DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Monday, September 16, 2013

Dimanakah Islamnya Kita

"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya."
Islam tidak terbatas kepada Rukun Islam dan ibadah rutin sahaja sepertimana yang difahami oleh sebilangan manusia. Ia sebenarnya lebih luas. Di dalamnya terkandung ilmu akidah, konsep kehidupan di dunia dan akhirat, syariat, syiar, akhlak dan pelbagai lagi bidang ilmu yang berkaitan dengan kehidupan individu. Bagaimanakah menjadi Muslim yang sempurna di sisi Allah? Meyakini Islam sebagai akidah yang benar, mengamalkan syariat Islam yang betul dan menghiasi diri dengan akhlak yang baik. Sukarkah melakukannya? Benarkah sukar menjadi hamba Tuhan?

Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas ajaran Islam sangat-sangat mudah ia itu “Lailaha Illallah , Muhammadar Rasullullah”, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah. Islam ialah asal dan asas kehidupan setiap orang manusia. Untuk mengenali agama Islam , kita hanya perlu mengenal siapa diri kita dan untuk apakah kehidupan ini . Ramai manusia termasuk orang yang beragama Islam sendiri tidak dapat menerima Islam dengan sepenuh hati mereka kerana mereka tidak mengenal dengan Islam.
ISLAM adalah ugama yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW. yang merupakan seorang Nabi dan Rasul terakhir kepada seluruh alam dan tiada yang terkecuali darinya. Sejak ALLAH SWT menciptakan manusia pertama iaitu Nabi Adam AS. dan isterinya Hawa, manusia telah berkembang dari keduanya sehinggalah lahirnya manusia yang berbilang bangsa dan ugama yang mengamalkan pelbagai bahasa, budaya, pakaian dan adat resam. Seorang demi seorang Nabi dan Rasul telah diutuskan kepada kaumnya. Adalah diberitakan bahawa Nabi yang diketahui adalah seramai 124,000 orang dan rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang termasuklah Nabi Muhammad SAW. Sejak di Luth Mahfuz lagi ALLAH SWT telah meletakkan nama Nabi Muhammad SAW di sisiNya.

Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan zakat
(5) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)

Pengertian rukun -Rukun adalah sesuatu yang harus dikerjakan dalam memulai sesuatu pekerjaan seperti membaca al fatihah dalam solat.

Pengertian syarat - Syarat adalah sesuatu yang harus ditepati sebelum mengerjakan sesuatu seperti berwudhu sebelum solat.

Sah maknanya cukup syarat dan rukunnya. Manakala batal maknanya tidak cukup syarat dan rukunnya.

Islam menurut bahasa adalah senantiasa tunduk, patuh dan menyerah kepada Allah lahir maupun batin dengan melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi segala larangannya.

a. Rukun Islam - Menurut bahasa rukun maknanya dasar, pokok, atau tiang. Rukun Islam dapat dimaknakan dengan pokok-pokok ajarran Islam.
Rukun Islam ada 5, iaitu :
Mengucapakan dua kalimat syahadat - iaitu mengucapkan syahadat tauhid (لا اله الا الله) dan syahadat Rasul(محمد رسول الله )
Mendirikan sholat yang 5 waktu iaitu :
a. Subuh 2 raka’at
b. zhuhur 4 raka’at
c. Ashar 4 raka’at
d. Maghrib 3 raka’at
e. Isya 4 raka’at
Jumlah seluruh raka’at dalam solat lima waktu adalah 17 raka’at.

Membayar zakat - Zakat ada dua macam iaitu zakat Fitrah (jiwa) dan zakat Maal (harta) orang yang wajib mengeluarkan zakat disebut Muzakki dan orang yang berhak menerima zakat disebut Mustahik. Mustahik zakat ada 8 golongan :
1) Fakir - Iaitu orang yang tidak punya harta dan tidak mampu memenuhi keperluan utama sehari-hari
2) Miskin - Iaitu orang yang dapat berusaha tetapi tidak mampu mencukupi keperluan asas sehari-hari
3) ‘Amil - Iaitu petugas yang mengumpulkan dan menyalurkan zakat
4)Mu’allaf - Iaitu orang yang baru masuk Islam atau orang yang masih lemah imannya
5) Budak atau hamba sahaya
6) Ghorim - Iaitu orang yang mempunyai hutang untuk kebaikan/keperluan utama tetapi tidak mampu membayarnya
7)Fi Sabilillah - Iaitu orang-orang yang berjuang demi tegaknya agama Allah, seperti para Da’e, ustadz, guru-guru agama dan lain-lain.
8) Ibnu Sabil - Iaitu orang yang bepergian jauh untuk hal-hal yang di bolehkan dan kehabisan belanja atau bekal.

Berpuasa di bulan Ramadhan - Puasa bulan Ramadhan di fardukan atau di wajibkan pada bulan sya'ban tahun kedua sesudah Nabi Muhammad. SAW. hijrah. Puasa ada tiga tingkatan di antaranya:
Puasa umum iaitu puasa yang sekedar menahan lapar dan haus serta nafsu birahi.
Puasa Khusus iaitu puasa yang menjaga pendengaran, penglihatan, ucapan, dan semua anggota tubuh dari perbuatan maksiat.
Puasa yang lebih khusus iaitu puasa yang memolahkan hatinya kepada urusan akhirat, dan mengharapkan redha ALLAH.SWT semata.

Pergi haji bila mampu. - Ibadah hajji bagi yang mampu di perjalanannya, sehingga semua nabi pernah melaksanakan Ibadah Haji kecuali Nabi Soleh dan Nabi Hud. bahkan nabi Adam pergi haji dari India jalan kaki selama empat puluh tahun lama perjalanannya. Dan nabi Isya ibadah haji sebelum di angkat ke langit.

Keunggulan Ibadah Haji - Hadis menerangkan "Barang siapa yang melaksanakan ibada Haji, dan setelah pulang dari ibadah Haji kelakuannya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Maka akan di ampuni dosa - dosanya, dan jika berimpak satu dirham maka nilainya sama dengan satu juta Dirham." Setiap tahun Baitul Haram di kunjungi oleh jemaah haji tidak kurang dari tujuh puluh ribu orang, meskipun kurang maka ALLAH.SWT akan menyempurnakannya dengan Malaikat. Tempat ibadah Hajinya Malaikat di sebut Baitul Ma'mur yang ada di langit ke empat. Dan tempat ibadah Hajinya para Manusia di sebut baitul Haram yang ada di kota Makkah Al Mukarramah.

Setelah kita memahami rukun islam dan menjadi kewajipan kita untuk melaksanakan sepenuh jiwa tanpa protes bagi mengatakan bahawa kita adalah islam. Namun betulkah kita menjalankan kewajipan tersebut. Mari kita lihat melalui fenomena umat islam masakinidi keadaan seperti dibawah;
Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari. Kita mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini. Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga. Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersolat lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya. Maka secara otomatik rukun islam yg pertama dan kedua sudah tidak dilaksanakan sepatutnya.

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Berapa ramai dalam kalangan umatku yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga." (HR Imam An-Nasaie dan Ibnu Majah) " Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta, maka Allah tidak akan memandang puasanya." Oleh itu, marilah kita menjaga mulut, telinga dan mata. Jaga mulut daripada bercakap perkara yang sia-sia contohnya mengumpat. Jaga telinga daripada mendengar perkara-perkara yang lagho. Jaga mata daripada memandang sesuatu yang diharamkan Allah SWT contohnya menjaga mata daripada memandang aurat orang lain.... Puasa, tapi tak solat. Puasa, tapi tak tutup aurat. Sedangkan solat juga hukumnya WAJIB. Tutup aurat juga hukumnya WAJIB. Sama saja hukumnya dengan puasa. Tapi kenapa puasa saja yang dibuat..? KENAPA yang lain TAK BUAT ?? Puasa itu memang sah selagi tak buat perkara yang membatalkan puasa, tetapi adakah puasa itu DITERIMA ....? Maka puasa juga kita tak laksanakan betul hanya sekadar luaran.
Zakat ni merupakan perintah Allah yang wajib di tunaikan dan dilaksanakan oleh individu yang mampu dan memenuhi syarat. Zakat pendapatan tak sama dengan zakat fitrah. Zakat fitrah ni kita wajib bayar setahun sekali (ketika raya aidilfitri tu)…manakala lagi satu zakat yang kita perlu ambik tahu zakat harta, yang mana ia boleh di bayar bila-bila masa , janji dalam tahun (jika bayar tahunan) tersebut. Kira macam taksiran dari pendapatan kita utk tahun tersebut…. Zakat harta ni hanya di nsibahkan 2.5% daripada pendapatan bersih yang kita keluarkan. Ianya merupakan hak golongan asnaf yang layak menerima zakat. Itu hak mereka, kita tak boleh nafikan hak mereka jika mengaku beriman kepada Allah… Masalah sekarang ni, ramai yang tak sedar mereka perlu kuarkan zakat harta ni. Ada macam-macam jenis zakat harta ni antaranya :-
- Zakat pendapatan
- Zakat wang simpanan/ KWSP
- Zakat saham
- Zakat emas dan perak
- Zakat perniagaan
Firman Allah SWT: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekat (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (berdosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu (Muhammad) menjadi ketenteraman bagi mereka dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Surah at-Taubah : ayat 103). Kita lebih rela bayar ‘income tax’ dari membayar zakat… fikirkan
Apakah kita mendapat haji mabrur?, Apakah kita sudah laksanakan semua rukun-rukun haji itu dengan sempurna? Alangkah ruginya kalau ibadat haji kita itu tidak diterima ….. kerana itulah perlu berhati-hati dalam menunaikannya …… persediaan dari sudut fizikal dan rohani amat-amat  diperlukan. Apakah Haji Mabrur? Para pakar fiqh mengatakan bahawa yang dimaksud haji mabrur adalah haji yang tidak dikotori dengan kemaksiatan pada ketika melaksanakan rangkaian manasiknya (tata cara haji). Al Hasan Al Bashri rahimahullah mengatakan, “Haji mabrur adalah jika sekembali dari haji menjadi orang yang zuhud dengan dunia dan merindukan akhirat.” Al Qurthubi rahimahullah  menyimpulkan, “Haji mabrur adalah haji yang tidak dikotori oleh maksiat ketika melaksanakan manasik dan tidak lagi gemar bermaksiat setelah balik haji.” Manakala An Nawawi rahimahullah pula berkata, “Pendapat yang paling kuat dan yang paling terkenal, haji mabrur adalah haji yang tidak dinodai oleh dosa, diambil dari kata-kata birr yang bermakna ketaatan. Ada juga yang berpendapat bahawa haji mabrur adalah haji yang diterima. Di antara tanda diterimanya haji seseorang adalah adanya perubahan menuju yang lebih baik setelah pulang dari pergi haji dan tidak membiasakan diri melakukan berbagai maksiat. Ada pula yang mengatakan bahawa haji mabrur adalah haji yang tidak dicampuri unsur riya’. Ulama yang lain berpendapat bahawa haji mabrur adalah jika sekembali dari haji tidak lagi bermaksiat. Dua pendapat yang terakhir telah tercakup dalam pendapat-pendapat sebelumnya.” Setelah faham apa yang dimaksudkan dengan haji mabrur, maka sewajarnya orang yang berhasil mencapai ketetapan tersebut akan mendapatkan keutamaan sebagaimana yang disebutkan dalam sabda Nabi SAW, “Dan haji mabrur tidak ada balasan yang layak baginya selain syurga.” (HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349). An Nawawirahimahullah menjelaskan, “Yang dimaksud, ‘tidak ada balasan yang layak baginya selain syurga’, bahawasanya haji mabrur tidak cukup jika pelakunya dihapuskan sebagian kesalahannya; bahkan ia memang layak untuk masuk syurga.” Di antara bukti dari haji mabrur adalah gemar berbuat baik terhadap sesama insan.Dari Jabir, ia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang haji yang mabrur. Jawapan beliau, “Suka bersedekah dengan cara memberi makan dan memiliki tutur kata yang baik”      (HR. Hakim no. 1778). Maka lihat diri kita sendiri pada yang telah mengerjakan haji, apakah kita benar-benar yang patuh pada perintah Nya

Melalui beberapa scenario diatas marilah kita betulkan dan perbaiki diri kita supaya menjadi Islam yang sebenar-benarnya Islam seprti yang telah di amanahkan Allah dan Rasul kepada kita.

Kita bersujud, berserah dan istiqamah kepada Allah SWT semuga kita dapat mencari yang benar, yang baik dan yang betul

No comments: