DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Tuesday, November 12, 2013

Bila Kita Tidak Sempurna

Jika kita memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kita mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kita lepaskan ia semula kedalam air begitu sahaja, kerana ia akan menyakitkan oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kita dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kita memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mulai menyayangi kita, hendaklah kita menjaga hatinya. Janganlah sesekali kita terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia masih mengingati kita…
Jika kita menadah air biarlah berpada, jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar untuk keperluan sahaja, kerana apabila ia mulai retak, tidak sukar untuk kita menampal dan memperbaikinya semula dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…

Begitulah juga jika kita sedang memiliki seseorang….terimalah dia seadanya, janganlah kita terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa, Anggaplah dia manusia biasa, kerana apabila dia melakukan kesilapan, tidaklah sukar untuk kita memaafkannya dan membolehkan hubungan kita akan terus hingga ke akhir hayat dan bukannya menghukumnya dan meninggalkannya dia begitu sahaja kerana kita merasa terlalu kecewa dengan sikapnya, lalu semuanya akan menjadi terhenti begitu sahaja…
Jika kita memiliki sepinggan nasi, yang kita pasti baik untuk diri kita, yang mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kita berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain? Kerana terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak, nasi itu akan basi dan kita sudah tidak boleh menikmatinya lagi. Kita akan menyesal.

Begitulah juga jika kita telah bertemu dengan seorang insan, yang kita pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangi kita…. Mengasihi kita…. dan mencintai kita…. Mengapa kita berlengah lagi? Dengan cuba menbandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan? Kelak, dia akan berjauh hati dan kita akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kita juga yangg akan menyesal dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar kesempurnaan, kerana ia bukanlah faktor utama kebahagian yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan kesilapan orang yang kita sayang dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta bersyukur dengan apa yang kita sudah miliki. Kita akan bahagia, bahagia dan terus bahagia… itu lebih bermakna! “Begitu hidup ini tiada yang abadi, yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti, Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”

No comments: