DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Thursday, September 27, 2012

Kaedah Membuat Keputusan


Memiliki berdozen pilihan untuk membuat keputusan belum tentu menjanjikan keputusan yang tepat dan memuaskan hati kerana ada faktor-faktor lain yang menentukan pilihan terbaik. Ramai orang yang membuat keputusan sama ada hendak berkahwin atau meninggalkan pekerjaan sebenarnya telah menghabiskan banyak masa untuk membuat pilihan. Malahan masa menunggu tersebut cukup meresahkan semua orang. Apakah terdapat satu cara untuk membuat keputusan yang baik, diterima dan berkesan? Ada. Cara berkesan untuk membuat keputusan ialah bertanya soalan yang betul. Bertanya soalan-soalan yang relevan, menepati kehendak isu dan bertindak menyelesaikannya dengan pantas.
Tanpa mempelajari bagaimana bertanya soalan yang betul, kita hanya menyibukkan diri dengan isu remeh-temeh yang hanya menambah kekusutan fikiran. Hidup tidak menentu dan matlamat sebenar membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah tidak akan pernah tercapai. Untuk bertanya soalan yang betul, kita mesti tahu bezakan yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak. Apabila kedua-duanya jelas, barulah kita dapat berfikir dengan kritikal dan berusaha menyelesaikan masalah.

Sukarnya membuat keputusan. Begitulah delimanya pemikiran seseorang bagi mencari jalan keluar dari setiap permasalahan yang dihadapinya. Tidak kira kecil atau besar masalah tersebut, membuat keputusan yang betul dan tepat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Samada hasil keputusan itu baik atau sebaliknya, ia bukanlah tujuan tetapi bagaimana membuat keputusan itulah yang merunsingkan. Dalam sesetengah keadaan, setiap orang akan cuba untuk tidak membuat keputusan, menyimpan keringat fikir dan jiwa mereka daripada dikeluarkan. Seseorang yang tidak yakin untuk membuat keputusan akan cuba mengelakkan daripada memikirkan pelbagai cara supaya mereka ini tidak jelas kelihatan membuat perkara yang pelik sewaktu berhadapan dengan permasalahan.

Membuat keputusan boleh ditakrifkan sebagai tindakan memilih daripada pelbagai jalan alternatif. Sifat asalnya yang dinamakan membuat keputusan itu adalah terhasil daripada bebanan soalan-soalan yang diambil daripada berbagai-bagai aspek kehidupan, maka sewajarnya pendekatan yang tidak dapat di elak adalah memerlukan satu jawapan yang perlu untuk diputuskan. Secara sederhana, keberkesanan dalam membuat keputusan itu bukan saja tertumpu kepada proses berfikir seseorang tetapi ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ada padanya perlu dijanakan bersama dalam menilai proses tersebut. Sesuatu keputusan tidak terjadi tanpa sebab tertentu. Keputusan juga mempunyai kematangannya yang tersendiri-kematangannya berbeza-beza mengikut tahap permasalahan yang ditimbulkan..

Setiap hari manusia membuat keputusan. Sekecil-kecil contoh, apabila bangun tidur di awal pagi, seorang pelajar sudah perlu memutuskan sama ada hendak solat subuh berjemaah di masjid atau di rumah dan sama ada menyambung tidur selepas solat atau terus mandi dan bersiap untuk ke kuliah. Keputusan perlu diteruskan lagi untuk memilih samada untuk tidak masuk ke kuliah atau menuju terus ke perpustakaan. Begitulah seterusnya..dalam lapangan kehidupan manusia yang bermacam-macam ragamnya. Ada yang sedang berkonflik untuk membuat keputusan dalam memilih beberapa tawaran belajar atau kerja, yang perlu memutuskan kesediaan untuk berumahtangga, membuat keputusan untuk membeli jenis kereta, memerlukan satu keputusan untuk menjatuhkan hukuman di mahkamah, dan banyak lagi..Sebesar-besar perkara untuk membuat keputusan adalah terletak di bahu seorang penguasa atau pemimpin sesebuah wilayah atau negara yang setiap hasil keputusannya bakal menentukan jatuh bangunnya amanah pemerintahan manusia, aturan dan tapak yang sedang dipikulnya.
Barangkali terdapat banyak kaedah yang dikeluarkan oleh orang pakar bidang dalam membantu masyarakat untuk membuat keputusan. Sama ada berkesan atau sebaliknya, usaha-usaha yang dijalankan mungkin sedikit sebanyak dapat membantu mengeluarkan diri daripada ruang lingkup permasalahan tersebut. Namun, sebesar mana pun usaha yang dilakukan pasti tidak akan terlaksana tanpa seizin dari Allah SWT iaitu berbaliknya para makhluk dalam menyerahkan segala urusan dan keputusan ke hadrat Nya. Bahasa yang sering digunakan seorang Muslim setelah berjaya memutuskan satu keputusan adalah dengan menyebut "Tawakallah". Di ambil daripada perkataan "wakil" iaitu mewakilkan atau menyerahkan Allah dalam setiap inci urusan yang mana manusia tidak lagi mampu menangani atau di luar kemampuan dirinya sendiri. Maka, adalah baik seandainya setiap perkara yang menjurus kepada membuat keputusan itu digunakan juga kaedah yang dekat kepada Islam dalam mengatur cara hidup manusia secara keseluruhannya.

