DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Friday, March 29, 2013

Mencari Penghargaan Sebenar


Apabila seseorang itu membuat kebaikan atau pun sebarang pekerjaan, adalah normal kalau dirinya terasa berguna apabila dihargai. Lagi-lagi kalau pekerjaan yang dilakukan itu dengan sungguh-sungguh, disambut pula dengan penghargaan yang baik, maka akan berbungalah hatinya. Itu biasa, bahkan akan mendorong dirinya untuk buat yang lagi terbaik pada masa hadapan. Tetapi, manusia akan rasa sedikit ‘turun’ apabila usaha yang dilakukan dengan sedaya upaya itu tidak dihargai bahkan diperkecil-kecilkan. Itu juga adalah biasa bagi makhluk yang bernama manusia. Malah kadang-kadang akan membuatkan seseorang itu merasa tidak berguna dalam apa jua pekerjaan yang dilakukannya.
Ada ketikanya penghargaan diperlukan untuk seseorang meneruskan perjuangan dalam merempuh perjalanan yang panjang dalam kehidupan. pun begitu, tidak semua manusia di atas muka bumi ini akan menghadiahkan penghargaan hatta sahabat baik pun kekadang lupa untuk memberikan "penghargaan" kepada sahabatnya sendiri. apatah lagi jika ada dalam kalangan suami yang sengaja tidak memberi "penghargaan" kepada isteri yang menyebabkan wanita itu menagih "penghargaan" di luar rumah khususnya di tempat kerja dengan rakan-rakan sekerja. Senario memberikan penghargaan kepada sesiapa sahaja sebenarnya merupakan perkara yang molek untuk dilaksanakan. sementelah pula di tempat kerja yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam melakukan tugasan seharian. lantaran itu, menjelangnya akhir tahun, pasti ada anugerah untuk pekerja cemerlang sebagai tkita penghargaan kerana pencapaian dalam menguruskan kerjaya masing-masing.

Justeru, pasti ada kisah yang membahagiakan dan tidak kurang kisah yang mendukakan yang terjadi kepada setiap “penghargaan” manusia maka, muncullah "ketidakadilan", "keprotesan", "kemarahan" dan pelbagai emosi kitai manusia tidak dinilai dan tidak diberi penghargaan yang selayaknya. Begitu berharganya nilaian "penghargaan" dalam diri seseorang untuk meneruskan perjalanan dalam kehidupan. barangkali dalam hidup ini, "keadilan" itulah yang sukar ditemui, dan banyak manusia yang ingin melihat orang lain tersungkur daripada membangunkannya daripada rebah. dan yang paling hiba kitai orang yang berbahagia melihat orang lain rebah itu merupakan dalam kalangan sahabat-sahabat yang "bermulut manis", tetapi lain lagaknya bila di belakang dan kisah tragis pastilah berlaku terhadap sesiapa yang sudah lama berkhidmat, tetapi tidak pernah sekalipun dianugerah atau diberikan penghargaan oleh majikannya.

Antara penghargaan manusia dengan penghargaan Yang Maha Pencipta, sudah pastilah penilaiannya berbeza. "Banyakkan bersabar. orang yang sabar tentu sahaja ganjarannya besar." itu sahaja ungkapan yang selayaknya kepada mereka yang memiliki mulia jiwa. Bila kita tidak dinilai dengan penghargaan manusia, usah kecewa. setelah berkerja keras atau melakukan kebaikan sepanjang hidup, maka ketepikan duka. kalaupun di atas dunia ini semua manusia tidak pernah menghargai usaha yang telah dilakukan, pun, semarakkan jiwa bahawa Yang Maha Pencipta akan tetap menghargainya sampai akhir nafas usia. justeru, hayatilah Surah at-Taghaabun, Ayat 17 yang bermaksud bahawa: "Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah melipat gkitakan pembalasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun." antara penghargaan manusia dengan penghargaan Yang Maha Pencipta, tentu sahaja kita harus melemparkan senyum bahagia setelah sepanjang masa mengharung sarat duga dan kerenah manusia! Wahai jiwa yang tenang..Kembalilah kepada Allah…berharaplah kepada Allah..
Kita sudah terlalu lama meletakkan pengharapan kepada manusia, menyangka manusia boleh membahagiakan kita, rupa-rupanya tidak..bagaimana harus meminta kepada manusia sedangkan mereka juga lemah seperti kita.. Apabila kita buat sesuatu kebaikan, kita buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah kita usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang kita tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun kita pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi kita seolah-olah kita itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih. Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu. Apabila dibelek-belek kembali lembaran sejarah dan kejadian yang berlaku dimuka bumi ini, banyak sejarah mencatatkan perkara seperti ini. Sebagai contoh, ibu bapa yang penyayang dan telah mengasuh anak-anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Memberikan pendidikan dan menempatkan di sekolah yang baik. Akhirnya, apabila si anak itu tadi berjaya, lupus segala jasa kedua orang tua dalam dirinya. Jelik sungguh sifat sebegini. Kita rasa, apa perasaan kedua ibu bapa itu tadi? Sedih dan kecewa, sudah tentu.

Kisah lain, seorang guru sedaya upaya membimbing anak didiknya menjadi seorang yang berguna. Hampir pada setiap masa memikirkan anak muridnya dan setiap kali sujud terakhir, ada doa diselitkan untuk anak didiknya. Tetapi, esok-esok telah berjaya, maka anak murid itu tadi akan melupakan sang guru serta menghinanya pula. Dan, janganlah hairan sekiranya seorang sahabat sanggup bersusah payah demi sahabatnya yang lain, tetapi akhirnya, sahabat yang dibantu itu akan memulaukan kita malah mencaci kita pula. Ditambah lagi, kita pula difitnah dengan bermacam-macam fitnah yang satu pun kita tidak buat. Kecewa? Memang ada. Hebat sungguh manusia dalam bab tidak menghargai.

