DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Monday, January 21, 2013

Mencari Keredhaan Allah - Jauhi 20 Perkara


Sebagai tatapan betapa benar dan halusnya didikan manusia teragung. Semoga kelak, berjaya diamalkan. Insya-Allah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah, Di dalam kehidupan kita seharian ada perkara yang perlu kita segerakan untuk dilaksanakan dan ada pula perkara yang perlu dijauhi dan ditinggalkan. Setiap perkara yang ditegah atau dilarang sebenarnya terdapat beberapa hikmah dan kebaikan sama ada berbentuk luaran, (fizikal) atau dalaman (hati dan jiwa). Terdapat 20 perkara yang patut dijauhi. Perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama: Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah SWT. Kalau tertidur akan dimaafkan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat”. (Hadis Riwayat Muslim). Firman Allah SWT, maksudnya: “Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya.” (Surah Al-Ma’un ayat 4-5).

Kedua: Jangan masuk ke tandas atau bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Perlu biasakan memakai selipar atau terompah apabila masuk ke dalam tandas atau bilik air untuk menjaga kebersihan kaki kita setelah mandi dan mengambil wuduk, supaya najis tidak dibawa keluar daripada bilik air.

Ketiga: Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Dan jangan bernafas dalam minuman atau meniup kedalam minuman. Di dalam kitab Sunan Abu Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri RA bahawa dia mengkhabarkan: “Rasulullah SAW melarang minum dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum.” Jika cawan atau pingan kita retak , pecah atau sumbing hendaklah dibuangkan sahaja dan jangan digunakan lagi.

Ini termasuk etika yang diajarkan untuk kemaslahatan orang yang minum, sebab minum melalui bahagian cawan yang sumbing boleh menyebabkan beberapa bahaya:
1. Kotoran yang biasanya ada di permukaan air, akan berkumpul di bahagian cawan yang sumbing. Kerana tidak ikut dibersihkan ketika dicuci, tidak sebagaimana cawan yang masih baik.
2. Boleh mengganggu ketika minum. Minum melalui bahagian cawan yang sumbing atau pecah tidak boleh dilakukan dengan baik.
3. Bahagian yang sumbing adalah bahagian yang buruk pada cawan, iaitu bahagian yang paling tidak bagus hingga mesti dielakkan, lebih baik dicari bahagian yang masih baik, sebab bahagian yang buruk dari segala sesuatu pasti tidak ada kebaikannya.
4. Boleh jadi bahagian yang pecah itu mempunyai belahan atau bahagian yang runcing yang boleh melukai mulut orang yang minum melalui bahagian tersebut.
Adapun bernafas dalam air ketika minum, risikonya adalah menimbulkan bau busuk pada air minum yang tidak disukai orang lain. Umumnya, nafas orang yang minum akan bercampur ke dalam air tersebut. Justeru, Rasulullah SAW menggabungkan antara larangan meniup air dan larangan bernafas dalam air dalam hadis At-Tirmizi dan dinyatakan sahih oleh beliau, dari Ibnu Abbas bahawa ia mengkhabarkan: “Rasulullah melarang meniup air dan bernafas dalam air minum.”

Keempat : Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk. Islam menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan penyakit. Dari ‘Amr bin Syu’aib: ‘Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hamba-Nya itu, dengan jalan menunjukkan keindahan dan kesempurnaannya dalam berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain.” (Hadis Riwayat Imam Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan.)

Kelima: Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki dan keberkatan). Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, “Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?”. Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat Subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadis yang berbunyi:  (Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat Subuh.

Telah thabit dari Nabi SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda: “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.” Oleh itu para fuqaha’ menetapkan makruh tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar.
Keenam: Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita akan dikongsi syaitan. Dari ‘Amr bin Abu Salamah radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu.” (Muttafaq ‘alaih). Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi RA, katanya: “Rasulullah SAW (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: ‘Bismillahi awwalahu wa akhirahu.’ Kemudian Nabi SAW. ketawa lalu bersabda: “Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)

Ketujuh: Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan dengan niat yang tidak baik. Membaca doa bila hendak keluar daripada rumah. “Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah”. Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzy dan Nasai). Sunnah berikutnya adalah mendahulukan kaki kiri ketika keluar rumah, serta memberi salam kepada keluarga. Sebelum keluar rumah hendaknya menentukan niat dan tujuan, serta memastikan barang bawaan tidak ada yang tertinggal.

Kelapan: Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja. Nabi SAW bersabda maksudnya: “Jika engkau memakai kasutmu, mulailah dengan kaki kanan. Jika engkau menanggalkan kasutmu, mulailah dengan kaki kiri. Hendaknya sebelah kanan mula memakai kasut dan sebelah kiri mula menanggalkan kasut. Dan jangan berjalan dengan sebelah kasut. Tanggalkan kedua-duanya atau pakai kedua-duanya” (Silsilah as-Shahihah Albani)

Kesembilan: Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Allah SWT berfirman maksudnya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki agar mereka menundukkan pandangan mata (terhadap wanita), dan memelihara akan kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.”( Surah An-Nur ayat 30-31 )

Kesepuluh: Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Kesebelas: Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Rasulullah SAW pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah: “Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, (dengan) memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah).” Justeru itu bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT perlulah dibuat secara berterusan tanpa henti.Taubat haruslah diperbaharui dari semasa ke semasa. Ini kerana, setiap insan tidak mungkin terlepas dari dosa, sama ada besar atau kecil, dosa batin atau lahir, dosa yang diketahui atau tidak dalam menunaikan hak Allah dan manusia lainnya. Bahkan dosa kerana tidak menambah ilmu pengetahuan dalam agama dan sebagainya juga tidak terkecuali.