Sebagai usaha untuk dimudahkan dalam solusi membuat keputusan, alim ulama' terdahulu telah mengkaji dan menggariskan satu alternatif (perspektif Islam) iaitu berdasarkan sifat 20 Allah yang pernah disampaikan kepada kita. Sederhananya, sifat-sifat yang wajib bagi Allah merupakan salah satu kaedah atau cara manusia untuk mengenal Penciptanya. Namun, setelah di bahas dan diamalkan hanya di ambil 7 dari sifat-sifat Allah tersebut bagi membantu umat mencapai sesuatu keputusan. Dengan melihat permasalahan secara berhemah dan bijaksana, tujuh sifat Allah yang diamalkan haruslah di praktikkan juga secara tertib (satu per satu) supaya diri dapat di latih tajam dalam membuat sesuatu keputusan.

Hayyun - Di mulakan dengan sifat wajib Allah iaitu hayat @ hayyun yang bererti hidup. Dalam erti kata lain, hidup dalam terjemahannya punya usia, umur atau masa. Kunci setiap permasalahan perlu diletakkan dahulu masa di paling hadapan. Adakah dalam memilih membuat sesuatu itu, masa yang ada mencukupi kerana sifat manusia yang tergesa-gesa akhirnya mengundang keputusan yang disesalkan. Seandainya masa menjadi persoalan, maka sifat-sifat lain tidak lagi ada keperluannya.

Ilmu - Seterusnya adalah mengambil sifat Allah iaitu yang punyai ilmu atau mengetahui. Untuk membuat sesuatu keputusan, perlu diperhalusi adakah sesuatu yang ingin di pilih atau di buat sudah ada pada diri ilmu atau pengetahuan tentangnya. Kekurangan ilmu terhadap sesuatu yang ingin diputuskan, barangkali menyukarkan apatalagi untuk dilaksanakan.

Qudrat - Bermaksud kuasa. Langkah seterusnya perlu menilai kemampuan sama ada pada diri punyai kuasa atau kemahiran terhadap perkara yang ingin dilakukan. Kebanyakkan manusia dalam membuat sesuatu keputusan suka meletakkan nafsu di depan tanpa menimbangkan keupayaan dan kemahiran yang ada pada diri. Maka tidak hairanlah ada di antaranya yang terkandas separuh jalan kerana faktor kelemahan atau hanya sekadar cuba-cuba tanpa mendahulukan untuk belajar mengasah kemahiran yang diperlukan.
Iradat - Allah SWT bersifat berkehendak atau berkemahuan. Maka perlu ada pada seorang manusia menyamai sifat ini dalam proses membuat sesuatu keputusan. Adakah benar memilih sesuatu itu kerana keinginan hati atau sekadar mengikut atau dipengaruhi oleh kata-kata orang di sekeliling. Pertimbangan ini nampaknya seperti mudah, tetapi berapa ramai yang benar-benar dalam dirinya berkeinginan melakukan sesuatu kerana kepentingan peribadinya atau kerana mahukan keredhaan daripada Rabb nya ?

Sam'un - Belajarlah mendengar kerana di situ adakalanya terselit dan tersimpan sebanyaknya huda (petunjuk). Perbahasannya adalah yang perlu didengar ialah perkataan-perkataan yang betul (haq) dan dapat mendatangkan manfaat pada diri, bukan sia-sia atau tidak menguntungkan. Pada peringkat ini, jarang digunapakai orang dalam memutuskan sesuatu kerana lebih suka menjauhkan diri daripada mendengar pandangan orang yang lebih berpengalaman atau punyai keilmuan tentangnya. Setiap pendapat yang di kumpul dan dipertimbangkan akan memudahkan lagi proses membuat sesuatu keputusan.

Basar - Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Melihat. Belajarlah melihat dan memerhati tetapi bukan sekadar memandang.Dengan melihat secara tenang, berlapang dada dan hati yang tulus ikhlas, di situ akan terdapatnya keterangan-keterangan yang nyata dan juga baiyinat (bukti) yang dapat membentuk keyakinan dalam membuat keputusan.

Kalam - Proses terakhir untuk membuat keputusan adalah dengan mengambil sifat Allah yang Maha Berbicara atau berkata-kata. Setelah diteliti dan dipertimbangkan sedalam-dalamnya dengan menggunakan sifat-sifat sebelumnya, maka rengkasnya adalah diterjemahkan dengan kata-kata iaitu sama ada "ya" atau "tidak" dalam memutuskan sesuatu itu. Keyakinan yang jelas dan pasti bahawa keputusan yang diperolehi adalah atas dasar usaha yang juga jelas.
Kaedah membuat keputusan menggunakan sifat-sifat Allah yang tujuh itu ada dikalangan ilmuwan Islam menyebutnya sebagai martabat tujuh. Barang pasti sudah dipraktikkan orang terdahulu dalam mendapatkan sesuatu keputusan melalui petunjuk oleh Allah SWT. Hanya kepada-Nya lah selalu diharapkan curahan rahmat dan rela-Nya, hidayah dan hidayatuttaufiq serta nikmat dan kurnia Nya

Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya. ( al-Baqarah, 2:202 )

Saturday, September 22, 2012

Kejayaan Didunia dan Kejayaan Diakhirat


Apa itu berjaya? Berdasarkan apa yang kita tahu, berjaya ialah keputusan baik yang diperolehi setelah kita berusaha dan bekerja keras. Namun, ada pula istilah "berjaya di dunia" dan "berjaya di akhirat". Macam mana nak berjaya di dunia dan di akhirat dalam masa yang sama? Tidak ada manusia yang celik cara berfikirnya yang tidak mahu berjaya dalam kehidupan, sama ada di dunia ini yang bersifat sementara apatah lagi di akhirat yang kekal abadi. Ia juga adalah hasrat setiap insan walaupun tidak menjadi seorang muslim, kerana kejayaan adalah sesuatu yang manis dalam kehidupan manusia.
Namun kejayaan yang ingin dikecapinya melalui apa saja proses itu perlulah mengikut prosedur dan pantang larang terutama dalam agama Islam, iaitu tidak menyalahi konsep matlamat tidak menghalalkan cara, berapa banyak cara yang dilakukan oleh muslimin untuk meniti sesuatu kejayaan, tetapi ianya tidak memenuhi kriteria matlamat agama, maka ia tidak dikira sebagai kejayaan kerana mengenepikan nilai-nilai agama Islam yang murni itu sendiri. Para ulama yang mewarisi ajaran Nabi Muhammad SAW. banyak meninggalkan kaedah, pendekatan serta cara terbaik untuk seseorang muslimin meniti kejayaan sebenar menurut acuan agama, mereka dianggap sebagai pengamal ajaran-ajaran Islam dan mencontohkannya kepada umum dengan bentuk yang cukup sempurna, jauh dari sebarang penyelewengan, bidah, tahayul dan khurafat, kerana ini semua menggagalkan konsep matlamat tidak menghalalkan cara.

Untuk menjadi seorang manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat, seseorang itu haruslah mempunyai keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan dalam hidup dapat dibahagikan kepada tiga perkara:
1. Keseimbangan dari segi jasmani.
2. Keseimbangan dari segi kebijaksanaan.
3. Keseimbangan dari segi rohani.