Kenapa patut ada rasa kecewa? Sedangkan pada mula-mulanya, sudah memasang niat untuk buat sesuatu itu kerana Allah. Maka, penghargaan dari Allah itulah yang perlu dipandang dengan lebih. Kenapa? Kerana penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari Allah itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang Allah itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih. Makanya, apabila berhadapan dengan manusia macam ini. Rawatan awal yang kita boleh buat, adalah dengan, senyum.
Mari, pujuk hati. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah satunya. Maka, adalah tidak berguna bila kita bersedih dengan perangai manusia yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai. Biarkan ia berlalu bagaikan angin. Sebenarnya, kita tidak perlu pun merasa sedih apabila kita tidak dihargai. Sebab disisi Allah sebenarnya, kita sudah mendapat penghargaan yang lebih besar sekiranya kita memang ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan kerana Allah SWT. Apa yang penting bagi kita adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu menghargai segala usaha kita, maka kita pula akan berhenti memberi kebaikan kepada orang lain.

Masih ingatkah kepada sirah dakwah Nabi SAW? Baginda SAW melakukan segala usaha untuk membawa manusia pada zaman itu untuk kembali pada akidah yang benar. Semua yang dilakukan oleh Baginda SAW adalah kerana sifatnya yang kasih pada umatnya. Tetapi, Baginda SAW juga mendapat tentangan, diasingkan, tidak dihargai malah diburu untuk dibunuh oleh musuh-musuh agama. Kita ingin dapat ketenangan dalam setiap pekerjaan? Maka, fikirkan Allah! Kita mencuba untuk melakukan segala apa yang kita hendak lakukan dimulai dengan niat, melakukan kerana Allah SWT. Dengan itu, kita akan merasa tenang hatta ada orang yang dengki dengan segala perbuatan kita. Sebab apa? Sebab, kita dilindungi oleh Allah dari perasaan yang resah akibat gangguan dari orang lain. InshaAllah.

Kita pernah mendengar kata-kata seperti, “tangan yang berada di atas, lebih baik dari tangan yang berada di bawah”, “tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima”. Saya pasti dengan ayat-ayat ini. Orang yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana Allah, dan kerana perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatakan daripada perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.

Professor Dr Muhaya berkata, “" Mana Yang KitaPilih... Penghargaan Manusia atau Redha Allah" Andai kita buka aib orang.., Allah akan buka aib kita. Mungkin bukan sekarang, Tapi Mungkin akan datang.. Mungkin akan terkena pada anak cucu kita! Ingatlah! Tujuan hidup kita ialah mencari Redha Allah. Hidup tidak akan stress andai kita bergantung kepada Allah semata-mata. Andai kita mengharap akan Penghargaan Manusia, Kita akan stress ! Kita akan suka bila dipuji.. dan bila tidak dipuji Kita pasti akan merasa kecewa. Tujuan hidup kita ialah mencari Redha Allah.. Kerana hati akan Tenang bila hidup kita bergantung kepadaNya semata-mata. Jadi.. Betulkan niat dalam segala kerja buat kita semata-mata kerana ALLAH.
MAN JADDA WAJADA….siapa yang bersungguh sungguh pasti berhasil
MAN SHABARA ZHAFIRA,,,,siapa yang bersabar akan beruntung…..

Monday, March 25, 2013

Bila Berhadapan Dengan Kereta Tak Boleh Start


Dengan rasa tenang kita buka pintu kereta, masukkan kunci dalam kereta dan kemudian nak hidupkan enjin. Tapi enjin tak hidup-hidup jugak! Kita pun mula la panik lagi-lagi yang baru lagi pakai kereta tu. Jadi kenapa agaknye tak boleh start tu? Mari lihat antara sebab-sebab utama enjin tak boleh dihidupkan.
1. BATERI
Sebab utama adalah bateri. Memang biasanya bateri la punca tak boleh hidup. Samada bateri lemah atau dah habis terus. Bateri ade 2 jenis, Free maintenance dan bateri dengan air. Yang guna air ni kene la selalu periksa, biasa kalau servis setiap 5000km tu periksa airnya cukup ke tak. Bagi bateri yang dah berusia 2-3 tahun keatas kerap la sikit periksa airnya, biasanya jangka hayat bateri pun beberapa tahun je. Bagi yang free maintenance pulak periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau ok warna dia hijau, kalau ade cincin hitam tu dah mula lemah, kalau hitam dah sampai masa nak tukar baru.

Jadi apa yang membuatkan bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta, ataupun bateri tu jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang sepatutnya mengecas bateri tu rosak. Bateri yang dah padam habis sampai alarm tak menyala, ataupun panel meter tu lansung dah tak menyala tu dah tak boleh nak jump start dengan bateri lain. Ala... yang sambung wayar bateri lain ke bateri kereta yang tak boleh start tu panggil jump start la. Jadi penyelesaiannya? kene la bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian pasangkan bateri yang masih baik tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan enjin dan kemudian tanpa memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal. Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu! jadi lupekan la bateri tu dan pergi tukar alternator baru.

Untuk kereta manual? takyah tukar bateri. masuk gear 2, tekan clutch dan mintak la sape2 tolak, agak2 dah berjalan sikit tu lepas clutch dan enjin akan hidup. Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang sia-sia je. Nak jump start pulak hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu memang kene letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu pada terminal negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka kereta dengan bateri yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je kan? Bahaya.. takut meletup bateri tu.
Satu lagi, kalau bukak bonet je tengok betul-betul ade bateri ke tak, entah-entah bateri dah hilang kene curi tak? Kalau panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap ade ade bunyi "tik tik tik tik" tu pun menandakan bateri lemah.

2. Gear LEVER bukan pada P
Yang ni memang kelakar, punye la panik! Tapi bile sedar tengok gear tu kat D la, kat R la, kat 2 atau L. Memang la tak hidup!!! Untuk kereta jenis automatik, kene pastikan gear lever tu pada 'P' baru enjin tu boleh dihidupkan! Jangan buat silap ni lagi.
3. Minyak petrol tak sampai
Ni pun biasa berlaku, pusing kunci enjin boleh crank tapi crank sampai besok pun tak hidup jugak enjin tu. Mungkin minyak petrol anda habis dah, tapi kalau banyak lagi dan anda pasti, mungkin ada masalah pada pam petrol anda atau penapis petrol yang membuatkan minyak tak sampai. Kalau anda tahu kat mana fuel rail tu, buka fuel rail dan crank enjin, kalau minyak tak terpancut tu memang la bermasalah. Yang tak tau buat jangan buat-buat tau. Minta pertolongan pakar.

4. Steering lock!!
Lupa atau tak sedar steering tu kene lock? Sebab tu kunci tak boleh pusing, pusing sikit steering tu sambil pusingkan kunci, baru la boleh hidup enjin tu!

5. Spark plug bermasalah
Susah nak hidup tapi boleh crank, atau dah hidup tapi semput-semput. Mungkin masalah Spark plug yang kotor atau basah akibat leaking atau patah ke atau apa saja.
6. Ignition coil bermasalah
Lebih kurang je simptom macam spark plug rosak.

7. Starter bermasalah.
Sebelum starter rosak sepenuhnya ia pasti akan memberi amaran dulu. Contohnya bile nak crank rasa kosong je. Pernah tak anda terlupa yang enjin tengah hidup dan anda crank lagi sekali dan kemudian ada bunyi macam besi bergesel? Bunyi macam tu la yang akan terhasil bila starter dah mula haus. Sebelum tak boleh hidup lansung enjin anda, baik tukar.

8. Timing belt bermasalah.
Kalau boleh crank tapi bunyi pelik atau gegar enjin lain macam, hentikan berbuat demikian, dikhuatiri timing belt anda longgar atau putus sewaktu crank. Bunyi tu agak menakutkan macam ade besi tengah meloncat-loncat dalam enjin. Minta bantuan pakar untuk mengenalpasti masalah tersebut.

9. Aircond compressor jammed
Kalau kompressor aircond tersangkut atau jem, ia boleh menyekat enjin untuk hidup. Jadi kalau nak jalan jugak kene potong belting aircond dan power steering tu, Jadi takde aircond la. Sampai ke bengkel tukar kompressor dan belting baru.
10. ECU bermasalah.
ECU atau komputer atau otak kepada kereta anda bermasalah. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor lalu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki, Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je yang mahal!

Bonus! Push start button/immobilizer user!
Untuk yang pakai push start button atau immobilizer tu, lupa nak letak kat immobilizer pada tempatnye kot. yang push start button user tu lupa tekan brek utk start enjin kot. Atau bateri dalam remote tu dah habis. Jadi masukkan remote tu dalam slot yg terletak dalam handrest atau bawah push start button tu dan kemudia start la macam biasa.

Kalau dah tekan brek, dah masukkan remote dalam slot masih tak start jugak, biasanya ada masalah pada sensor brek tu. Itu yang biasa terjadi.

Friday, March 22, 2013

Beramallah Kita Sebelum Terlambat 7 Perkara


Rasulullah SAW pernah bersabda: “Segeralah beramal sebelum datang tujuh perkara; apakah kalian akan menanti sampai datang kemiskinan yang melupakan, atau kaya yang membuat sombong, atau sakit yang merusak kehidupan, atau tua yang melemahkan kekuatan, atau kematian yang menyegerakan, atau datangnya dajjal, makhluk ghaib yang paling buruk dinanti, atau datangnya hari kiamat, hari yang sangat dahsyat dan mengerikan” (HR. Turmizi)
1 – Beramal sebelum kemiskinan melarat
Kemiskinan sering membuat orang lupa dengan akhirat, lupa dengan Allah, lupa dengan tujuan hidupnya yang sesungguhnya dan lupa beramal baik untuk masa depannya yang abadi, kerana seseorang yang dilingkungi oleh kemiskinan selalu disibukan oleh usahanya mencari makan dan minum untuk menyambung hidupnya, mencari tempat tinggal untuk menaungi dirinya dari siraman hujan dan sengatan terik matahari, mencari pakaian untuk menutupi tubuhnya. Bahkan kerana kemiskinan tanpa keimanan yang kuat dan demi sesuap nasi, seseorang mampu mencuri, merampas harta orang lain seperti yang pernah terjadi pada masa khalifah Umar bin Khatab, seseorang telah mencuri kerana miskin, kerana miskin seorang wanita yang lemah imannya berani menjual kehormatannya dan kerana kemiskianan banyak orang yang terjerumus dalam kekafiran, ia rela menjual agamanya kerana tuntutan hidupnya yang sulit sementara ia dijanjikan hidup yang baik dalam agama lain, kerana itulah Rasulullah SAW mengatakan: Kemiskinan hampir menjerumuskan orang dalam kekafiran dan beliau selalu berlindung kepada Allah dari kekafiran dan kemiskinan. Kemiskinan memang sangat menyulitkan hidup, namun Allah telah menentukan ada manusia yang kaya dan ada manusia yang miskin sebagai ujian baginya, apakah si kaya bersyukur dengan kekayaannya dan si miskin bersabar dengan kemiskinan.

Allah berfirman: Sesungguhnya Rabbmu melapangkan rezki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha melihat akan hamba-hambanya. (QS. 17:30). Segera beramal sebelum kemiskinan meliliti hidup manusia itulah yang dipesankan oleh Rasulullah SAW, kerana ketika manusia memiliki harta yang cukup untuk memenuhi keperluan hidupnya, banyak kemudahan dan kesempatan yang dapat digunakan untuk beramal, harta yang dimiliki boleh dibelanjakan di jalan yang benar dengan bersedekah, membantu orang yang susah, membayar zakat, menunaikan ibadah haji dan lain-lain.

Dengan keadaan kehidupan yang mampu; memiliki makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal dan kemudahan perhubungan yang mampu, seseorang mampu lebih berkonsentrasi dalam beramal tanpa disibukan dengan fikiran mencari sesuap nasi kecuali bagi orang yang tak pernah merasa cukup dalam hidupnya yang terus mencari dan mencari.

2 – Beramal sebelum kaya yang menyombongkan
Kaya merupakan ujian dari Allah, apakah kaya bersyukur dengan nikmat harta yang diberikannya, memahami harta yang ada di tangannya hanyalah amanah dari Allah, Pemilik harta yang sebenarnya, menyedari apa yang ia miliki merupakan kurnia dari Allah, Ia kuasa mengambil darinya dalam sesaat. Allah berfirman: Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat,maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. 35:2)

Apakah kaya memahami bagaimana ia membelanjakan hartanya, kerana pada hari kiamat nanti seseorang akan ditanyakan tentang empat hal, salah satunya tentang hartanya dari mana ia memperolehnya dan bagaimana ia membelanjakannya. Harta adalah ujian, jika ia berada di tangan orang yang baik maka sungguh itu suatu kenikmatan baginya. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik harta yang baik yang dimiliki oleh orang yang baik”.
Namun banyak orang yang menjadi sombong kerana harta, ia merasa bahwa hartanya adalah hasil dari usahanya, buah dari jerih payahnya, manfaat dari ilmunya seperti yang dikatakan Karun: “Ini adalah hasil dari ilmuku”, kerana kaya seseorang merasa tidak memerlukan kepada Allah, ia tidak pernah berdoa memohon kepada-Nya kurnia hidup, ia tidak mahu meminta kepada-Nya nikmat kesehatan kerana ia mampu membeli kesehatan dan jika ia sakit ia mampu berubat ke rumah sakit termahal, ia tidak pernah memohon kepada-Nya agar hartanya dibarakahi dan dijaga, ia sombong kerana merasa dengan harta di tangannya ia mampu berbuat apapun yang ia inginkan, ia lupa, ia lalai bahwa Allah lah yang membukakan untuknya kunci dunia dan ia mampu mengambil kembali darinya.

Harta membuat orang sombong sehingga tidak mahu beramal soleh untuk mendekatkan diri kepada Allah, kerana baginya untuk apa mendekatkan diri kepada Allah sementara ia boleh melakukan apa saja yang ia sukai tanpa pertolongan Allah. Allah berfirman: Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, (QS. 96:6) kerana dia melihat dirinya serba cukup. (QS. 96:7)

3 – Beramal sebelum sakit yang merosak hidup
Kesehatan adalah harta yang paling berharga yang selalu menjadi dambaan manusia, kesehatan merupakan nilai yang tak dapat dihargai dengan wang, kesehatan nikmat yang tinggi setelah nikmat iman dan islam. Dengan nikmat sehat manusia mampu melakukan banyak aktiviti hidup yang bermanfaat, banyak bentuk ibadah dan amal baik yang boleh di laksanakan, banyak ladang amal soleh yang boleh di tanam.

Namun tatkala sakit datang, hidup menjadi tak bererti, keindahan hidup menjadi keruh, cita-cita dan harapan seakan sukar dicapai, waktu disibukan dengan usaha mengembalikan kembali keadaan tubuh, kesempatan beramal menjadi sempit, ladang amal tidak lagi boleh ditanam. Nikmat sehat banyak dilupakan orang dan banyak manusia yang kurang menghargainya. Rasulullah SAW bersabda: “Dua nikmat yang banyak membuat orang menjadi rugi dalam memperdagangkannya: sehat dan waktu lapang”

4 – Beramal sebelum tua yang melemahkan
Perjalanan usia manusia melewati beberapa fasa, dari janin di dalam kandungan, lalu lahir menjadi bayi, tumbuh menjadi anak kecil, berkebang menjadi remaja, beralih sebagai manusia dewasa dan berakhir menjadi orang tua. Allah berfirman: Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari kadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) itu sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (QS. 30:54)

Allah menciptakan manusia diawali sebagai manusia yang lemah ketika ia seorang bayi dan anak-anak, lalu Ia ciptakan menjadi manusia yang kuat setelah menjadi remaja dan orang dewasa, lalu setelah itu manusia kembali menjadi lemah tatkala manusia memasuki usia tua bahkan orang yang tua-renta sering berperilaku seperti anak-anak. Ketika manusia telah memasuki tahap kehidupan akhirnya di dunia ini wajahnya menjadi berkedut, tulang-tulangnya melemah, rambutnya ditumbuhi uban, ingatannya mulai lupa, kekuatan akalnya menurun. Masa indah yang penuh aktiviti di masa remaja tidak lagi akan kembali seperti dahulu, banyak kesempatan beramal yang terlepaskan tak akan terulang kedua kali. Beramal sebelum masa tua tiba yang melemahkan sebuah anjuran yang patut di renungkan.
5 – Beramal sebelum kematian datang secara tiba-tiba
Kematian - tidak ada antara kita yang mengetahui kedatangannya, misteri yang tidak dapat di capai oleh oleh ilmu pengetahuan moden, teka-teki yang tak dapat dijawab oleh manusia paling genius, ia datang tanpa memberitahu, ia menjemput manusia tanpa memberi informasi terlebih dahulu, dan ketika kematian datang tidak dapat ditunda atau dicepatkan sesaatpun. Allah berfirman: Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. (QS. 7:34)

Kematian merenggut seluruh lapisan usia tidak pernah membezakan umur, ia datang merenggut anak-anak, remaja yang sedang giat beraktiviti, berangan-angan menggapai cita-cita tinggi, sedang menggores tinta sejarah masa depan, ia datang kepada orang dewasa dan ia datang kepada orang tua. Setelah kematian tidak ada lagi kehidupan untuk beramal tetapi yang ada adalah kehidupan untuk mendapatkan balasan dan hisab, tidak ada lagi kehidupan kedua di dunia yang ada adalah kehidupan akhir selamanya.

6 – Beramal sebelum Dajjal datang
Kedatangan Dajjal menjelang hari kiamat merupakan hakikat yang wajib diimani kerana disampaikan oleh manusia yang dipercayai yang diutus kepada umat manusia membawa kebenaran, Muhammad SAW. Beliau bersabda: Dajjal akan datang pada umatku dan tinggal selama empat puluh hari lalu Allah mengutus Isa putra Maryam… Dalam banyak hadis sahih dijelaskan bahwa Dajjal akan datang dan menjadi fitnah bagi manusia kerana ia datang mengaku dirinya sebagai tuhan, ia datang kepada manusia membawa ilusi syurga dan neraka, apa yang dipandang manusia syurga adalah neraka dan apa yang dipandangnya neraka adalah syurga.
Ia datang kepada manusia yang sedang menghadapi musibah kemiskinan, para penternak yang tidak mendapatkan susu di haiwan ternaknya, para petani yang tanamannya tidak menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, mereka dalam keadaan yang sulit, hidup dalam kesusahan lalu Dajjal datang mengaku sebagai tuhan, ia perintahkan langit menurunkan hujan hingga membasahi bumi, ia perintahkan bumi mengeluarkan air hingga membasahi tanah yang tandus lalu tanah mereka menjadi subur, tanaman mereka menjadi tumbuh, binatang ternakan mereka mengeluarkan susu, mereka hidup dalam kenikmatan setelah hidup dalam kesusahan, mereka hidup dalam kemakmuran setelah hidup dalam kesempitan, mereka sembah Dajjal kerana dianggap telah menyelamatkan hidup mereka. Mereka hidup seakan di syurga padahal itu adalah neraka.

7 – Beramal sebelum hari kiamat tiba
Hari kiamat pasti datang mematikan semua makhluk lalu membangkitkannya kembali untuk mendapatkan hisab dari seluruh amalnya. Setelah itu tidak ada lagi hari untuk beramal kerana hari itu adalah hari pembalasan. Beramalah sebelum hari kiamat tiba.

Ehsan berbagai sumber

Tuesday, March 19, 2013

Mampukah Kita Melakukan Kebaikan Pada 4 Keadaan Ini

Kita perlu menghitung dosa yang kita lakukan, bukan sibuk menghitung banyaknya pahala. Sekali-kali kita tidak akan masuk syurga dengan banyaknya amal kebaikan kita. Dan janganlah sangka, orang lain yang masih bergelumang dengan dosa mereka hari ini, memang akan masuk neraka. Tidak sekali begitu. Boleh jadi, mereka yang hari ini, tidak hidup dengan cinta terhadap kebaikan, hari esok kalau mereka berubah, mereka mungkin lebih baik dari kita. Boleh jadi juga, kita yang hari ini hidup dalam kebaikan, suka buat yang baik, tiba-tiba esok kita berubah menjadi lebih teruk dari mereka. Kemungkinan-kemungkinan yang kita tidak dapat jangkakan. Maka, apakah yang masih menjadikan kita rasa tak puas hati, marah dan geram bila orang lain tidak melakukan sama sepeti apa yang kita lakukan?
Tidak ada apa yang sepatutnya menimbulkan lagi rasa tidak puas hati dalam diri kita terhadap orang lain. Bila kita sibuk memikirkan betapa banyaknya dosa kita, dan betapa sikitnya kebaikan kita dibandingkan dengan dosa yang kita lakukan, maka tidak ada ruang untuk kita sibuk dengan perasaan tidak puas hati kita terhadap kebaikan yang tidak dilakukan oleh orang lain. Bila kita sibuk memikirkan betapa kita, masih banyak dosa yang belum dibersihkan, maka tidak ada kebencian terhadap manusia yang tidak lakukan kebaikan sama seperti apa yang kita lakukan. Teruskanlah dengan kebaikan yang telah kita lakukan. Jangan rasa lelah bila melihat orang lain tidak melakukannya kerana Allah sentiasa ada memerhatikan.

Kalau empat perkara berikut mampu kita lakukan dengan keikhlasan dan kejujuran dihati, maka yang lain dengan mudah dapat kita lakukan dengan redha Allah SWT.

Memberi maaf ketika marah
Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling gagah perkasa di antara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya di waktu marah dan orang yang paling sabar di antara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abidunya dan Baihaqi). Pernah berlaku, Sayidina Ali dalam satu peperangan, sudah berjaya menjatuhkan musuh, tiba-tiba musuh meludah mukanya. Lalu Sayidina Ali tidak jadi membunuh musuh tersebut. Bila ditanya mengapa tidak dibunuh musuh itu, beliau menjawab, aku bimbang jika ku bunuh juga musuh itu, bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana marahkan ludahan orang itu.

Bukanlah mudah memberi kemaafan ketika marah, kerana itu marah itu perlu dikawal. Sabda Rasulullah SAW lagi, "Sesungguhnya marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu dijadikan dari api, dan yang dapat memadamkan api itu hanyalah air, maka apabila seorang dalam keadaan marah, hendaklah segera berwudhuk". (HR. Ahmad, Abu Dawud)
Bersedekah ketika kesempitan
Amat susah juga bersedekah ketika kesempitan. Jika kita dalam kesenangan, ramai yang boleh bersedekah, tetapi amat sedikit yang boleh berbuat demikian ketika sedang susah. Perkara ini dapat dilihat dalam kehidupan Sayidina Ali. Pernah Siti Fatimah, isteri Sayidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Sayidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di pertengahan jalan, Sayidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Sayidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Sayidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu. Hebatnya kedua suami isteri yang telah dididik Rasulullah SAW.

Senyum? Benar senyum itu satu sedekah..tetapi perkara semudah itupun ramai yang masih gagal berbuat, apatahlagi bersedekah harta dalam masa sedang kesempitan. Tetapi Sayidina Ali dan Fatimah telah buktikan, hingga habis apa yang ada disedekahkan, kerana mereka amat yakin Allah Maha Pemberi Rezeki dan menjamin rezeki mereka.

Dalam kisah yang lain, datang seorang hamba Allah berjumpa Sayidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Maka tanpa berlengah Sayidina Ali menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari. Dalam perjalanan pulang, Sayidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Dia pun menjualkan unta kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Sayidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah SAW berjumpa Sayidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Apabila Sayidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.
Menjauhi perkara haram ketika seorang diri
Menjauhi perkara haram ketika seorang diri juga amat susah dilakukan. Kalau kita dapat menjauhi perkara haram ketika ramai, itu biasa, kerana malukan manusia, tetapi jika dapat menjauhi perkara haram ketika seorang diri, itulah sifat taqwa. Hasil rasa kehambaannya kepada Allah, dia merasa takutkan Allah, dan merasai Allah SWT sentiasa mengawasinya. Ramai yang boleh menjauhi perkara haram ketika ramai, kerana malukan manusia, tetapi alangkah baiknya jika rasa malu itu dapat dikekalkan di hadapan Allah SWT, maka itulah benteng dari berbuat maksiat.

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah ‘Amir: “Sesungguhnya antara yang didapati manusia daripada ucapan Nabi terdahulu adalah ‘apabila engkau tidak malu, maka lakukan apa pun yang engkau mahu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Hadis ini menunjukkan betapa tanpa sifat malu, seseorang itu boleh melakukan apa saja kerana tidak takut seksaan Allah. Tidak merasai Allah ada, malah tidak rasa Allah sentiasa mengawasi dan melihatnya. Dia seolah-olah orang yang tidak beriman, kerana malu juga satu cabang daripada iman. Abdullah bin ‘Umar pernah mengatakan: “Malu dan iman itu sentiasa ada bersama-sama. Bila hilang salah satu daripada keduanya, hilang pula yang lainnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Malulah kepada Allah jika ingin berbuat yang haram ketika berseorangan. Tetapi bagaimana hendak malu kepada Allah jika Allah itu tidak dikenali?
Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.
Berkata benar amat dituntut kerana Allah SWT berfirman: Kebenaran itu datang dari Rabbmu,maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang-orang yang ragu." (Al-Baqarah:147)

Sabda Rasulullah SAW: "Katakan yang benar walaupun pahit dan jangan kamu gentar cercaan orang yg mencerca" (HR.Al-Baihaqi). Firman Allah dan Al Hadis di atas adalah sebagai asas menyatakan kebenaran, dan pastinya akan ada orang yang menolak kebenaran itu, khususnya orang-orang munafik dan tidak beriman. Maka kita di suruh berkata benar sekalipun pahit, sama ada kepada orang yang zalim (orang yang kita tidak suka), ataupun berkata benar dalam menegur orang yang kita sayangi.

Dan ada sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Jihad yang utama ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.” (Riwayat At-Tirmizi & Ibn Majah). Maka kita diajar cara untuk berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim, dalam firman Allah SWT: "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya (Firaun), dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut kepada-Ku. Mereka berdua (Musa dan Harun) berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami atau dia akan melampau batas. Allah berfirman: Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. " (Thaha: 20: 44-46)

Mampukah kita memperkata kebenaran terhadap pemerintah yang zalim atau orang yang ditakuti mendatangkan mudharat kepada kita? Sekiranya mampu, lakukanlah dengan baik dan betul caranya. Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang hendak menasihati pemerintah dengan suatu perkara maka janganlah ia tampakkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia mengambil tangan penguasa (raja) dengan empat mata. Jika ia menerima maka itu (yang diinginkan) dan kalau tidak, maka sungguh ia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia dan pahala baginya (orang yang menasihati).” (Hadis Imam Ahmad, Abu Nu’aim)

Kerana itu banyak kisah-kisah ulama dahulu menasihati pemimpin, agar sentiasa ingat dan berada di landasan yang betul. Tidak kurang juga mereka terpenjara dan diseksa hanya kerana berani menyatakan kebenaran.

Sebagai tambahan, elok kisah ini kita hayati. Seorang lelaki telah datang ke istana Amirul Mukminin Harun al-Rasyid, untuk menasihati Khalifah. Di hadapan Harun al-Rasyid, orang itu mengucapkan kata-kata yang kasar dan pedas. Orang itu berkata, "Wahai Harun al-Rasyid, selama ini tuan sudah melakukan begini dan begitu". Ia menyebutkan keburukan-keburukan Harun al-Rasyid. Setelah selesai mendengarkan perkataan orang itu, Harun al-Rasyid menjawab, "Duhai saudaraku, apakah kamu lebih baik dari Musa AS?"
Orang itu menjawab, "Tentu saja, tidak".
Harun al-Rasyid kembali bertanya, "Apakah saya lebih jahat dari Firaun?"
Orang itu menjawab, "Tentu saja, tidak".
Harun al-Rasyid berkata, "Kalau begitu, selama kamu tidak lebih mulia dibanding Musa AS dan saya tidak lebih jahat dibanding Firaun, maka tidakkah kamu perhatikan bahwa Allah SWT berfirman kepada Musa, "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya (Firaun), dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut kepada-Ku. (Thaha:20:44). Begitulah jawaban Harun al-Rasyid kepada orang yang menasihatinya.
Bagaimana pula berkata benar kepada orang yang selalu menolong kita atau yang kita sayangi? Sebenarnya perkara ini lebih sulit lagi untuk dilakukan. Hanya orang-orang yang ikhlas dipermudahkan Allah untuk melaksanakannya. Terutama seorang pemimpin, selalu gagal kepemimpinannya kerana gagal menasihati pembantu-pembantunya atau pengampu-pengampunya. Lebih-lebih lagi jika telah terhutang budi. Tetapi bagi mereka yang bertaqwa, takutkan Allah, dipermudahkan Allah. Sebagaimana kisah Sayidina Umar menegur isterinya yang menerima hadiah kalung emas dari isteri pembesar Romawi.

Suatu ketika isteri Khalifah Umar bin Al Khattab mendapat hadiah seutas kalung emas dari isteri pembesar Romawi. Tetapi ketika kalung itu dipakai, khalifah nampak tidak senang."Dari mana kalung ini?" tanya Khalifah Umar. "Inikan hadiah dari isteri pembesar Romawi yang semalam datang ke mari bersama suaminya...," jawab isterinya. "Kalau begitu kau tidak berhak memakainya. Hadiah itu harus menjadi milik negara!" sahut Khalifah Umar, tegas. "Mengapa demikian? Bukankah kalung ini dihadiahkan oleh isteri pembesar itu untukku dan bukan untuk negara?" jawab isteri khalifah. "Apakah kalau seandainya aku bukan khalifah, kau juga akan diberi hadiah olehnya? Tidak! Berapa banyak wanita di Madinah ini. Tetapi tidak seorangpun diberi hadiah olehnya. Jadi hadiah ini ada hubungan dengan soal kenegaraan...," jawab khalifah.

Mendengar jawapan yang bernas itu, isteri khalifah segera melepaskan rantai emas dari lehernya. Lalu dengan tersenyum rantai itu diberikan kepada suaminya agar diserahkan kepada baitulmal.

Marilah kita renungkan dan muhasabah diri untuk mencari keredhaan Allah SWT dalam menuju ke penghujung kehidupan dunia berlandaskan yang baik, benar dan betul… Insyaallah.

Wednesday, March 13, 2013

SEJARAH RINGKAS 25 RASUL

NABI ADAM A.S
Dikatakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelar khalifah Allah SWT dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang taat dan ada pula yang membangkang.

NABI IDRIS A.S
Merupakan keturunan Nabi Sits AS. Diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah SWT

NABI NUH A.S
Merupakan keturunan Nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.

NABI HUD A.S
Adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam.

NABI SALLEH A.S
Merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Saleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagian besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Saleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.

NABI IBRAHIM A.S
Juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu halnya dengan

NABI LUTH A.S
Adalah bersaudara dengan Nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.

NABI ISMAIL A.S
Adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.

NABI ISHAK A.S
Adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin.

NABI YAAKUB A.S
Diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.
NABI YUSSUF A.S
Anak Nabi Ya'kub as yang diutus sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disamping baginda seorang nabi ia juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil

NABI AYYUB A.S
Anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.

NABI DZULKIFLI A.S
Adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan.

NABI SYUAIB A.S
Keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeriá Madyan, Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa bumi dan kepingan awan panas daripada langit.

NABI MUSA A.S
Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat.

NABI HARUN A.S
Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat.

NABI DAUD A.S
Dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin.

NABI SULAIMAN A.S
Adalah anak Nabi Daud as. Beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi sesaorang pun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan haiwan. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daripada mensyirikkannya.

NABI ILYAS A.S
Merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagai rasul di negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.

NABI ILYASA A.S
Diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastiná dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.
NABI YUNUS A.S
Keturunan Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga negeri tersebut menjadi aman dan makmur.

NABI ZAKARIA A.S
Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.

NABI YAHYA A.S
Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.

NABI ISA A.S
Adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad, Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ". (Ali Imran:59) Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi). Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini: Firman Allah SWT maksudnya: "Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi". (Maryam:30) Firman Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus". (Maryam:36) Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. Hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya. Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh, maka nabi Isa dibawa hijrah oleh bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazarth daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan Allah SWT. Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnyaá Allah telah mengangkatnya ke atas langit. Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah maksudnya: "Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. Padahal Al Masih sendiri berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya". (Al Maidah:72-73)
NABI MUHAMMAD S.A.W
Dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam". Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabiá atau rasul-rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda. Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: ini ialah sihir yang jelas nyata". (As Saaf:6) Firman Allah SWT lagi maksudnya: "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Al Ahzab:40) Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap atau 'Full Release Version' dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai menurut keperluan dan keadaan atau suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah Islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Mengawal dan Mengurus Emosi


Sudah menjadi kebiasaan, bila kita tidak dapat mengawal emosi, sering kali kita bertindak di luar kawalan. Itu yang menyebabkan kita sebenarnya terlepas pandang dan menghamburkan kata-kata tanpa berfikir panjang meskipun terhadap ibu bapa sendiri dalam sesetengah keadaan. Setiap orang boleh marah, tetapi tahap kemarahan adalah berbeza mengikut individu. Jika kita gagal mengawal emosi negatif tersebut, akibat mungkin merugikan diri sendiri dan keluarga tersayang. Kemarahan boleh menjadi punca membalas-dendam, mengfitnah, membunuh, bercerai atau peperangan. Keupayaan mengawal emosi negatif adalah suatu seni hidup yang sangat berharga dan ia membolehkan seseorang memegang tugas yang lebih mencabar. Sebaliknya, seseorang yang cepat marah sering menjadi mangsa pada persekitaran dan gagal meneroka bidang kerja yang lebih tinggi.
Untuk membolehkan seseorang meningkat daya tahan kemarahan, jiwa seseorang perlu ditenangkan terlebih dahulu. Fikiran yang kusut dan kerunsingan serta ketegangan emosi adalah punca cepat marah. Bila emosi telah menjajah pemikirannya, kewarasan menilai dan membuat keputusan pun hilang. Tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita mencari ketenangan iwa jika diri kita tidak berusaha untuknya.

Berikut ini disenaraikan rukun-rukun ketenangan jiwa. Ia membantu kita melegakan jiwa yang bergelora dan bertindak dengan penuh kematangan.

Pertama: Mengenal setiap cetusan emosi diri
Ini bermaksud kita boleh membaca emosi sendiri pada setiap masa. Bila masa kita marah, kita berkata “saya sedang marah”. Bila kita takut, “Kita berkata saya takut”. Bila kita boleh menangkap setiap perasaan kita , kita akan dapat mengawalnya dengan baik. Sering-kali emosi negatif timbul tanpa kita sedari. Akibatnya, kita mungkin melakukan sesuatu yang melulu dan menyesal kemudian. Kita mungkin berkata “Mengapalah saya tidak tahan sahaja emosi saya?” Kata pepatah ” Menyesal kemudian tidak berguna”.