Kedua belas: Jangan ego (sombong) untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Sifat orang mukmin akan sentiasa meminta maaf dan merendahkan diri terhadap kedua ibu bapanya. Sentiasa memberi khidmat terbaik terutama apabila mereka menjangkau usia tua yang uzur. Begitu juga sifat orang mukmin yang suka meminta maaf kepada siapa sahaja orang lain yang dirasakan bersalah. Di dalam surah al-Isra’, firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “uf”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya; bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal soleh, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal soleh, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”(Hadis Riwayat Bukhari)
Ketiga belas: Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan dan hilang bahagia. Dari Abu Hurairah RA menceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Tahukah kamu apakah ghibah? Jawab sahabat, “Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. ” Maka Rasulullah SAW. bersabda maksudnya , “Ghibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah.” Lalu Rasulullah SAW ditanya,” Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? “Jawab Rasulullah SAW ” Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

Keempat belas: Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).” (Surah al-Thalaq ayat 3).

Kelima belas: Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah SWT dan kematian yang buruk. Rasulullah SAW bersabda: “Si pemurah yang jahil lebih dicintai Allah daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Hadis Riwayat Al Khatib). Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Tirmizi). Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”(Hadis Riwayat Bukhari).

Nabi SAW bersabda maksudnya: “ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)
Keenam belas: Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Suatu ketika, Rasulullah SAW berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah). Dalam hadis lain, Rasulullah SAW mengingatkan kita banyak ketawa dengan sabda baginda yang bermaksud: “Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”

Ketujuh belas: Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.wajhah. yang bermaksud: “Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.”

Nabi SAW. bersabda maksudnya: “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash RA)

Kelapan belas: Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT. Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi difitnah sungguh mustajab di sisi Allah SWT. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya: “Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang di antaranya untuk diterima oleh Allah.”(Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan) Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.”(Hadis riwayat Hakim – sanad sahih)

Kesembilan belas: Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Ingatlah! Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menuai memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali mengikut ajakan syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran. Anggaplah kesukaran di dunia adalah bersifat sementara dan jangan sekali-kali berputus asa dengan rahmat Allah.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud: “… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87). Sabda Nabi SAW maksudnya; “Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang berjalan, diwaktu petang engkau tidak menunggu pagi dan apabila diwaktu pagi tidak menunggu petang, Perumpamaan aku dan dunia seperti orang musafir duduk berteduh dibawah pokok kemudian bangun dan meninggalkannya. “

Kedua puluh: Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke lembah kebinasaan.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”(Hadis Riwayat Abu Syeikh)

Marilah sama-sama kita tinggalkan dan jauhi 20 perkara keburukan semata-maat untuk mencari keredaan Allah SWT. Hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi. Pertingkatkanlah amal-amal soleh kita dan jauhi kemugkaran, maksiat, perkara syubhat dan makruh supaya kita menjadi mukmin yang bertakwa dan dikasihi oleh Allah SWT.

Dipetik dari lukisanduniaku

Wednesday, January 16, 2013

Mencari Khusyu'


Ibadah yang tertinggi adalah solat. Ia penentu kualiti hidup seorang Muslim. Solat itu sangat susah untuk dilakukan kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ hatinya dan sabar sifatnya. Tidak munafikkah kita setiap kali solat menyebut “Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam..” sedangkan fikiran melayang kepada yang lain.
“Solat yang khusyu’ itu adalah apabila kita merasa manisnya sujud itu lebih enak dari tidur. Ingatlah Allah tidak menerima solat kecuali kita menghadhirkan hati kita kepadaNya dalam solat yg khusyu’” Rasa malu dengan Allah, rasa kesal, rasa takut, rasa gelisah, semua bercampur-baur mengenangkan kualiti solat yang telah dilakukan selama ini. “Jangan cari khusyu’ tetapi carilah Allah, kita akan menemui khusyu’ itu. Allah berada sangat hampir dengan kita. Kita saja yg menjauhkan diri dariNya. Pada saat kita merasa Dia ada, di situlah datangnya khusyu’.

Air wudhu’ adalah haidrotrapi yang mujarab menyegarkan sel-sel otak apabila kepala disiram sebagaimana pokok yang layu menerima air. Rasa dingin air di kepala yang keletihan punya kesan yang menakjubkan yang hanya diberikan kepada orang Islam.

Mengangkat tangan dalam takbir tanda penyerahan total kepada Allah sambil mata tunduk ke bawah tanda pengakuan yang hamba Allah ini sedia menerima apa saja arahan dari Penciptanya. Setiap nadi dan sel setia bertasbih kepada Allah. Dalam solat khusyu jiwa kembali mengikut fitrah sebenarnya iaitu sama-sama bertasbih kepada Allah. Waktu ini roh dan jasad dalam keadaan sama rentak sama irama bertasbih kepada Pencipta Yang Maha Hebat. Kerana kasihNya Allah kepada ummat Muhammad SAW. kita diberikan surah AlFatihah yang tidak diberikan kepada ummat yang lain untuk dibaca setiap rakaat. Setiap ayat yang dibaca dijawab sendiri oleh Allah. Bagaimana mungkin kita sanggup menyia-nyiakan anugerah sebesar ini kecuali mereka yang tidak merasa manisnya solat.

Setiap permulaan gerakan solat dilakukan thama’ninah sebagai persiapan untuk mempersembahkan sebutan yang terbaik dan sempurna sebagaimana layaknya ucapan hamba kepada Khaliqnya, tidak tergopoh gapah tidak terburu-buru mengejar urusan dunia.

Saat ruku’, otak, paru-paru, jantung dan perut dalam kedudukan sejajar. Hati yang bersih membawa fikiran yang bersih ke otak. Ia dibantu oleh jantung yang mengepam darah beroksigen ke badan dan otak dan mengambil darah yang sudah digunakan bagi mengeluarkan karbon dioksida melalui paru-paru. Pengepaman darah membantu menolak kekotoran salurnya. Sistem saraf tunjang dalam keadaan sempurna menghubungkan impuls dari anggota badan kepada sistem otak. Waktu itu kita ucapkan,”Maha suci Tuhanku Yang Maha Agung….” dengan rasa takjub atas ciptaan Allah yang tidak lalai walau sesaat pun mengatur alam dari pergarakan zarah yang sangat halus sehingga ciptaanNya yang besar di angkasa raya. Pandangan mata yang lemah ini tidak dapat melihat semua itu, tetapi kita punya mata hati untuk memerhatikannya tanpa had. Ucapan itu disebut perlahan-lahan supaya hati dapat merasa getaran makna ucapan itu.

Rasulullah SAW solat dengan menyempurnakan setiap gerakan solat sehingga para sahabat yang menjadi makmum dibelakang pernah menyangka Rasulullah SAW terlupa untuk bangun dari ruku’ dan sujud dan untuk sujud apabila berdiri kerana masa yang lama baginda gunakan untuk setiap satunya. Baginda menjawab rasa hairan sahabatnya dengan berkata, ”Bagaimana aku mahu sujud sedangkan aku belum sempurna mempersiapkan diriku untuk sujud kepada Tuhanku. Bagaimana aku mahu bangun sedangkan aku belum sempurna sujud kepada Tuhanku.”
Waktu sujud otak yang biasa berada paling atas turun berada di tempat paling bawah bagi melatih rasa zuhud dengan membuang segala perasaan hebat diri yang merosakkan nilai seorang hamba. Seluruh jiwa dan raga diserahkan sepenuhnya kepada Pencipta Yang Maha Tinggi. Pada saat itu kita merayu untuk diiktiraf sebagai hamba yang amat memerlukan Tuhannya. Kita tidak punya apa-apa upaya tanpa bantuan dan kasih sayangNya.

Sewaktu duduk antara sujud, Allah dengan sifatNya yang penuh dengan rahmah menyuruh kita meminta apa saja dan Rasullullah mengajarkan doa, ” Ya Allah, ampunilah daku…Rahmatilah daku….kayakan daku… angkatlah darjatku di sisiMu…berikan aku rezeki… .berilah aku hidayah. Sihatkanlah daku dan Maafkanlah akan daku.” Ia dibaca dengan tenang, satu-persatu, penuh harapan dan yakin bahawa Allah sedang mendengar doa kita.

Gerakan yang betul dalam solat boleh menyembuhkan penyakit termasuk penyakit kronik namun itu bukanlah matlamat solat. Solat untuk medekatkan diri pada Allah dan sebagai bonus untuk jasad kita diberikan ganjaran kesihatan. Rasulullah SAW. pernah suatu ketika merasa amat letih lalu memanggil Bilal, “Laungkanlah azan wahai Bilal. Aku mahu merehatkan diriku dengan solat.”

Solat khusyu’ mendidik jiwa membelai jasad agar keduanya berjalan seiring mengikut fitrah asalnya. Nikmat solat kita sia-siakan dan kita mencari yang lain untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Setelah memerhatikan semua itu hati kita mengakui; SUBAHANALLAH! Tiada lagi nikmat Allah yang mampu kita nafikan kini”
Solat – amalan hati – melaksanaan penyempurnaan dan mencari khusyu’ yang hakiki;
- Kata Al Ghazaly – Orang yang tidak khusyu’ di dalam solat adalah sia sia belaka kerana tidak merasa gerun ketika melakukan keji dan mungkar. Solat adalah munajat ( berbisik) seseorang dengan Allah.
- Seseorang yang tidak khusyu’ samalah seperti seseorang yang mengigau dalam tidur.
- Khusyu’ dalam solat adalh roh kepada solat. Tanpa khusyu’ seumpama menyembahkan sesuatu yang tidak bernyawa kepada Allah. Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. iaitu mereka yang khusyu didalam solat mereka.

Mencari khusyu’ - Secara ringkasnya ada enam perkara ;
01. Hudhur al Qalbi (hadhir hati)
02. Tafahhum ( Memahami bacaan).
03. Atta’zim ( Membesarkan Allah)
04. Al Haibah ( Gerun dengan kehebatan)
05. Al Khauf wa Arraja’ (Takut dan Mengharap)
06. Alhaya’ ( Malu)

a)Sebelum solat.- Bersedia dan menanti menunaikan solat.- Menyahut seruan azan seumpama dipaksa hadhir ketika panggilan perhimpunan mahsyar. - Berwudhu dengan sempurna- elakkan pembaziran.

b) Ketika solat - Berdiri dengan kehinaan- Bayangkan berdiri di mahsyar.penuh kehinaan.
- Takbiratul ihram dengan membesarkan Allah. Buangkan ingatan perkara lain kerana mengingati perkara lain beerti membesarkan selain Allah.
- Hanifan Musliman dalam Iftitah- Pengakuan sebagai muslim yang menghadap seluruh hidup sebagai ibadah.
- Himmah (kemahuan/ semangat) dalam solat.
- Fatihah – dialog dengan Allah.
- Membatasi pandangan.
- Solat dalam keadaan merasa diri bersalah.
- Ruku’ dan sujud dalam keadaan penyerahan diri yang bersalah.Mengingati asal kejadian dari tanah ketika sujud.
- Mengulangi tasbih agar hati lembut sambil memahami ungkapan tasbih.
- Sujud sebagi sujud terakhir dalam hidup.
- Membayangkan Rasulullah di hadapan ketika tasyahhud- Salam ke atas nabi.Tajrid atau mengosongkan selain dari memberi ruang Rasulullah hadir didalam hati sebagai sesuatu yang lebih penting.
- Solat seumpama meninjau negeri akhirat.

c) Selepas Solat- Mengharapkan dapat hidup untuk solat yang seterusnya.

SEMOGA KITA DIKURNIAKAN SOLAT YANG KHUSYU’

Monday, January 14, 2013

Cinta Bertepuk Sebelah/Duabelah Kepada Allah SWT


Apabila kita mula mencintai seseorang, kita ingin melihat wajahnya setiap hari. Walaupun tak dapat nak lihat wajah dia, dapat tengok bayangan merasakan sudah memadai. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, kita akan sangat perihatin terhadap orang yang bercerita dengannya. Hati sentiasa berbunga dan sering memikirkan tentang tentang keindahan dan kecantikan dia, padahal bukan ada apa-apa pun, baru mula jatuh cinta. Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke inbox mesej kita, takut-takut nanti ada mesej yang belum direply. Tiba-tiba ada  banyak misscall! Lagilah kita rasa gelabah sebab takut nanti dia akan marah dan tak mahu kawan dengan kita lagi.
Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, kita akan sentiasa memastikan penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang dia suka, kita akan pakai. Kita sanggup habiskan RM10 semalam hanya sekadar mahu mendengar suara dia. Ada yang RM20, ada juga yang RM30 semalam. Hanya untuk mendengar suara. Kalau mahu berjumpa, RM200 seminggu itu bukan masalah. Kita akan sentiasa mengingati dia. Nak makan teringat pada dia, nak tidur teringat pada dia, nak buat benda tak senonoh kita teringat pada dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada dia.

Apabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, macam-macamlah yang kita sanggup buat demi dia. Pendek kata dunia kita dengannya adalah segalanya dan dialah segala-galanya dalam hidup kita, adakala kita sanggup mengenepikan keluarga demi kita tidak mahu dia meninggalkan kita. Indahnya cinta berbalas atau cinta bertepuk dua belah tangan. Saling memerlukan dan saling menghargai.

Bagaimana agaknya bila berlaku cinta tak berbalas? Punyalah kita meletakkan dirinya dari segala keutamaan demi cinta kita, namun tiada apa yang membuat dia menyukai kita malah tiada keistimewaan pun diri kita dihatinya. Akhirnya cinta betepuk sebelah tangan, terasa diri dipermainkan bahkan diri dan cinta kita tidak dihargai …. Sedih, kecewa, terasa hidup sudah tidak bermakna.
 Begitulah kehidupan ini bila kita bercerita soal cinta, sayang dan rindu. Kita harapkan itu berlaku dengan insan yang kita dambakan dalam hidup kita. Mari kita lihat bila kali pertama kita jatuh cinta pada Allah SWT dan bila kali terakhir kita merindui Allah SWT? Atau kita ini jenis yang tidak pernah mengenali apa itu cinta kepada Allah SWT?

Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, sekerap manakah kita cenderung untuk melihat pada kata-kata Dia (Alquran). Walaupun tak dapat nak lihat wajah Dia, dapat membaca dan melafazkan ayat-ayat-Nya kita rasa bertuah. Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, seberapa peka-kah kita terhadap orang yang bercerita tentang Dia. Pantang terdengar, hati mula gerun tambahan kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikan Dia, kita terasa mahau sujud atas KeagunganNya. Adakah kita begitu?

Apabila kita mencintai Allah, setiap kali kita bangun pagi, kita akan tengok ke jam di’handset’ takut-takut waktu subuh dah terlepas! Kemudian kita rasa gerun sebab takut nanti Dia akan marah dan tak mahu menanugerakan nikmatnya pada kita lagi. Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, kita akan sentiasa memastikan penampilan kita adalah yang terbaik. Apa yang Dia suka, kita akan lakukan dengan penuh keikhlasan. Dan yang paling utama kita akan jaga ialah kebersihan hati kerana Allah tidak melihat pada luaran, tetapi dalam hati. Mampukah kita melakukannya?
Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk mengingat Allah? Berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk membantu atau membuat kerja dakwah atau menderma kejalan Allah? RM1? RM2? Berapa kali sehari kita akan mengingat pada Dia? Nak makan teringat pada Dia, nak tidur teringat pada Dia, nak buat kerja tak senonoh kita ingat pada Dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada Dia, malah dibibir kita tidak terhenti menyebutNya

Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, benarkah macam-macam yang kita sanggup buat demi Dia? Adakah cinta Allah berbalas seperti bertepuk dua belah tangan. Indahnya cinta Allah dan kita membalasnya dengan rasa kesyukuran tak terhingga atau cinta Allah kita tak balas lansung. Allah bertepuk sebelah tangan saja dan kita ambil sambil lewa malah kita tidak menghargai nikmat yang dikurniakan. Tapi Allah SWT tak pernah kecewa, sedih atau melupakan kita. Allah akan selalu menunggu kita setiap saat untuk kita berdoa atau bertaubat walau kita melakukan seribu kali kemungkaran. Allah tetap ampunkan kita. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang

Mari kita tanyakan pada diri kita masing-masing. Apapun jawapannya, terpulang pada diri sendiri. Kerana jika cinta di hati kita masih bermasaalah, macam mana kita mahu membetulkan masalah cinta dalam diri orang lain. Sudah terlalu ramai orang yang dunia lebih dicintai oleh mereka. Hawa nafsu menjadi panduan mereka. Hinggakan, hidup mereka umpama anjing. Mahukah kita diumpamakan seperti itu? "Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan (derajat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya, maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir." [QS Al-A'raf, 7:176]

Atau kita mahu diumpamakan oleh Allah seperti haiwan ternak? “Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” [QS Al-A’raf, 7:179]

Ataupun, kita mahu menjadi seperti ini, “Seutama-utama orang yang mati syahid adalah orang-orang yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan berguling-guling di kamar-kamar utama di syurga. Rabb-mu tersenyum kepada mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hamba di suatu tempat, maka tiada hisab (perhitungan) lagi atasnya.” [HR Ahmad, Abu Ya’la dan Thabrani dari Abu Nu’aim bin Hammad]
Tepuk dada, tanyalah iman. Jika tiada iman, pergilah cari. Jangan tunggu. Hidayah perlu dicari, bukan dinanti. Kita ada hak untuk memilih apa tingkatan cinta untuk hati kita. "Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya" [QS Al-Ahzab, 33:4]

Mana mungkin kita cintakan syurga, dalam masa yang sama kita cintakan neraka. "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [QS Al-Hadid, 57:16]

Friday, January 11, 2013

Sujud Syukur dan Kelebihannya


Sungguh dahsyat nya keutamaan bersyukur jika kita renungi bersama bahwa sesungguhnya bersyukur akan membawa kita kepada redha-Nya.dengan bersyukur hati kita akan menjadi lapang dan bahagia.betapa tidak,jika kita renungi bersama begitu banyak diantara kita sering mengeluh dan mengingkari nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.biasanya kita melihat orang lain diatas kita,sehingga kita tidak bersyukur kepada keadaan kita sekarang.apa yang ada jarang di syukuri dan apa yang tiada sering kita risaukan.maka marilah kta syukuri apa yang ada pada diri kita sekarang niscahya Allah akan menambahkan kenikmatan kepada kita ,seperti yang termaktub dalam Surat Ibrahim:7, “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih”. (QS. Ibrahim: 7)
Apakah Sujud Syukur Itu?
Sujud Syukur ialah sujud dua kali yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah SWT, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka / bala bencana.

Sujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’ (Sujud Sajadah).

Hukum Sujud Syukur
Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya: “Sewaktu Nabi SAW keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah.”(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya, “Bahawa Baginda SAW jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.” (Syarah Al-Minhaj)

Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam solat. Ianya hanya sunat dilakukan di luar solat ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah SWT atau terhindar daripada malapetaka.

Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:
 “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik.”

Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam solat kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam solat. Jika dia sujud maka batallah solatnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.

1. Syarat Sujud Syukur
·      Berwuduk
·      Berdiri menghadap kiblat.
·      Berniat. “ Sengaja daku sujud syukur kerana Allah Taala”.
·      Takbiratul-ihram.
·      Bersujud menyentuh bumi atau lantai.
·      Dengan sekali sujud sahaja.
·      Bertakbir seiring bangun dari sujud.
·      Memberi salam.
.
2. Syarat Syukur
·      Mengakui nikmat itu dengan hati.
·      Mengucapkan secara lisan “Alhamdulillah”.
·      Gunakan nikmat itu untuk melaksanakan ketaatan pada Allah.

3. Bacaan Sujud Syukur:
Subhanakallahumma Anta Rabbiy haq-qan haqqa, sajadtu laka yaa Rabbi ta-’abbudan wa riqqa. Allahumma inna ‘amali dha’ifun fadha’i liy. Allahumma qini ‘adzaabaka yawma tub’atsu’ ibaaduka wa tub ‘alayya innaka antat tawwabur Rahim. (“Maha Suci Dikau, Ya Allah! Dikaulah Tuhanku yang sebenarnya, daku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah! Sesungguhnya amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah! Selamatkan daku dari siksa-Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku; Sesungguhnya Dikau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang!”)

Atau

Boleh juga membaca tasbih pada Sujud Syukur ini sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’:
Sa-ja-da waj-Hi-ya lil-la-dziy kho-la-qo-hu wa-shaw-wa-ra-Hu wa-syaq-qo sam-’a-Hu wa-ba-sho-ro-Hu bi-hau-li-hi wa-quw-wa-ti-Hi fa-ta-baa-ro-kaL Laa-Hu ah-san-ul khoo-li-qiyn. (“Daku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, memberikan pendengaranku dan penglihatanku dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.”)

Bagaimana Sujud Syukur Dilaksanakan ?
Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan‘Sujud Tilawah’ ketika ia dilakukan di luar solat iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur, takbir, sujud dan juga salam.

Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam ‘Sujud Tilawah’ iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.

Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam ‘Sujud Tilawah’.

Adapun manfaat bersyukur yang dapat kita peroleh adalah sebagai berikut:
·         Allah akan menambahkan nikmat seorang hamba nya yang bersyukur
·         Jauh dari sifat ingkar terhadap nikmat Allah
·         Allah akan selalu mengingat kepada orang yang senantiasa bersyukur
·         Membuat hati kita menjadi lapang dada dan bahagia
·         Terhindar dari azab Allah yang begitu pedih yang disebabkan karena tidak bersyukur
·         Jika kita melihat Hukum Daya Tarik (law of attraction), bersyukur akan meningkatkan kekuatan kita menarik apa yang kita inginkan. Kekuatan hukum ini akan sebanding dengan keyakinan dan perasaan positif. Sementara semakin banyak kita bersyukur, akan semakin banyak perasaan positif pada diri kita.
·         membuang energi negatif di dalam diri kita dan dengan izin Allah menggantikannya dengan energi positif di dalam diri kita.sehingga segala perasaan buruk, penyakit hati seperti marah, dengki, kecewa, dendam yang tersimpan di dalam diri kita akan ter-eliminasi.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah SWT atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik. Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

Sunday, January 6, 2013

Mukmin Sejati Itu Dermawan


Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Amalan ini menjadi lebih mulia jika dianjurkan pada bulan Ramadhan dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, Iaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan malah memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahawa dermawan adalah salah satu sifat Allah SWT, sebagaimana hadis: “Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)
Dari hadis ini demikian dapat diambil kesimpulan bahawa kedekut dan bakhil adalah akhlak yang buruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati. Begitu juga, sifat suka meminta-minta, bukanlah ciri seorang mukmin. Malah sebaliknya seorang mukmin itu banyak memberi. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)

Selain itu, sifat dermawan jika di dukung dengan tafaqquh fiddin, dengan ilmu agama dengan baik, sehingga terkumpul dua sifat iaitu alim dan juud (dermawan), akan dicapai kedudukan hamba Allah yang paling tinggi. Rasulullah SAW bersabda: “Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)

