# Memulakan
memberi salam apabila bertemu.
Motivasi:
Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah. Allah
sangat cinta pada hamba yang tawaduk.
# Memanggil
nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.
Motivasi:
Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun
di belakang kita. Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.
# Menumpukan
perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.
Motivasi:
Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.
# Menyampaikan
pujian orang terhadap sahabat. Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya
menyimpan rasa dendam dan iri hati.
Motivasi:
Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan. Menyampaikan pujian
di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang
baik. Bukan bertujuan membodek.
# Tidak
menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat. Ini untuk mengelakkan
rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.
Motivasi:
Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati
sahabatnya.
# Memberi
pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Kalau
dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.
Motivasi:
Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.
# Mengutamakan
keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri.
Motivasi:
Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain
mengatasi dirinya sendiri. Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Apa yang kita
berikan akan diganti dengan yang lebih baik.
# Memandang
dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat. Elakkan prejudis pada
mereka.
Motivasi:
Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah
menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas. Allah membantu
seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain.
# Memberi
nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Jika melihat kawan kita mulai
lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.
Motivasi:
Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat. Kemudian rakan kita
menegur kita. Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya. Kita juga suka
kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang
lain. Ia menunjukkan maruah kita dihargai.
# Sentiasa
memaafkan kesalahan sahabat kita. Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak
ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.
Motivasi:
‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya. Apakah kita ikhlas
bersahabat dengannya selama ini? Allah bersama orang yang ikhlas.
# Sekiranya
dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau
tidak.
Motivasi:
Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah. Lagi pula, Allah
tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak. Yang
pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah
meminta maaf.
# Tidak
mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.
Motivasi:
Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan
kita sudah menginsafinya.
# Elakkan
berkelahi pada perkara remeh temeh. Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.
Motivasi:
Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil. Ia
dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat. Justeru ingatlah,
apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut
jejak-jejak Iblis.
# Menyembunyikan
segala rahsia sahabat dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada
pasangan (suami/isteri) kita sendiri.
Motivasi:
Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita.
# Tidak
mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.
Motivasi:
Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu?
# Menjiwai
apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah. Gembira dengan perkara yang
menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.
Motivasi:
Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan
mukanya? Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa
di hadapan kita?
# Memberi
hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang bersesuaian.
Motivasi:
Allah cinta kepada orang yang bermurah hati.
# Sentiasa
memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.
Motivasi:
Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya. Justeru Allah
menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa
supaya diputuskan silaturrahim. Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya
juga dapat memanjangkan umur.
# Mengucapkan
terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.
Motivasi:
Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang
diperolehi sama ada pada manusia atau kepadaNya, maka Dia akan tambahkan lagi
nikmat tersebut. Ini janji Allah. Nescaya ditepati.
# Sentiasa
mendoakannya. Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau
setelah dia meninggal dunia.
Motivasi:
Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan
buat sahabat-sahabat kita.
# Menziarahi
sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.
Motivasi:
Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain.
# Mengiringi
sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.
Motivasi:
Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat. Sahabat kita pula
merasa dirinya dihormati dan dihargai. Kesannya ia mampu menambahkan kasih
sayang sedia ada.
Lakukan
semua perkara di atas kerana cintakan Allah. Apa yang telah kita amalkan,
sama-samalah kita berusaha untuk konsisten dengannya. Mana yang kurang,
sama-sama kita perbaikinya. Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan
limpahan barakah dariNya.
1 comment:
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.
Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.
Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.
Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.
Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir
Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.
Whatsapp(0196135660)
Post a Comment