DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Tuesday, October 30, 2012

Menerima Hakikat

Bukan mudah kita nak menerima hakikat atas apa musibah yang menimpa. Kalau tiada kekuatan diri akan hilang pertimbangan maka hilang juga pedoman dan akhirnya ramai yang mengambil jalan yang menyalahi fitrah kehidupan. Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masaalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.

2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.
3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya. Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut. Yakinlah apa yang ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk diri kita... Biar orang lain tidak mengerti apa yang kita lalui tetapi yakinlah Allah mengetahui dan mengerti segala-gala nya. Di kala terasa keseorangan, ingatlah Allah sentiasa ada bersama, di kala terasa kesedihan ingatlah Allah tidak akan menguji lebih dari kemampuan kita, di kala kecewa..ingatlah orang yang lebih menderita...
Yang utama kita belajarlah untuk menghadapi sesuatu perkara yang kita tak sangka datang kepada kita, belajar dalam erti kata cuba untuk menyesuaikan diri dengan perkara tersebut. Hadapinya dengan keyakinan dan usaha yang tegar. Bukan berdolak dalik, bukan mencemuh, bukan mengeluh. Semua itu adalah dugaan dalam kehidupan di dunia ini. Kita selalu mengkehendaki apa yang kita mahukan sahaja, tapi kita tak sedar, kadang kala apa yang kita mahukan sebenarnya diinginkan oleh orang lain.

Kemahuan untuk kita mungkin masanya belum tiba, mungkin masa ini milik orang lain kemahuan tersebut. Pastinya pada masa akan datang, masanya sudah tiba maka kemahuan kita akan datang sendiri hasil kesabaran, ketaqwaan dan usaha ke arah kemahuan tersebut. Apa yang sepatutnya kita jadikan ikhtibar, Allah memberikan apa yang kita perlukan dan Allah memberi peluang kepada kita untuk kita lebih berusalah dan mendekatkan diri kepada-Nya bagi mencapai apa yang kita inginkan.

Adakalanya kita mengharapkan kemahuan tetapi usaha kita tak sehebat kemahuan yang kita nak capai sebab itulah Allah mendidik kita untuk mengenal erti penat lelah berusaha bagi mencapai kemahuan dalam hidup. Jangan bersedih dengan keperluan yang telah kita ada, tetapi bergembiralah kelak kemahuan yang kita inginkan akan tercapai berkat kesabaran kita. Permulaan Sabar Adalah Pahit, Tapi Manis Akhirnya.

Friday, October 19, 2012

Jangan Lakukan Kesilapan Berulang


Kita selalu dengar orang bercakap “belajarlah dari kesilapan”. Tapi, berapa ramai dari kita yang sememangnya menjadikan kesilapan itu suatu benda yang perlu dipelajari. Berapa ramai yang betul-betul belajar untuk tidak mengulang kesilapan yang pernah kita buat. Berapa ramai pula yang jenis susah nak mengakui kesilapan sendiri. Berapa ramai juga yang tahu dia melakukan kesilapan tapi tak pernah cuba untuk memperbaiki dirinya. Mungkin pernah mencuba tapi tetap melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Kenapa?
Kadang-kadang kesilapan yang kita buat boleh buat kita merana seumur hidup. Mungkin itu akan merubah orang. Tapi kalau kesilapan yang kecil, yang tak mendatangkan kesan buruk, macamana kita nak pastikan kita tak ulangi lagi. Kadang-kadang ada orang suka menuding jari sesenang hati pada orang lain bila dia buat kesilapan. Alasannya, terpengaruh, terikut-ikut dan tiada siapa pun yang marah.

Kenapa mesti nak salahkan orang lain bila sendiri buat silap. Kalau baik, tentu kita tak terpengaruh kalau orang lain buat silap. Ini tidak, orang terjun gaung, kita pun nak ikut juga terjun. Bila luka parah, nak salahkan orang lain. Memang kita manusia. Tak sempurna. Tapi, kenapa kita selalu melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang walaupun kita dah tau kesan dan akibatnya di kemudian hari.

Sedar atau tidak bahawa setiap kesilapan dan setiap kemaafan akan melahirkan sifat sabar dalam diri yang memaafkan.
Kesilapan pertama; dimaafkan
Kesilapan kedua; dimaafkan
Kesilapan ketiga; dimaafkan
Kesilapan;..........
Kesilapan;.......
Kesilapan;....
Kesilapan;...
Kesilapan kini menguji tahap kesabaran setiap dari kita.....
Sesungguhnya amat besar nilai kemaafan dalam setiap kesilapan yang menguji sejauh mana kesabaran diri kita dalam menghadapi pada setiap kesalahan tersebut.

Berbuat kesalahan tidak menjadi aib jika dilakukan sekali sahaja lalu bertaubat setelah itu. Tetapi ia menjadi aib apabila dilakukan dua kali, apatahlagi berkali-kali. Keterlanjuran yang terjadi perlu diusahakan untuk tidak diulangi. Untuk itu mari kita salami kenapa dan bagaimana kita tidak terjebak dalam melakukan kesilapan lagi
1. Apa Yang Harus Kita Pelajari Daripada Kesalahan Yang Pernah Kita Lakukan?

a) Menyedari kesempurnaan hanya milik Allah sehingga menyebabkan kita rendah hati dan tawadhu’di depan Allah. Lalu memahami hikmah mengapa manusia melakukan dosa. Rasulullah bersabda: “Seandainya kamu tidak berbuat dosa, maka aku mengkhuwatirkan akan terjadi padamu sesuatu yang lebih parah daripada dosa, iaitu bangga diri (sombong).”(As-Shahihah: 1382)

b) Dengan kesalahan yang dilakukan, menyebabkan diri kita lebih bijaksana dan santun menghadapi kesalahan orang lain.

c) Menyedari tanpa rahmat dan taufiq daripada Allah SWT, kita tidak akan dapat keluar daripada kancah kemaksiatan, sehingga dia akan sentiasa memperbaiki sikap dan perilakunya agar mendapat limpahan rahmat dan taufiq daripada Allah. “Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali .” [Q.S. Hud, 11:88]

2. Mengapa Kita Mengulang-Ulangi Kesalahan Yang Sama?

a) Seseorang akan mudah mengulang kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan sebagai satu hukuman daripada Allah SWT atas kesalahan yang pernah dilakukannya. Sebahagian ulama’ salaf berkata: “Sesungguhnya di antara hukuman atas keburukan adalah keburukan setelahnya. Sesungguhnya di antara balasan kebaikan adalah kebaikan setelahnya."(Al-Jawabul Kafi: 60) Bermakna, seseorang hamba akan dipermudahkan untuk melakukan kemaksiatan yang kedua sebagai balasan atas kemaksiatannya yang pertama, dan begitulah sebaliknya untuk kebaikan. “Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa.” [Q.S. Asy-Syuura, 42:40]

b) Antara tabiat dosa adalah adanya tarikan antara satu dosa dengan dosa yang lain. Ibnu Qayyim berkata: “Kemaksiatan akan menanamkan kemaksiatan yang sejenisnya, sebahagiannya akan melahirkan sebagian yang lain sehingga sangat sulit bagi seorang hamba untuk meninggalkannya. Apabila seorang hamba melakukan dosa, maka dosa yang akan berkata, “Lakukanlah aku juga.” Apabila ia melakukannya, dosa yang ketiga pula berkata, “Lakukanlah aku juga.” Begitulah seterusnya sehingga kerugian akan belipat kali ganda dan dosa-dosa akan semakin bertambah." (Al-Jawabul Kahfi: 61). Ingat!, Dosa bagaikan magnet yang menarik dosa yang lain untuk dilakukan
c) Dengan berlakunya keterlanjuran, maka syaitan telah mengetahui kelemahan dan celah untuk menggoda dan memperdayainya. Lalu syaitan akan lebih bersemangat untuk menggodanya agar mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali. “Dosa itu mengelilingi hati, tidak ada suatu pandangan melainkan syaitan akan bercita-cita untuk memanfaatkannya." (Ash-Shahihah: 3660)

d) Nafsu syahwat akan menuntut sesuatu yang lebih daripada seseorang yang cuba menuruti sebahagian daripada nafsunya.

e) Tidak ada balasan langsung atas kesilapan yang dilakukan sehingga dia berani untuk terus mengulanginya. Seperti yang berlaku kepada orang musyrik yang terus-menerus mengingkari Al-Quran kerana tiada azab yang diturunkan kepada mereka. Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Ya Allah, jika betul (Al Quran) ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih." [Q.S. Al-Anfal, 8:32]

f) Tidak menyedari bahawa dosa yang dilakukannya adalah suatu dosa. Seseorang perlu belajar untuk mengetahui perbuatan apa yang perlu dilakukan dan yang perlu ditinggalkannya. Seorang ahli hikmah berkata, “Jika engkau tidak tahu bahawa itu dosa, maka itu adalah bencana. Jika engkau tahu bahawa itu adalah dosa namun engkau tetap melakukannya, maka itu adalah bencana yang lebih besar lagi.”

3. Mengapa Kita Tidak Boleh Mengulang-Ulangi Kesalahan Yang Sama

a) Akan menjadi kebiasaan dan sangat sukar untuk ditinggalkan. Ulama’ berkata,“Pandangan adalah awal dari segala kemaksiatan yang menimpa seseorang. Kerana pandangan akan melahirkan lintasan fikiran, lintasan fikiran akan melahirkan idea, idea akan melahirkan keinginan, keinginan akan melahirkan kehendak, kehendak akan menguat menjadi tekad, dan tekad akan menghantarkannya kepada perbuatan dosa, dan perbuatan dosa ini akan menjadikan seseorang itu terbiasa melakukannya sehingga sangat sukar untuk meninggalkannya.”

Jadi, menahan diri tatkala kemaksiatan itu baru sekali dilakukan adalah lebih mudah daripada setelah berkali-kali dilakukan, dan menahan diri akan lebih mudah jika ia masih sekadar sebuah keinginan. Seorang ulama berkata, “ Bersabar untuk menundukkan pandangan jauh lebih mudah daripada bersabar atas penderitaan jiwa yang terjadi setelahnya.” (Al-Jawabul Kahfi: 153-165)

b) Menghantarkan seseorang kepada Suuh Khatimah. Seringkali seseorang mati dalam keadaan melakukan kemaksiatan yang biasa dilakukannya. Seorang ulama berkata,“Barangsiapa terbiasa melakukan sesuatu, dia akan mati di saat melakukan perbuatan tersebut.” (Al-Jawabul Kahfi: 167)

c) Menghitam-legamkan hati sehingga tidak mahu menerima kebenaran. Sabda Rasulullah, “Sesungguhnya seseorang mukmin itu apabila melakukan sesuatu dosa, maka titk hitam muncul di hatinya. Jika dia bertaubat, meninggalkan dosa dan beristighfar, maka hatinya akan kembali bergemerlapan. Jika ia melakukan dosa lagi, maka titik hitam itu bertambah lagi sehingga hatinya tetutup oleh noda hitam yang disebutkan Allah SWT dalam firman-Nya: Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka. [Al-Muthaffifin, 83:14]

d) Dosa-dosa kecil yang berulang-ulang menjadi dosa besar. Dosa besar yang berulang-ulang akan mengakibatkan pelakunya terjerumus kepada kekafiran, kerana telah terbiasa melakukannya dan akhirnya beriktikad bahawa dosa-dosanya itu sesuatu yang halal.

4. Bagaimana Agar Tidak Mengulang-Ulangi Kesalahan Yang Sama?

a) Segera bertaubat untuk memotong mata rantai dosa dan mengiringi perbuatan dosa dengan kebaikan yang akan menghapuskannya. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu berbuat dosa, maka lakukanlah kebaikan (untuk menghapuskannya)”[H.R. Baihaqi]

b) Memperkuat azam untuk memperbaiki diri. Penyebab utama seseorang menjadi lemah di hadapan dosa-dosa adalah ketiadaan atau kelemahan tekad untuk menghindarinya sehingga dengan mudah dia mengulanginya. “Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.”[Q.S. Thaha, 20:115]

c) Mencari lingkungan kodusif untuk memperbaiki diri. Seseorang yang berada dalam lingkungan yang baik akan malu untuk melakukan dosa. Itulah hikimah mengapa seorang yang telah membunuh 100 orang lalu ingin bertaubat dianjurkan untuk berpindah daripada kampung halamannya.
Berusahalah memperbaiki diri kita dengan apa sekali pun kerana kita pun tidak mahu menjadi penghuni neraka. Mungkin cara yang terbaik setiap kali kita nak berbuat dosa letakkan hujung jari kita dipemetik api yang bernyala. Kalau kita masih terasa panasnya maka ada peluang untuk kita tidak meneruskannya.

Beza kepanasan api neraka dan api didunia; (Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam AS dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan unttk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaituZabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma.

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.)

Marilah kita fikirkan dan renungkan apakah kita masih mahu mengulangi kesilapan dan kesalahan. Muga kita dijauh dari godaan syaitan dan nafsu disamping mendekati diri kepada Allah SWT dengan bersujud sekerap yang mungkin, berdoalah agar kita menjadi hambaNya yang taat.

Wednesday, October 17, 2012

Jangan Mudah Berprasangka


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa
selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
"Kenapa doktor ambil masa yang lama untuk datang..??Doktor tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..??Doktor tak ada rasa bertanggungjawab ke..??"
Doktor tersebut tersenyum dan berkata :
" Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap encik bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."
"Bertenang doktor kata..?! kalau anak doktor berada dalam bilik tu sekarang nie, boleh ke doktor bertenang..??kalau anak doktor mati sekarang nie apa yang doktor buat..??kata si ayah dgn marah..
Si doktor tersenyum lagi dan berkata :
" Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci " daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali"..doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik utk anak encik.."
"Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..
Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..Tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..
"Alhamdulillah..anak ecik selamat..!" Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau encik ada sebarang soalan..encik boleh tanya jururawat..!"
"Kenapa doktor-doktor sombong sangat..?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..!"komen si ayah selepas melihat jururawat..
Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
"Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya..dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengkebumian anaknya.."
Pengajaran yang sangat berharga daripada kisah ini, iaitu jangan mudah menghukum atau menilai seseorang.. hati-hatilah dengan sangkaan kita , kerana sangkaan yang buruk dan tidak tepat sudah pasti akan melukakan perasaan individu terbabit.
Akhir Kalam....
¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (
◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ Allahuakhbar♥♥~
"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN PERANTARAAN CERMIN"

Tuesday, October 16, 2012

Pembaziran Tanpa Kita Sedari


Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehinggalah Allah menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27) Allah SWT menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya: "...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1)
Dalam masyarakat Islam kita, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pembaziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum, malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pembaziran masa dan umur. Jika pembaziran dari sudut makan minum tu dapat kita lihat dengan terbuangnya makanan dan minuman ke dalam tong sampah, tetapi pembaziran dari sudut masa dan umur (usia) pula seringkali tidak kira sendiri kerana tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Namun perlu kita fahami bahawa segala nikmat termasuk nikmat masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak akan berganjak dua tapak kali manusia pada hari kiamat sehinggalak dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya kemanakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?" (Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi)

Orang yang mengerti nilai waktu tidak sanggup membiarkan waktunya habis dengan percuma, tetapi dipenuhi dengan amal-amal yang berguna kerana dia sedar waktu itu adalah umurnya. Berlalulah waktu tanpa sebarang pengisian yang baik bererti sia-sialah umurnya itu. Pepatah Arab ada berkata: "Waktu itu sangat berharga, maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga juga."
 10 Perkara yang sering kita bazirkan

1. Ilmu pengetahuan, kita bazirkan dengan tidak mengamalkannya.

2. Amalan kita dibazirkan kerana dilakukan tanpa hadir rasa ikhlas.

3. Kekayaan dibazirkan pada jalan yang sia-sia. Kita gunakan harta, pangkat dan kuasa kita pada jalan yang tidak membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

4. Hati dibazirkan kerana kosong, tidak diisi dengan cinta kepada Allah. Rasa rindu kepada Allah luput. Tiada ketenangan dan kepuasan. Sebaliknya hati itu diisi dengan sesuatu yang lain atau seseorang yang lain.

5. Jasad disia-siakan kerana tidakdigunakan untuk beribadah kepada Allah dan menunaikan kewajipan terhadapNya.

6. Rasa cinta kita bazirkan dengan mencintai mereka yang tidak sepatutnya dan dipenuhi dengan cinta dunia.
7. Masa tidak diisi sebaiknya, seharusnya masa itu digunakan untuk menampung kembali masa yang berlalu dengan melakukan perkara kebaikan.

8. Kebijaksanaan kita diarahkan kepada sesuatu yang membawa keburukan kepada orang lain, bukan untuk disyukuri dan memuhasabah diri.

9. Tenaga kita dibazirkan untuk seseorang yang tidak mendekatkan kita kepada Allah sebaliknya untuk mendapat manfaat dunia.

10. Zikir kita menjadi sia-sia kerana tidak membentuk diri kita malah tidak memberi kesan pada hati.

Rasulullah SAW sendiri menasihati umatnya agar meninggalkan apa yang tidak berfaedah bagi kehidupan dunia dan agamanya sama ada berupa perkataan yang sia-sia atau perbuatan yang tiada manfaat yang hanya menghabiskan masa dan umur dengan percuma. Sabda baginda daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud,“Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya” (H.R al-Tirmizi).
Justeru, perjalanan hidup Rasulullah SAW dan para sahabat baginda adalah teladan yang terbaik untuk diikuti merangkumi hal-hal pengurusan kenegaraan, perniagaan, ekonomi, peperangan, hal ehwal rumahtangga dan kekeluargaan. Kesemuanya itu baginda uruskan dengan baik tanpa adanya pembaziran. Lantaran itu, wajiblah bagi kita umat Islam menghindarkan diri dari pembaziran sama ada yang melibatkan wang, harta, masa, tenaga, usia dan sebagainya supaya kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang dibenci dan dimurkai Allah. Hargailah segala nikmat kurniaan Allah dengan menggunakannya secara wajar, berhemah, bersyukur, berjimat dan memanfaatkannya ke jalan yang diredhai ALLAH SWT.

Belajar Menghargai


Bayangkan perasaan kita jika melihat situasi berikut;

1. Orang cacat yang memimpin sicacat lain menaiki denagn menaiki kerusi roda.

2. Ibu yang mengandung, memangku seorang lagi anak yang dalam kelaparan sementara tiada ada makanan yang dapat disuap atau dimakan.

3. Orang yang amat tua memikul bebanan dengan tangannya yang terketar ketar


Zahirkan reaksi kita apabila menatap gambar berikut;

1. Orang yang tiada kedua-dua belah kaki gembira dapat berjalan menggunakan motosikal

2. Dua lanak-kanak miskin di Afrika melalui kehidupannya yang perit akibat kebuluran makanan

3. Seorang yang hilang satu anggota kaki sedang belajar dikawasan runtuhan rumah mereka kesan gempa bumi.


Apakah pengajaran dapat diambil daripada keadaan-keadaan diatas tadi;
1. Keluar dari dunia sendiri dan lihat dunia luar, dengan ini kita akan menghargai kehidupan dan lebih mudah menghulurkan khidmat bakti kepada orang lain.
2. Saat kita mengeluh, malas dan jemu melakukan kebaikan, rupa-rupanya ramai lagi yang tercari-cari ruang menabur budi dan jasa untuk mereka yang kurang bernasib baik
3. Selagi ada tenaga untuk melakukan kebaikan, lakukannya tanpa henti kerana pada suatu masa yang tidak terduga, saat ditimpa musibah, belum tentu ada kudart untuk melakukan kebaikan
4. Melakukan kebaikan tanpa henti umpama menyapu lantai yang berada diluar rumah; sentiasa ada debu dan kotoran. Begitu juga dengan hati kita, jika yang tidak baik seperti ego, angkuh, tidak bersyukur dan tiada sifat kemanusiaan akan terbinasecara perlahan-lahan.

Perjalanan Hidup Manusia - lalui sebaik mungkin.

Monday, October 15, 2012

Menuju Syurga Melalui 7 Lapisan Langit


Satu kisah pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat bernama Mu'az bin Jabal. Beliau mempunyai keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar dan berdedikasi. Allah mengurniakan kepadanya kepandaian berbahasa serta tutur kata yang indah. Dipendekkan cerita, pada waktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Mu'az sentiasa berada bersama Rasulullah sehingga dia dapat memahami al-Qur'an dan syariat-syariat Islam dengan baik. Sehingga akhirnya Mu'az muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang al-Qur'an dari kalangan para sahabat. Mu'az juga merupakan salah satu dari enam orang yang mengumpulkan al-Qur'an pada zaman Rasulullah. Maka, diriwayatkan kisah Mu'az bin Jabal bersama Rasulullah SAW tentang Israk dan Mikraj:
Apabila nyawa seorang manusia dicabut oleh Malaikat Maut dengan ketentuan dan perintah Allah SWT, maka segala amalan soleh akan diangkat ke langit, dan dinilai oleh Malaikat sehingga melepasi tingkat-tingkat langit. Nilaian tersebut adalah seperti berikut:

Lapisan Langit Pertama; MENGUMPAT.
Amalan soleh dinilai dari nilai-nilai GHIBAH atau MENGUMPAT. Adakah pernah selama hidup kita, kita mengumpat? Mengumpat pada saudara sendiri, orang sekeliling, pada binatang pun. Semua yang menjadi makhluk Allah SWT, pernah tak kita umpat mereka? Mengumpat; bererti berkata-kata sesuatu yang barangkali mereka yang diumpat itu tidak suka jika dia ketahui apa yang dah katakan. Mengumpat juga bererti mempersoalkan apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT pada seseorang. Bukankah kalau kita berkata: 'Erm, dia tu memang. Kuat tidur, sebab tu badan besar.", ini seolah mempersoalkan kenapa orang tu badannya besar, sedangkan itu kejadian Allah SWT. Memang, kekhilafan manusia dijadikan alasan kenapa kita terjerumus dalam maksiat mengumpat ni. Tapi, beranikah kita berdepan dengan perhitungan Allah SWT di akhirat kelak. Jika kita masih bersenang lenang dan berasa bangga dengan perbuatan mengumpat itu, tidak mustahil itu adalah tanda Allah menjarakkan kita dengan rahmat-Nya untuk merasai nikmat iman dengan merasa bersalah pada dosa yang dah dilakukan. Jika kita ada merasai gelisah, tersedar atau terdetik sesal di hati, Alhamdulillah cepat-cepat ucapkan istiqfar, bahawasanya, Dialah yang berkuasa membolak-balik hati kita, menyedarkan kita dari bisikan syaitan. Namun, mengumpat tu kita kena selesaikan juga dengan orang yang kita umpat. Soal diri sendiri; 'sanggup tak nak berdepan dengan orang yang kita umpat dan mengaku kesalahan kita tu?' atau 'sanggup tak kita nak berdepan Allah untuk kita perhitungkan nilai amalan kita tu?'. Fahamkan, apa maksudnya???
Lapisan Langit Kedua; Beramal kerana DUNIA.
Melepasi Lapisan Langit Pertama, Langit Kedua, Malaikat kan menilai amalan kita dari nilai-nilai matlamat DUNIA. Apa saja yang kita buat, matlamat tu kita kena tahu, malah kita kena sedar. Sifat manusia adalah pelupa. Nak-nak lagi dalam cabaran dunia akhir zaman. Cabaran penipuan hasutan syaitan sangat merbahaya. Adakala, kebiasaan kita menjalani hidup dan pendedahan kita dengan hakikat hidup yang tak dikaitkan dengan Allah SWT, tidak mustahil boleh menyebabkan hati kita tak pernah sedar, tak pernah tahu pun yang kita beramal tu bermatlamatkan DUNIA. Allah SWT kan dah berjanji, setiap amalan yang kita niatkan selain dari-Nya, tuntutlah balasan dari apa/mereka yang kita niatkan. Contoh; kita suka orang tu sebab dia baik dan suka tolong dia sebab nak tunjuk kita baik. Amalan tu dah sangat baik, tapi balasan dari Allah tak ada. Sebab Allah kan suruh kita minta dan tuntut balasan dari apa yang kita niatkan iaitu dari kawan kita tu. Faham kan?? Sama saja dalam hal-hal lain. Bekerja, belajar, buat kebajikan. Cuba nilai semula apa tujuannya?? Kalau nak lepas Lapisan Langit Kedua ni, berusahalah untuk sentiasa teguh dengan niat Lillahitaala. Tersalah letak matlamat kadang-kadang bukan menjadi penutup segala usaha untuk membetulkan niat. Itu tanda Allah nak uji supaya kita sentiasa bergantung harap dengan-Nya. Indah bukan??
Lapisan Langit Ketiga; SOMBONG.
Selesai penilaian Lapisan Langit Kedua, bergerak pula ke Lapisan Langit Ketiga. Bertambah lagi debaran. Lepas ke tak ni?? InsyaAllah kalau kita dijauhi daripada sifat SOMBONG atau BANGGA DIRI, tak da masalah. Oleh kerana, syaitan tu dah bersumpah akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s. Jadi, dia akan cuba sedaya upaya, sehalus mungkin dengan perancangan jahatnya yang adakala kita tak sedar pun itu satu bentuk hasutan syaitan. Jika kita tak berpegang dengan Tauhid Allah, tak amalkan apa yang disyariatkan Allah dan tak berakhlak mulia, mudah kita tertipu dengan agenda syaitan tadi. Orang selalu cakap dunia ini selalu menipu, buat apa nak sombong. Sebenarnya dunia ini milik Allah, dia tak pernah nak bantah pun perintah Allah, apatah lagi nak menipu. Jadi yang menipu tu syaitan. Sombong, bangga diri. Sifat yang terang-terang kelihatan. Contoh; seorang ternama dan ramai pula sukakannya. Apabila dah popular dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah, sifat sombong dan bangga diri pun terserlah. Maka, mulalah timbul rasa bangga pada diri. Beringatlah wahai hati, sifat SOMBONG itu kan ciri-ciri syaitan laknatullah. Sombongnya dia melawan perintah Allah hanya kerana dia diciptakan dari api. Jangan melawan TUAN kerana SOMBONG itu adalah hak mutlak Allah. Buktinya, banyak ayat-ayat al-Qur'an; 'Akulah yang berkuasa" dan sebagainya. Jangan pula cakap; 'Akulah yang paling popular!'. Pendek kata jangan sombong. Orang yang menolak ayat-ayat kebenaran Allah SWT juga adalah orang yang sombong. Sama-sama kita mohon perlindungan Allah SWT.
Lapisan Langit Keempat; UJUB.
Setelah berjaya melawan sifat sombong dan bangga diri, amalan soleh itu berjaya diangkat ke Lapisan Langit Keempat. Malaikat akan menilai unsur-unsur UJUB. Sifat inilah paling merbahaya. Bila kita tahu akan sifat-sifat sombong yang jelas kelihatan dan sekaligus menampakkan kerendahan akhlaknya terhadap nikmat yang Allah SWT berikan padanya. Jadi, kita perlu mahu berakhlak baik dan berusaha tidak sombong dengan apa yang kita ada. Namun, syaitan tetap memainkan peranannya dalam merosakkan akhlak anak cucu Adam a.s. Lalu dia bisikkan dalam hati; 'Cantik juga ya kalau kenakan tudung ni. Saya tak sombong, saya cuma mahu kelihatan cantik. Nanti pasti orang sukakan saya'. Tahukah kita bahawa, perlakuan itu bukan lagi sombong tapi ia adalah sifat ujub. Ia wujud diam-diam dalam hati. Ujub adalah sifat keji yang sangat halus. Berbeza dengan sombong tadi. Sifat ujub tidak terang-terang kelihatan seperti sifat sombong. Jadi, nampak macam baik sikit dari sombong. Tapi, sifat inilah yang menjadi punca penyakit hati. Bahayanya kerana orang tak tahu, kalau orang tahu, senang orang nak tegur, perli, kritik atau apa saja. Sehingga akhirnya, tuan punya badan pun tak tahu yang itu adalah penyakit ujub. Subhanallah. Macamana ciri-ciri sifat ini ya? Cirinya, kita berasa hairan diri. Kita hairan yang kita boleh buat, kita hairan dengan apa yang kita ada. Ada juga halnya yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan orang lain. Contoh yang paling ketara kita boleh lihat pada penggunaan facebook. Rata-rata ustaz, ustazah dan ilmuan juga pendakwah sudah pun mengeluarkan kenyataan teguran dan pesanan kepada pengguna facebook. Pesanan supaya tidak mengeluarkan dan menayangkan gambar-gambar 'cantik' mereka di facebook. Sungguh! Memang tak ada sifat sombong, yang terang ada tertulis komen pada photo tersebut. Tapi, komen-komen mesra tuan photo bersama teman-teman (lebih-lebih lagi berlainan jantina) sedikit sebanyak menyumbang kepada timbulkan perasaan UJUB ini. Ia terlalu subjektif dan halus untuk dibuktikan. Anda nilailah sendiri. Bagaimana pula kita yang menjadi penyumbang yang menyebabkan orang lain pulak berasa hairan pada dirinya sendiri?? Fikir-fikirkan.
Lapisan Langit Kelima; HASAD DENGKI.
Baiklah, apabila amalan soleh itu bebas daripada sifat ujub, Malaikat di Lapisan Langit Kelima ini akan menilai amalan soleh tadi dari sifat HASAD dan DENGKI. Hasad dengki adalah perasaan khianat seorang kepada orang lain dan berusaha untuk mehilangkan nikmat itu daripada orang yang dikhianatinya. Contoh; Kita belajar berkumpulan dalam satu kelas. Apabila ada kawan kita melebihi kita, kita mula merasa tidak senang dengan kelebihan itu. Bukan takat tak senang, fikir pula bagaimana nak buat orang itu jatuh. Orang yang berhasad dengki ini terang-terang dah kalah dengan hasutan syaitan. Dan kita fikir perkara yang memulakan seorang itu boleh timbulnya hasad dengki adalah daripada perasaan syak wasangka atau bersangka buruk pada seseorang atau sesuatu. Ia diibaratkan anai-anai yang makan kayu. Diam-diam, habis roboh rumah.

Ada satu kisah, dalam sebuah majlis ilmu, ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama para sahabat, tiba-tiba baginda berkata,"Wahai para sahabatku, sebentar lagi akan datang seorang ahli syurga." Telah diyakini kata-kata Rasulullah adalah wahyu Allah, dan benar lagi dibenarkan. Maka para sahabat tertanya dan tertunggu-tunggu siapakah ahli syurga itu. Kemudian datanglah Sa'ad bin Abi Waqash, pemuda yang dimaksudkan oleh Baginda. Maka, lahirlah perasaan 'cemburu' dan ingin tahu seorang sahabat ini. Kenapa Rasulullah mengatakan pemuda itu adalah ahli syurga? Apakah amalannya? Maka dia pun mohon izin untuk bermalam di rumah Sa'ad bin Abi Waqash. Apa yang dilihat oleh sahabat ini adalah Sa'ad bin Abi Waqash tidak mempunyai ibadah istimewa yang dilakukannya. Yang ada cuma, ibadah yang wajib sahaja, solat malam pun tak ada. Lalu sahabat pun bertanya kepada Sa'ad bin Abi Waqash. Maka, beliau pun berkata, "Mungkin yang menjadikan aku sebagai ahli syurga seperti yang dikatakan oleh Rasulullah kerana aku tak pernah sedikit pun hasad dengki bahkan tiada niat untuk hasad dengki. Setiap malam aku akan memaafkan kesalahan semua orang sebelum aku tidur." Bermakna, tak ada pun waktu yang dia nak bersangka buruk pada orang lain. Seronokkan?
Lapisan Langit Keenam; TIADA BELAS KASIHAN pada orang lain.
Amalan soleh itu suci bersih daripada sifat hasad dengki, terus melepasi ke Lapisan Langit Keenam. Pada lapisan ini, Malaikat akan menilai amalan soleh dari nilai BELAS KASIHAN. Jika amalan itu tiada belas kasihan, maka tiadalah sifat kasih sayang pada orang lain. Hatta pada binatang juga. Maka berlakulah zalim mengzalimi. Macamana amalan soleh itu dapat melepasi 5 lapisan yang dinilai bermacam-macam nilai mazmumah tadi, tidak mengumpat, tidak sombong, tidak ujub apatah lagi tidak berhasad dengki. Tapi, apabila sampai pada lapisan keenam ini amalan yang dibawa itu tiada sifat belas kasihan. Pelikkan? Inilah keindahan Islam. Islam yang syumul. Sebagai contoh; beribadat, bermujahadah melawan nafsu, berpuasa sepanjang tahun, solat sepanjang malam dan siang, zuhud, qana'ah dan macam-macam lagi. Tapi, apabila seseorang alim ini cuma kisahkan tentang hidup dan amalannya saja. Sebenarnya, dia sudah terlepas dari sifat belas kasihan ini. Berusahalah dia untuk sentiasa jadi baik, maka bermujahadahlah dia melawan nafsu sendirian. Pada masa yang sama, dia tidak hiraukan masalah orang lain disekelilingnya, ahli keluarganya yang barangkali tak pernah ada peluang nak berusaha atau nak ada ilmu untuk bermujahadah lawan nafsu 'dunia'. Bukahkan ini zalim namanya? Maka, kalau inilah caranya nak melawan segala sifat-sifat mazmumah yang di atas-atas tadi, amalan soleh itu tidak akan berjaya sampai ke Lapisan Langit yang terakhir. Alangkah ruginya.
Lapisan Langit Ketujuh; KEMAHSYURAN.
Berjaya melawan segala bentuk cabaran untuk melepasi Lapisan Langit Terakhir. Tak mengumpat, tak sombong, tak ujub, tak hasad, tak matlamatkan dunia, dan penuh belas kasihan dan kasih sayang, akhirnya amalan soleh dinilai oleh malaikat dari nilai-nilai KEMAHSYURAN. Apakah ini? RIAK! Ini pun masalah yang cukup besar. Kalau tadi ujub tersembunyi dalam hati, nampak baik. Tapi riak pulak lain caranya. Semua sudah cukup, sempurna! Tetapi, menyedari akan kasih sayang Allah itu meliputi segala bentuk nikmat-Nya. Kaya dan miskin. Senang dan susah. Payah dan mudah. Maka, nak jadi baik, IKHLAS kerana Allah SWT, tak semudah seperti yang dibicarakan. Amalan soleh.. Adakah masih ada sifat riak padanya? Sesungguhnya manusia itu tidak pernah lepas dari bisikan syaitan kecuali dengan pertolongan Allah. Seperti yang diceritakan, Nabi Adam a.s. ketika dia diturunkan dari syurga ke bumi juga kerana kelalainya pada Allah dan kalah dengan bisikan syaitan. Syaitan cuba membisikan 'cerita yang baik' sebagai hasutannya yang paling halus. "Tuhan kamu tidak melarangmu daripada mendekati pohon ini melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau menjadi orang yang kekal (dalam syurga). Dan dia (iblis) bersumpah kepada keduanya, "sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang memberi nasihat." (Al-A'raaf:20-12)
Sedangkan Nabi Adam a.s di dalam syurga Allah takdirkan terpedaya dengan hasutan syaitan, apatah lagi kita ini manusia biasa. Mampukah kita bertahan dan berjuang memelihara segala amalan soleh daripada diketahui ramai sehingga boleh menimbulkan riak? Jangan bersedih. Allah kan ada. Kembali berharap kepada Allah dan yakinlah dengan Rasulullah SAW.
Setelah amalan soleh berjaya melepasi ketujuh-tujuh lapisan langit tersebut, ia diiringi oleh ribuan malaikat pergi menghadap Allah SWT. Amalan soleh itulah adalah terbaik kerana berjaya melepasi kesemua lapisan langit, namun kebaikan pada amalan tersebut akan tetap dinilai oleh Allah SWT kerana Dia lebih mengetahui. Maka Allah akan menilai amalan soleh tu dilakukan adalah benar-benar IKHLAS demi Allah. Setelah benar-benar dilakukan IKHLAS kerana Allah SWT dan dengan Rahmat-Nya, akhirnya Allah mengizinkan pahala diberi dan dimasukkan ke dalam syurga. Alhamdulillah.. ..Ehsan BPR

Friday, October 5, 2012

Hak Ibu Bapa dan Hak Anak


Ibu Abbas RA. ketika mengertikan ayat: Wa qhadho rabbuka alla ta buda illa iyyaahu, wabil walidaini ihsana, imma yablughanna indakal kibara ahaduhuma au kilahuma fala taqul lahuma uf wala tanharhuma waqul lahuma qoulan karima. (Surah Al Isra ayat 23) Tuhanmu telah menyuruh supaya kamu jangan menyembah (mengesakan) selain padaNya. Dan terhadap kedua ibu bapa harus berbakti (taat dan baik) apabila telah tua salah satunya atau keduanya disisimu, maka jangan menunjukkan sikat atau sikap jemu atau berkata: Cih, kepada keduanya, umpama jika kau sampai membuang kencing atau najis ibu atau bapa, maka jangan kau tutup hidungmu dan jangan muram mukamu sebab keduanya telah mengerjakan semua itu dimasa kecilmu, dan jangan membentak keduanya dan berkatalah dengan lemah lembut, sopan santun, ramah tamah dan hormat.
Ibu Abbas RA ketika mengertikan ayat : Wakh fidh lahuma janahadzdzulli minarrahmati, waqul Robbir hamhuma kama robbayani shorghira. (Surah Al Isra ayat 24) Dan rendahkan dirimu kepada keduanya serendah-rendahnya dan doakan keduanya: "Ya Tuhan, Kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku dimasa kecil.

Mengenai kewajipan terhadap keduanya dimasa hidup hingga mati, dengan selalu mendoakan untuk keduanya sesudah matinya. Seorang ulama tabi'in berkata: "Siapa yang mendoakan kedua ibu bapanya tiap hari lima kali bererti telah menunaikan kewajipabnya terhadap kedua ibu bapanya." SebabAllah SWT berfirman: "An usy kurli wali walidaika, ilayyal mashir. "Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepadaKu kau akan kembali.

Bersyukur kepada Allah SWT dan mengerjakan sembahyang lima waktu tiap hari, maka syukur terhadap ibu bapa juga harus lima kali tiap hari. Firman Allah SWT: "Robbukum a'lamu bima fi nufusikum in takunu shalihina fa innahu kana lil awwabina ghafura.: "Tuhanmu lebih mengetahui apa yang didalam hatimu, jika kamu benar-benar baik (solih) maka sesungguhnya Tuhan itu terhadap orang yang salah lalu kembali taubat, ia maha pengampun. (Surah Ali-Isra ayat 25)
Hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibu dan ayah ada sepuluh iaitu:
·Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan
·Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah SAW ketika menerangkan ayat: "Wa sha hib huma fiddunnya ma'rufa.: "Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.
·Jika berhajat bantuan harus dibantu
·Menyambut panggilannya
·Mentaati semua perintahnya asalakn tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang)
·Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan
·Tidak boleh memanggil nama kecilnya (Jambal/ gelaran)
·Jika berjalan harus dibelakangnya
·Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri
·Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah SWT dan rahmatNya Sebagaimana doa Nabi Nuh AS dan Nabi Ibrahim AS.: "Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu'minati yauma yaqumul hisab: "Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat. Seorang sahabat berkata: "Tidak suka mendoakan kedua orang tua itu mungkin menyebabkan kesulitan penghidupan anak." "Dan apakah mungkin memuaskan orang tua yang telah mati?" beliau ditanya. Jawabnya: " Ya, dengan tiga macam iaitu:
·Dia sendiri menjadi orang soleh sebab menyenangkan kedua orang tuanya
·Menghubungi keluarga dan sahabat-sahabat kedua orang tuanya
·Membaca istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua orang tuanya itu. Al-Ala' bin Abdirrahman dari ayahnya dari Abuhurairah RA berkata Nabi Muhammad SAW bersabda: " Jika mati anak Adam putus (terhenti) semua amal perbuatan (kegiatannya), kecuali tiga macam iaitu:
·Sedekah jariah yang berjalan terus (wakaf-wakarnya)
·Ilmu yang berguna (yang diajarkan sehingga orang-orang melakukan ajarannya)
·Anak yang soleh yang selalu mendoakan pengampunan untuknya.
Nabi Muhammad SAW bersabda: " Jangan memutus hubungan pada orang yang dahulu kawan baik pada orang tuamu, nescaya akan padam nur cahayamu." Seorang dari suku Bani Saliman datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: "Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada jalan untuk berbakti pada keduanya sesudah mati itu?" Jawab Nabi muhammad SAW : "Ya, membaca istighfar untuk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungi keluarga dari keduanya."

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah RA berkata Nabi Muhammad SAW bersabda: "Hak anak yang harus dilaksanakan oleh orang tua ada tiga iaitu:
1.Memilihkan nama yang baik ketika lahir
2.Mengajari kitab Allah SWT (Memberi didikan agama)
3.Harus dikahwinkan jika telah dewasa (jangan sampai tergoda sehingga berlacur)

Seorang datang kepada Umar RA berkata: "Puteraku ini durhaka kepadaku." Maka datang Umar RA berkata kepada anak lelaki itu: "Apakah kau tidak takut kepada Allah SWT? Engkau telah berbuat durhaka terhadap ayahmu, engkau tahu kewajipan anak untuk orang tuanya ......(begini dan begitu). Lalu anak itu bertanya: "Ya Amirul mu'minin, apakah anak itu tidak berhak terhadap ayahnya?" Jawab Umar: "Ada hak yakni harus memilihkan ibu yang bangsawan, jangan sampai tercela kerana ibunya, harus memberi nama yang baik, harus mengajari kitab Allah SWT." Maka berkata anak itu: "Demi Allah, dia tidak memilihkan untukku ibuku, dia membeli budak wanita dengan harga 400 dirham dan itu ibuku, dia tidak memberi nama yang baik untukku, saya dinamai kelawar jantan dan saya tidak diajari kitab Allah SWT. walau satu ayat." Maka Umar RA menoleh kepada ayahnya dan berkata: "Engkau telah durhaka kepada anakmu sebelum ia durhaka kepadamu. Pergilah engkau dari sini."
Abul Laits berkata: "Saya telah mendengar ayahku bercerita dari Abu Hafsh Alyaskandi seorang ulama di Samarqand ketika didatangi oleh seorang yang mengeluh kerana dipukul oleh anaknya hingga sakit. Abu Hafsh berkata: Subhanallah, apakah ada anak yang memukul ayahnya?" Jawab lelaki itu: "Benar, saya dipukul hingga sakit." lalu ditanya: "Apakah kau tidak mendidik anakmu dengan adap dan sopan?" Jawab lelaki itu: "Tidak." "Apakah sudah diajari al-quran?" ditanya lagi. Jawab lelaki itu: "Tidak." "Lalu apakah pekerjaan anak mu itu?" "Anak ku itu bertani." Jawab lelaki itu. Abi Hafsh berkata: "Engkau tahu mengapakah dia memukul engkau?" Jawabnya: "Tidak." Abu Hafsh berkata: "Mungkin ketika ia sedang diatas himar menuju kesawah ladang menyanyi dan bersiul sedang dikanan kirinya kerbau dan lembu dan dibelakangnya anjing, tiba-tiba engkau menegur padanya, kerana ia mengira engkau itu lembu sedang mengganggu maka ia memukul engkau, sungguh beruntung dan ucapkan Alhamdulillah kerana ia tidak memukul kepalamu."

Tsabit Albunani berkata: "Ada seorang memukul ayahnya disuatu tempat dan ketika anak itu ditegur orang-orang: Mengapakah sedemikian? Jawabnya: "Biarlah ia kerana saya dahulu telah memukul ayahku ditempat ini, maka kini aku dibalas anakku memukul aku ditempat ini, semoga ini menjadi tebusan itu dan ia tidak dapat disalahkan."

Ahli Hikmah berkata: "Siapa durhaka terhadap kedua ibu bapanya, maka tidak terasa kesenangan dari anaknya. Dan siapa tidak musyuarat dalam urusan-urusannya tidak tercapai hajatnya dan siapa yang tidak mengalah kepada keluarganya (isterinya) maka akan hilang kesenangan hidupnya.

Asysya'bi meriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah akan merahmati kepada ayah yang membantu anaknya untuk berbakti taat kepadanya, yakni tidak menyuruh sesuatu yang dikhuatiri anak itu tidak dapat melaksanakannya."

Alfudhail bin Iyadh berkata: "Orang yang sempurna kemanusiaannya iaitu yang taat kepada kedua ayah ibunya, dan menghubungi kerabatnya dan hormat pada kawan-kawannya dan baik budinya kepada keluarga dan anak-anaknya serta pelayan-pelayannya dan menjaga agamanya dan memperbaiki harta kekayaannya dan menyedekahkan kelebihan hartanya dan memelihara lidahnya dan tetap tinggal dirumahnya (yakni tekun dalam ibadat kepada Tuhannya) dan amal pekerjaannya dan tidak berkumpul dengan orang-orang yang suka membicarakan hal orang lain."
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Empat macam sebagai syarat kebahagiaan seseorang iaitu jika isterinya solihah, anak-anaknya taat, kawan-kawannya orang-orang yang soleh dan penghasilan rezekinya didalam negerinya."

Yazid Arraqqasyi meriwayatkan dari Anas RA berkata: "Tujuh macam yang dapat diterima pahala sampai sesudah matinya iaitu:
·Siapa yang membangunkan masjid maka tetap mendapat pahalanya selama ada orang sembahyang didalamnya.
·Siapa yang mengalirkan air sungai, selama ada yang minum daripadanya.
·Siapa yang menulis mushaf, ia mendapat pahala selama ada orang yang membacanya.
·Orang yang menggali perigi, selama masih ada orang mempergunakan airnya.
·Siapa yang menanam tanaman, selama dimakan oleh orang atau burung.
·Siapa yang mengajar ilmu yang berguna, selama dikerjakan oleh orang yang mempelajarinya.
·Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mendoakan dan membaca istighfar baginya, yakni jika mendapat anak laludiajari ilmu dan al-quran, maka ayahnya akan mendapat pahalanya selama anak itu melakukan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri, sebaliknya jika dibiasakan berbuat maksiat, fasik maka ia mendapat dosanya tanpa mengurangi dosa orang yang berbuat sendiri.

Sebagaimana riwayat Abuhurairah RA berkata: "Nabi Muhammad SAW bersabda:"Jika telah mati anak Adam maka terhenti amalnya kecuali tiga macam iaitu:
·Sedekah yang berjalan terus, ilmu yang berguna dan diamalkan, anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.