Keutamaan Bersedekah
Allah SWT benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah. Terdapat ratusan dalil yang menceritakan keberuntungan, keutamaan, kemuliaan orang-orang yang bersedekah. Ibnu Hajar Al Haitami mengumpulkan ratusan hadis mengenai keutamaan sedekah dalam sebuah kitab yang berjudul Al Inaafah Fimaa Ja’a Fis Shadaqah Wad Dhiyaafah, walaupun hampir sebahagiannya perlu disemak kesahihannya. Banyak keutamaan ini seakan-akan seluruh kebaikan terkumpul dalam satu amalan ini, iaitu sedekah. Maka, sungguh menghairankan bagi orang-orang yang mengetahui dalil-dalil tersebut dan ia tidak terpanggil hatinya serta tidak tergerak tangannya untuk banyak bersedekah.

Diantara keutamaan bersedekah antara lain:

1. Sedekah dapat menghapus dosa – Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614) Diampuninya dosa dengan sebab sedekah di sini tentu sahaja perlu disertai taubat atas dosa yang dilakukan. Tidak sebagaimana yang dilakukan sebahagian orang yang sengaja bermaksiat, seperti rasuah, memakan riba, mencuri, berbuat curang, mengambil harta anak yatim, dan sebelum melakukan perbuatan ini ia sudah merancang untuk bersedekah setelahnya agar ‘dibayar’ tidak ada dosa. Yang demikian ini tidak dibenarkan kerana termasuk dalam merasa aman dari murka Allah, yang merupakan dosa besar. Allah SWT berfirman: “Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang rugi.” (QS. Al A’raf: 99)

2. Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhir – SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang mendapat naungan di suatu, hari yang ketika itu tidak ada naungan lain selain dari Allah, iaitu hari akhir. Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah: Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421)
3. Sedekah memberi keberkahan pada harta – Rasulullah SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588). Apa yang dimaksud hartanya tidak akan berkurang? Dalam Syarh Shahih Muslim, An Nawawi menjelaskan: “Para ulama menyebutkan bahawa yang dimaksud disini mencakupi 2 perkara:
Pertama, iaitu hartanya diberkahi dan dihindarkan dari bahaya. Maka pengurangan harta menjadi ‘dibayar’ ditutupi oleh berkah yang tidak dapat dilihat. Ini boleh dirasai oleh panca indera dan kebiasaan.
Kedua, jika secara zatnya harta tersebut berkurang, maka pengurangan tersebut ‘dibayar’ ditutupi pahala yang diperoleh, dan pahala ini dilipatgandakan sampai berkali ganda banyaknya.”

4. Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah - Allah SWT berfirman: Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

5. Terdapat pintu surga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah - “Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, ia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)

6. Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang – Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah adalah bukti.” (HR. Muslim no.223) An Nawawi menjelaskan: “iaitu bukti kebenaran imannya. Oleh kerana itu shadaqah dinamakan demikian kerana merupakan bukti dari Shidqu Imanihi (kebenaran imannya)”

7. Sedekah dapat membebaskan dari siksa kubur – Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Targhib, 873)

8. Sedekah dapat mencegah peniaga melakukan maksiat dalam jual-beli – Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pedagang, sesungguhnya syaitan dan dosa keduanya hadir dalam jual-beli. Maka hiasilah jual-beli kalian dengan sedekah.” (HR. Tirmidzi no. 1208, ia berkata: “Hasan shahih”)
9. Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia – Rasulullah SAW memberikan permisalan yang bagus tentang orang yang dermawan dengan orang yang kikir: Perumpamaan orang yang kikir dengan orang yang bersedekah seperti dua orang yang memiliki baju besi, yang bila dipakai menutupi dada hingga selangkangannya. Orang yang bersedekah, disebabkan sedekahnya ia merasa bajunya lapang dan longgar di kulitnya. Sehingga hujung jarinya tidak kelihatan dan baju besinya tidak meninggalkan bekas pada kulitnya. Sedangkan orang yang kikir, disebabkan kikirnya ia merasakan setiap lingkar baju besinya melekat erat di kulitnya. Ia berusaha melonggarkannya namun tidak boleh.” (HR. Bukhari no. 1443)

Dan perkara ini tentu pernah kita buktikan sendiri? Ada rasa senang, bangga, dada yang lapang setelah kita memberikan sedekah kepada orang lain yang memerluan. Dan masih banyak lagi dalil-dalil yang menyatakan tentang manfaat sedekah dan keutamaan orang yang bersedekah. Tidakkah hati kita terpanggil?

Wednesday, January 2, 2013

Bila Hati Buta


Kalau kita sakit seperti demam, batuk dan sebagainya kita akan mencari ubat di farmasi, klinik, homeopati atau hospital. Tapi kalau hati kita sakit, apa pula rawatannya. Pernahkah kita rasa hati kita sakit? Kalau hati sakit, apa akan jadi? Kata Imam al Ghazali, hati adalah raja. Hatilah penentu kecerdasan iman dan takwa kita. Pada diri manusia terdapat tiga kekuatan yang dibekalkan Allah untuk menghadapi kerasnya ujian di dunia. Selain akal fikiran yang cerdas, tubuh badan yang sihat dan hati yang berfungsi sebagai pengeluar bermacam-macam perasaan, ada benci, rindu, kasih sayang, dendam, sedih, gembira yang kesemuanya mengawal gerak tubuh manusia. Kecerdasan akal tidak akan sempurna tanpa hati yang cerdas. Berapa banyak orang cerdik pandai jadi sampah masyarakat kerana ilmu yang dimiliki dikawal oleh hati yang rosak sehingga dengan ilmunya ia banyak memudaratkan orang. Demikian juga kekuatan tubuh badan tidak akan sempurna kecuali dengan hati yang kuat. Jika hati sihat nescaya tidak ada fenomena penganggur yang berbadan sihat. Betapa berpengaruhnya hati pada diri manusia.
Allah SWT amat memberikan perhatian kepada hati. Al Quran menggunakan istilah qalb (hati) sebanyak 132 kali, makna dasar kata itu ialah membalik, kembali, berubah atau naik-turun. Sesuai dengan latar belakangnya hati mempunyai sifat yang selalu berubah, sebab hati adalah nukleus dari kebaikan dan kejahatan, kebenaran dan kesalahan. Hati kita unik, boleh jadi kuat, dinamik, juga boleh sakit dan menjadi buta. Firman Allah SWT: “Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada” (al-Hajj:46)

Inilah yang menjadi masalah kepada hati manusia tatkala hatinya sudah menjadi buta. Tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. Maka amat penting bagi kita untuk sentiasa menjaga dan merawat hati kita agar jangan sampai buta. Cuba kita pejamkan sebentar mata kita. Apa yang kita nampak? Gelapkan? Sekarang cuba berjalan ke hadapan. Apa perasaan kita? Takut tersungkur atau terlanggar sesuatu? Susah bukan apabila mata buta. Selama ini boleh melihat dan memandang, tapi bila gelap kita akan rasa tidak selesa. Sekarang bayangkan kalau hati kita pula yang buta? Tidak mendapat petunjuk, hidayah dan kasih sayang Allah. Agaknya jika terus berjalan dalam keadaan hati buta, sudah banyak mana peraturan dan perintah Allah telah kita langgar? Makin parah walaupun hatinya sudah buta dan tersungkur di pintu neraka, dia masih tidak dapat merasai apa-apa pun. Bahkan dia terus berjalan dengan kesombongan dan keegoan menghimpun dosa-dosanya. Agaknya bagaimana pula keadaan kita apabila hati kita bukan sahaja buta, tetapi sudah mati?

Allah berfirman: “Sesungguhnya telah Kami sediakan untuk penghuni neraka dari golongan jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak menggunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakan untuk melihat, mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak , bahkan lebih sesat lagi. Mereka adalah orang-orang yang alpa (tidak berzikir)” (Al-A’raf:17 ) “Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat”.(Surah Bani Israil, ayat 72).

Bukan buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati yang menghalang seseorang daripada melihat cahaya hari akhirat. Firman Allah: “Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di dalam dada”. (Surah Hajj, ayat 46). Hati menjadi buta disebabkan oleh kelalaian, yang membuat seseorang lupa kepada Allah dan lupa kepada kewajipan mereka, tujuan mereka, ikrar mereka dengan Allah, ketika mereka masih berada di dalam dunia. Sebab utama kelalaian adalah kejahilam terhadap hakikat (kebenaran) undang-undang dan peraturan Tuhan. Apa yang menyebabkan seseorang itu berterusan di dalam kejahilam ialah kegelapan yang menyeluruh menutupi seseorang dari luar dan sepenuhnya menguasai batinnya. Sebahagian daripada nilai-nilai itu yang mendatangkan kegelapan ialah sifat-sifat angkuh, sombong, megah, dengki, bakhil, dendam, bohong, mengumpat, fitnah dan lain-lain sifat keji. Sifat-sifat yang keji itulah yang merendahkan ciptaan Tuhan yang sangat baik sehingga jatuh kepada tahap yang paling rendah.
Untuk membebaskan seseorang daripada kejahatan itu dia perlu menyucikan dan menyinarkan cermin hatinya. Penyucian ini dilakukan dengan mendapatkan pengetahuan, dengan beramal menurut pengetahuan itu, dengan usaha dan keberanian, melawan ego diri, menghapuskan yang banyak pada diri, mencapai keesaan. Perjuangan ini berterusan sehingga hati menjadi hidup dengan cahaya keesaan – dan dengan cahaya keesaan itu mata bagi hati yang suci akan melihat hakikat sifat-sifat Allah di sekeliling dan pada dirinya. Hanya selepas itu baharu kita ingat akan kediaman kita yang sebenar yang darinya kita datang. Kemudian kita akan ada rasa kerinduan dan keinginan untuk kembali kepada rumah kediaman yang sebenar, dengan pertolongan Yang Maha Mengasihani roh suci pada diri kita akan menyatu dengan-Nya.

Hati mempunyai dua mata, satu yang sempat dan satu lagi yang luas. Dengan mata yang sempat seseorang boleh melihat kenyataan sifat-sifat dan nama-nama Allah. Penglihatan ini berterusan sepanjang perkembangan kerohaniannya. Mata yang luas melihat hanya kepada apa yang dijadikan kelihatan oleh cahaya keesaan dan yang esa. Hanya bila seseorang sampai kepada daerah kehampiran dengan Allah dia akan melihat, di dalam alam penghabisan bagi kenyataan Zat Allah, Yang Esa dan Mutlak. Bagi mencapai makam-makam ini ketika masih di dalam dunia, di dalam kehidupan ini kita mestilah membersihkan diri kita daripada sifat-sifat keduniaan, yang ego dan keegoan. Jarak yang kita mengembara di dalam kenaikan kita ke arah makam-makam tersebut bergantung kepada sejauh mana kita mengasingkan diri daripada hawa nafsu yang rendah dan ego diri kita.

Pernahkah kita berfikir mengapakah kadang kala kita rasakan sangat susah hendak mengikut apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang.Mengapakah kita sangat susah hendak menghafal ayat-ayat Quran dan kalau dapat hafal,kita mudah pula lupa.Inilah tanda-tanda hati kita yang lemah atau masih samar bahkan boleh dikatakan buta.Apakah pula yang menyebabkan jadi begini. Allah berfirman: Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan padamu dari tuhanmu itu benar-benar sama dengan orang buta?Hanyalah orang yang berakal sahaja dapat mengambil pelajaran - Ar Raad ayat 19

Dalam hati mereka ada bintik-bintik hitam. Akhirnya bintik-bintik hitam itu akan menutup hati.Merekalah orang yang hatinya,pendengaran dan penglihatan telah dikunci mati oleh Allah dan mereka itulah orang yang lalai. An Nahl ayat 108 Hadis dari Umar Al Khatab Nabi bersabda: Cap menutup hati tergantung di kaki Arasy, maka bila larangan Allah dilanggar dan yang diharamkan dianggap halal, Allah mengirim cap penutup hati itu lalu pelanggar dikenakan cap itu.
Bila hati telah buta,telah dikunci oleh Allah,seseorang itu tidak dapat mengenal Allah dan tidak dapat menerima kebenaran dari Allah. Begitulah hati orang-orang kafir dan orang-orang munafik yang menyebabkan mereka menolak kebenaran. Umat Islam juga ada yang masih buta hati.Umpamanya orang yang masih melakukan dosa.Orang yang membuat dosa ialah orang yang tidak takut pada Allah dan orang yang tidak takut pada Allah ialah orang yang tidak mengenal Allah dan orang yang tidak mengenal Allah ialah orang yang hatinya telah buta. Bila hati telah buta,timbullah berbagai penyakit hati seperti riak, sombong, pemarah , hasad dengki, dendam, buruk sangka dan lain-lain. 

Langkah pertama untuk mengubat penyakit buta hati ini ialah dengan meneliti hadis Rasulullah: Hati ditempa dengan apa yang dimakan. Hati kita adalah seketul darah yang mengandungi sel darah merah dan zat-zat yangasalnya dari makanan.Jika bersih makanan kita maka akan bersihlah hati tersebut.Sebaliknya jika makanan itu dari sumber yang haram atau syubahat maka hati juga menjadi kotor. Sabda Rasulullah: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging.Bila baik daging itu,maka baiklah seluruh anggotanya dan seluruh jasadnya.Jika buruk dan jahat daging itu maka akan jahatlah seluruh jasad.Ketahuilah itulah hati. Firman Allah: Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kita beriman kepadanya. - Al Maidah. Marilah kita menjaga hati kita dengan mengelak dari memakan makanan yang haram. Antara langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari makanan yang haram ialah: 

1. Jangan makan makanan yang zatnya haram seperti arak,atau makanan yang dicampur arak,makanan yang mengandungi bahan yang haram seperti gelatin dan lesitin yang diperolehi dari kulit binatang terutama babi dan sebagainya.

2. Jangan makan benda yang bernajis sama ada sifatnya najis atau kerana cara mencuci yang tidak betul menyebabkan ia bernajis.Contohnya daging yang baru disembelih yang bercampur darah dan najis yang terus direbus tanpa mencucinya terlebih dahulu.

3. Janganlah makan makanan terutama daging yang diragui sembelihannya seperti ayam yang dijual oleh orang bukan Islam di supermarket.Ini kerana orang kafir tidak peduli hal haram halal dan tidak peduli najis atau tidak.Tanda halal yang mereka perolehi mungkin hanya sebagai perakuan sahaja tetapi hakikatnya tidak halal.

4. Janganlah makan makanan yang dibeli dari wang yang haram.Wang yang haram adalah seperti dari sumber rasuah, curi, tipu, hasil perjudian, wang bunga atau faedah bank yang bukan dan sebagainya.

Untuk dapat memiliki kecerdasan dan kekuatan hati yang sentiasa menyala hendaklah dipastikan agar pintunya selalu terbuka untuk mendapat hidayah Allah. Ada hidayah Allah yang dicurah pada tasik hati manusia. Jika mereka menutup pintunya maka hidayah itu tidak dapat meresapi dasar hati

Pertama, Buka pintu hati ketika ilmu Allah datang. Jangan tutup pintu hati ketika ilmu datang, terimalah kebenaran itu dengan sikap ketaatan mutlak kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Amalkanlah apa yang kita pelajari kerana ilmu Allah itu bukan untuk makanan otak sahaja tetapi ia lebih diperlukan oleh hati orang beriman, kerana tanpanya hati akan mati. Jangan beralasan bahawa belum masanya kita berubah, kenapa biarkan hati terhijab oleh nafsu dan kepentingan diri? Allah SWT berfirman: ” Tidaklah patut orang yang beriman apabila datang ketentuan Allah dan Rasul-Nya mereka mengambil hukum yang lain daripada itu

Kedua, Buka pintu hati ketika sahabat yang salih dan salihah ingin berkenalan.
Jangan memisahkan diri dengan orang yang mengingatkan kita kepada Allah. Terimalah nasihat orang-orang yang salih dengan hati terbuka

Ketiga, Buka pintu Hati ketika gerak taubat semakin kuat, jangan ditunda lagi. Ilmu yang merupakan hidayah dari Allah dan sahabat yang menguatkan iman kita rupanya belumlah cukup untuk memperbaiki diri kita selagimana dorongan hasrat tidak benar-benar kuat. Orang yang menunda taubat biasanya berfikir masih ada modal untuknya menyelamatkan diri iaitu masa.
Hati yang cerdas dan kuat adalah hati yang memiliki sensitiviti yang tinggi dengan dosa dan maksiat. Perasaan bersalah dan kemurungan akan berlaku apabila berbuat dosa. Sedih bila terlepas sembahyang subuh, murung apabila tidak sempat membaca al-Quran. Risau apabila terlepas lidah mengumpat kawan, takut dengan dosa hari ini dan pilu dengan amal yang sedikit.
Begitulah kata hati yang sihat dan selamat sesuai dengan firman Allah SWT: ”Pada hari itu (hari kiamat) sudah tidak berguna lagi harta benda dan anak-pinak kecuali siapa yang datang menghadap Allah dengan hati yang sihat (bersih). (Al-Syuara: 88-89)