Kedua: Memberi masa bertenang
Setiap pergolakan emosi biasanya reda dalam masa dua jam ke tiga jam. Ada juga individu yang dapat meredakan emosinya dalam masa beberapa hari. Bila kita merasa panas darah dan hendak marah, alihkan diri dari situasi tersebut dan berikan diri kita beberapa jam untuk bertenang. Ini akan membolehkan kita memikirkan kejadian tersebut dengan lebih menyeluruh. Masa bertenang akan membolehkan kita memikirkan punca kemarahan serta mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Ketiga: Saya juga bersalah
Kemarahan biasanya memuncak bila kita memikirkan kesilapan orang lain. Tetapi , jika kita dapat menerima hakikat bahawa diri kita juga perlu memikir tanggungjawab dalam kejadian tersebut , kita tidak akan terlalu menyalahkan orang lain. Katakan dengan diri sendiri , “Saya juga bersalah dalam hal ini. Kalaulah saya ……. kejadian ini tidak akan terjadi.” Bila kita mula sedar dengan peranan dan tanggungjawab kita , kemarahan dapat dikurangkan.
Keempat: Bukan serangan peribadi
Bila kita menerima tekanan atau teguran dari orang lain, jadikan itu sebagai suatu pesanan yang membawa kebaikan kepada diri sendiri. Beritahu diri kita ,” Syukurkan kerana dia beritahu saya tentang kesilapan saya” “Majukan saya amat mengambil berat dengan prestasi diri saya, itulah sebabnya dia memberitahu saya supaya jangan buat negini.” “Saya gembira dengan pesanan kita, saya tahu kita mahu saya menjadi seorang yang baik.” Semakin kita menghargai sesuatu kejadian, perasaan negatif akan mula hilang.

Kelima: Mengenal perasaan orang lain
Bila kita mempertahankan pendirian diri, kita akan gagal memahami mengapa orang lain berbuat sesuatu yang menyakitkan kita. Setiap individu mempunyai sebab yang tersendiri waktu dirinya melakukan sesuatu. Jika kita gagal menilai makna di sebalik perbuatannya, kita akan terus menuduh dan menyalahkan orang lain. Dalam hal ini, masalah bukan sahaja tidak diselesaikan; sebaliknya permusuhan dan rasa tidak puas hati akan berlarutan. Bila kita tahu masalah yang melkita dirinya, kita akan berkata “tidak apa, saya maafkan kita”. Saya tahu kita buat begini dalam keadaaa yang terpaksa dan saya faham diri saya juga mungkin akan melakukan perkara yang sama jika diri saya terjebak dalam keadaan yang sama.”

Keenam: Mendekatkan diri kita dengan agama
Setiap agama menyeru umatnya untuk berdamai dan bersahabatan antara satu sama lain. Jika diri kita mengenang kembali setiap seruan agama, kita akan lebih mudah menerima sikap individu yang kurang menyenangkan. Sebenarnya, tiada manusia yang dikatakan sempurna. Kalau diri kita hendakkan insan yang memuaskan emosi dan hasrat kita sahaja, kita tidak akan mempunyai kawan. Yang penting, kita mencari kelebihan dan kesamaan setiap insan dunia. Akhirnya, dirinya juga akan terpedaya oleh kesopanan dan kemuliaan kita. Kata pepatah “Setiap corak komunikasi yang kita dapat adalah suatu gambaran dari komunikasi diri sendiri.” Bagaimana kita melayan orang , begitu jugalah orang lain akan melayan dengan diri kita.

Ketujuh: Kemarahan membawa restu
Sebenarnya kemarahan mempunyai kebaikan jika kita mengolahkan dengan nilai-nilai yang mulia. Contohnya, guru memarah pelajar dengan tujuan untuk menyedarkan dirinya dari kesilapan. Guru akan selitkan unsur-unsur pendidikan yang membawa kebaikan kepada masa depan anak. Sebaliknya, kemarahan yang hanya dengan tujuan untuk mengoyakkan air muka kawan tanpa sebarang unsur pendidikan adalah suatu yang membawa keruntuhan. Cuba arahkan kemarahan kita kepada jenis yang positif dan elakkan sama sekali corak kemarahan negatif. Bila kita dapat mengenal makna disebalik kemarahan, kita akan mula menghargainya. Sememangnya, kemarahan bukannya satu cara yang wajib dalam pendidikan , tetapi ia merupakan salah satu pendekatan yang boleh diamalkan bila keadaan mengizinkan.
Kelapan: Elakkan individu yang bermasalah
Cara terbaik untuk mengelakkan diri kita dari kemarahan ialah dengan mengasingkan diri kita dari individu yang tidak seiras dengan perjuangan kita. Contohnya, jika kita merasai seseorang mempunyai nilai hidup dan sikap yang memang bercanggahan dengan citarasa kita, elakkan sahaja. Jangan rosakkan perasaan kita. Jika diri kita masih kecil dan kita tidak dapat melarikan diri dari sikap ibu bapa yang bermasalah, belajar memaafkan mereka. Ingat, setiap individu yang bermasalah adalah cermin kepada hidup kita sendiri. Katakan dengan diri sendiri , saya tidak mahu menjadi orang sepertinya. Kita juga boleh berdoa, “Semoga orang yang bermasalah ini akan sedarkan diri suatu hari. Kalau tidak, hidup dirinya juga tidak akan sampai ke mana.” Rasakan bangga kerana kita mempunyai keperibadian yang jauh lebih mulia darinya.

Kesimpulan
Jadikan kemarahan sebagai punca kesedaran diri. Belajar dari emosi diri kita dan berusaha mendapat ajaran dari setiap pergolakan emosi. Kata pepatah ” Emosi kita adalah guru yang paling baik’. Setiap perasaan memberitahu kita tentang kualiti hidup kita sendiri, samada yang baik atau yang jahat. Amalkan semua pendekatan diatas dan kita akan dapat mengawal hidup lebih lebih berkesan. Dengan erti kata lain, kita adalah tuan pada hidup kita sendiri. Ilmu pengawalan emosi juga dikenal sebagai Ilmu Penguasaan Diri (Self Mastery). Semakin kita dapat mengawal diri sendiri, semakin tinggilah kualiti motivasi hidup kita.

10 TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI ANDA
1. Selalu berfikiran positif,dan logik.
2. Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
3. Selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang respon.
4. Membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh memotivasikan diri.
5. Sentiasa memaafkan orang lain.
6. Selalu berdoa.
7. Elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
8. Selalu bersenam.
9. Elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
10.Mempunyai rehat yang cukup.
Dapatkah kita amalkan? Cubalah, kita pasti akan merasai kesan positifnya. Selamat mencuba semuga kita mampu melalui kehidupan ini dengan mudah dan penuh kemuliaan.