kerana tuntutan fesyen semasa atau kesesuaian tempat dan keadaan. Jika berfesyen pun fesyen yang dikenakan hendaklah memenuhi tuntutan syara'. Jika bersukan pun pakaian sukan hendaklah disesuaikan dengan hukum syarak.

MENUTUP AURAT NIKMAT ANUGERAH ALLAH SWT

Allah SWT telah menurunkan bahan-bahan pakaian di muka bumi dan memberikan manusia keupayaan menghasilkan pakaian sebagaimana yang ditegaskan melalui firmanNya: (Surah al-A‘raaf: Ayat 26)
Mafhumnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. 
Ayat tersebut menjelaskan bahawa bahan pakaian yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya itu sebagai tanda-tanda limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya untuk menutup aurat mereka. Maka mereka yang mengabaikan kewajipan ini dengan mendedahkan aurat mereka adalah orang-orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai nikmat tersebut.


Banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapat daripada kewajipan menutup aurat ini. Islam tidak mensyariatkan sesuatu melainkan untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia itu sendiri. Tuntutan menutup aurat adalah untuk kebaikan bagi diri muslimin dan muslimat.

Bagi kaum wanita, di antara rahsia atau faedah menutup aurat yang khusus sepertimana yang dijelaskan dalam Al-Qur'an ialah untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik dan dengan berpakaian sedemikian, maka mereka tidak akan diganggu. Secara tidak langsung pakaian yang menutup aurat dan sopan merupakan antara cara untuk menghindari fitnah, pandangan yang jahat atau berlakunya perkara yang buruk, umpamanya kes rogol dan sebagai-sebagainya. Oleh itu, kewajipan menutup aurat juga merupakan satu nikmat yang wajib disyukuri oleh kita semua, iaitu dengan cara melaksanakan kewajipan yang dikehendaki ini.

BAGAIMANA CARA MENUTUP AURAT YANG DITUNTUT OLEH SYARA'?

Sebelum dijelaskan cara menutup aurat bagi wanita sebagaimana yang dituntut oleh syara‘, perlu disebut terlebih dahulu bagaimana aurat wanita itu di hadapan lelaki bukan mahramnya. Secara sepintas lalu bagi wanita, bagaimana aurat perempuan dalam solat, maka itulah juga auratnya di luar solat. Apa yang boleh nampak di hadapan orang-orang yang bukan mahramnya hanyalah kedua tapak tangan dan muka sahaja, manakala keseluruhan anggota badan yang lain merupakan aurat yang wajib ditutup. 

Cara berpakaian bagi perempuan yang sempurna menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki Syara‘ itu merujuk kepada Firman Allah Ta‘ala sebagaimana berikut: (Surah Al-Ahzab: 59)
Mafhumnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Dalam ayat di atas itu telah jelas menyatakan bahawa pakaian yang dipakai ketika keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan menutup seluruh tubuh pemakainya. Terdapat juga beberapa hadits yang menyebut tentang ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh syara‘, umpamanya hadits yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah RA:

Mafhumnya: “Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah SAW berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah SAW menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.” (Hadits riwayat Abu Daud)

Berdasarkan kepada dua dalil di atas, maka dijelaskan bahawa ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara' bagi wanita itu adalah sebagaimana berikut:

1. Pakaian yang longgar, bukan pakaian yang sempit yang menampakkan susuk dan bentuk tubuh badan;
2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung;
3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat daripada kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.

SEPINTAS LALU PAKAIAN MENUTUP AURAT LELAKI DAN WANITA

CARA BERTUDUNG MENGIKUT SYARA' BAGI WANITA

Antara pakaian yang digunakan untuk menutup aurat pada bahagian kepala seperti rambut, telinga dan sebagainya ialah menutup kepala dikenali sebagai tudung. Tudung kepala yang dituntut adalah sebagaimana berikut:

1. Tudung itu menutupi seluruh kepala termasuk leher, kecuali kawasan muka. Bukanlah cara bertudung yang betul menurut syara‘ jika masih menampakkan rambut, leher, tengkuk, telinga, bahagian dada dan seumpamanya. Manakala belahan bajuletaknya di kawasan dada. Oleh yang demikian, tudung kepala hendaklah juga menutup atau menyembunyikan bahagian dada.

Firman Allah SWT: (Surah An-Nur:Ayat 31)
Mafhumnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; ...

2. Tudung hendaklah diperbuat daripada kain atau bahan yang tebal yang menutupi warna kulit dan rambut daripada kelihatan. Bukan tudung yang jarang, nipis atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat yang lain.

Antara Ciri-ciri PAKAIAN YANG DILARANG Oleh Syara'

Selain daripada ciri menutup aurat, pakaian wanita yang dituntut oleh syara‘ hendaklah juga bukan pakaian yang khusus dipakai oleh kaum lelaki sahaja, umpamanya pakaian cara Melayu dan baju kemeja. Dalam hal ini Rasulullah SAW telahpun memberi peringatan sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA katanya: “Bahawa Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian (cara) perempuan dan (melaknat) perempuan yang memakai pakaian (cara) lelaki.” (Hadits riwayat Abu Daud) 

Adapun maksud laknat itu ialah seseorang itu jauh dari rahmat dan belas kasihan Allah SWT. Apabila Allah SWT dan Rasulullah SAW melaknat ke atas seseorang itu, maka menunjukkan orang itu telah membuat suatu dosa besar dan menjadikannya seorang fasiq.

Pakaian yang dituntut oleh syara‘ juga ialah pakaian yang bukan dipakai untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk, kerana memakai pakaian dengan tujuan sedemikian adalah dilarang dalam Islam sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang memakai pakaian yang megah ketika di dunia, maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari Qiamat, kemudian dinyalakan api di dalamnya (pakaian tersebut).” (Hadits riwayat Ibnu Majah)

Kesedaran tentang tanggungjawab menutup aurat perlu bermula dari individu itu sendiri. Untuk menyuntik kesedaran ini, perlu ada kefahaman tentang maksud sebenar-benarnya menutup aurat. Apabila kaum wanita memahami maksud sebenarnya menutup aurat sebagai satu bentuk ketaatan kepada Allah SWT dan juga satu nikmat yang wajib dan perlu disyukuri dan dipelihara, mereka tidak akan bersikap mencuai-cuaikan dan menangguh-nangguhkan kewajipan ini atau memilih-milih waktu dan tempat untuk melaksanakannya.

Sebaliknya mereka akan istiqamah dan bersungguh-sungguh melaksanakannya dengan memenuhi ciri-ciri pakaian sebagaimana yang dituntut oleh Syara‘. Termasuk dalam misi perlaksanaan perintah menutup aurat ini, para ibu-bapa, suami dan keluarga mesti turut berperanan malahan bertanggungjawab untuk mendidik, membimbing dan menasihati anak, isteri, ibu dan anggota keluarga yang lain supaya sentiasa melaksanakannya.

Firman Allah SWT: (Surah Asy-Syu‘ara’: 214) 
Mafhumnya: “Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.”

Tanggungjawab dan kewajipan menyuruh menutup aurat itu tidak terkecuali digalas juga oleh ahli masyarakat. Sikap tegur-menegur dan saling menasihati adalah tuntutan agama Islam. Maka setiap seorang daripada kita juga bertanggungjawab dalam sama-sama menjauhkan perkara-perkara dosa dan maksiat. Perkara ini berdasarkan kepada firman Allah SWT: (Surah al-Ma’idah: 2)
Mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)

Dengan kesedaran kaum Muslimin dan Muslimat sekelian tentang tanggungjawab dalam menunaikan kewajipan menutup aurat serta peranan yang dimainkan oleh semua pihak, akan terbentuklah masyarakat yang berpakaian benar-benar menepati kehendak syara‘.
Mahukah anda digelar 'MUKMIN' atau setakat 'ISLAM SAHAJA'. Marilah kita semua berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Sesungguhnya" aurat wanita sangat mudah diperkatakan tetapi sukar untuk dilaksanakan, oleh yang demikian wanita yang menjaga aurat adalah merupakan wanita solehah, bagaikan berlian yang bersinar dan sukar didekati kerana duri yang melingkarinya. Maka balasan wanita yang menjaga auratnya adalah SYURGA".

"Kepada semua pihak: Ketua-ketua Masyarakat di dalam organisasi sama ada awam (Kementerian, Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan) mahu pun swasta, PARTI-PARTI SIASAH, Ketua-ketua Kecil dalam masyarakat, Ketua-ketua Kampung, Imam-Imam, Pengetua-pengetua atau Guru-Guru Besar Sekolah, para ustaz dan ustazah, para-para suami dan setiap lelaki dan perempuan Islam yang kesemuanya telah diamanahkan untuk memakmurkan muka bumi ini maka hendaklah sentiasa dan sering (berulang-ulang kali tanpa ada perasaan jemu) menyeru, menegur bagi mempastikan anak-anak buah, kakitangan, saudara-mara, rakan dan taulan, jiran, ibu, isteri dan anak-anak lelaki dan perempuan menutup aurat dengan cara yang betul sebagaimana telah diperintah oleh Allah SWT. Kepada pelawat laman web ini sebar-sebarkanlah kepada umat Muhammad SAW dengan cara yang berhemah.


Apabila hati kita ikhlas disulami dengan cara hidup mengikut hukum syarak, maka mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan umur kehidupan kita sentiasa diredhai oleh Allah SWT.