Ketiga-tiga perkara yang disebut di atas adalah amat penting dalam membentuk manusia yang seimbang, dan seterusnya berjaya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.

1. Keseimbangan dari segi jasmani.
- Kesihatan adalah satu perkara yang mesti dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana kesihatan adalah tunggak utama kepada keseimbangan hidup yang lain.
- Kesihatan yang baik dapat menjamin otak yang cergas. Otak mengawal semua perbuatan dan perlakuan kita. Kalau otak kita tidak cergas, tentu sahaja perkara-perkara lain yang bersangkut paut dengan kehidupan seharian kita akan turut terjejas.
- Antara langkah memelihara kesihatan diri ialah:
(a) Menjaga waktu tidur.
(i) Tidur adalah amat penting dalam mengembalikan semula tenaga setelah penat bekerja di waktu pagi.
(ii) Masa tidur yang cukup ialah lapan jam sehari. Namun, ianya juga bergantung kepada diri seseorang.
(iii) Tidur pada waktu tengah hari dapat mengembalikan tenaga. Masa yang diperuntukkan, 15 ke 30 minit.
(iv) Dilarang tidur pada waktu syuruk dan maghrib, hal ini akan menyebabkan otak kita menjadi lembab.
(v) Tempoh masa tidur yang berlebihan juga boleh menyebabkan otak kita menjadi lembab.
 (b) Makan makanan yang berkhasiat.
(i) Makan makanan berpandukan piramid makanan.
(ii) Kurangkan/Berhenti makan makanan ringan.
(iii) Jangan makan sehingga terlalu kenyang, kerana hal ini akan menyebabkan kita mudah mengantuk.

(c) Bersenam.
(i) Peruntukkan tiga hari (20 minit setiap hari) dalam seminggu untuk bersenam.
(ii) Boleh juga pergi ke gym.
(iii) Bersukan juga digalakkan. Contohnya, bermain bola sepak, bermain badminton dll.
(iv) Jika anda tidak mempunyai masa untuk ke gym atau untuk bersukan, lakukanlah renggangan.
(v) Banyakkan berjalan. Berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari untuk kekal sihat.

2. Keseimbangan dari segi kebijaksanaan
- Kebijaksanaan seseorang bukanlah terletak pada pangkat yang diterima atau markah tinggi yang diperolehi dalam peperiksaan. Tetapi, kebijaksanaan seseorang diukur melalui cara pemikiran seseorang. Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa berfikir tentang perkara yang berfaedah dan orang yang dapat memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan.
- Antara langkah ke arah kebijaksanaan ialah:
(a) Rajin belajar.
(i) Rajin membaca, rajin bertanya, rajin mengkaji dll.
(ii) Sentiasa berfikir dengan menggunakan kaedah 5W 1H. Baca Tips Untuk Menjadi Pandai
(b) Tidak buang masa.

(c) Menetapkan tujuan belajar adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, bukan untuk mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, bukan untuk mendapatkan pangkat dan bukan untuk bermegah-megah.

3. Keseimbangan dari segi rohani.
- Agama adalah penting bagi setiap manusia kerana agama menentukan tujuan hidup kita di dunia.
- Bagi orang yang beranggapan bahawa "aku kena banyak ibadah dan tinggalkan perkara duniawi", janganlah beranggapan begitu, kerana setiap sesuatu kebaikan yang kita lakukan akan diberikan ganjaran pahala. Nabi Daud dan Nabi Sulaiman rajin beribadah. Dan sebagai sultan, mereka juga tidak terlepas daripada menjaga kerajaan mereka. Nabi Muhammad rajin berdakwah. Namun, Nabi Muhammad juga tidak terlepas daripada menjaga kebajikan rakyat. Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali adalah antara pemimpin yang berwibawa dan mereka juga kuat beribadah.
- Keimanan seseorang tidak boleh dinilai berdasarkan penampilan diri. Antara seorang lelaki yang memakai jubah dan ketayap dengan seorang lelaki yang memakai topi dan seluar jeans, yang mana satu lagi kuat iman? Mesti kebanyakan dari kita akan berfikiran yang berjubah dan berketayap adalah lebih kuat imannya berbanding yang bertopi dan berseluar jeans. Pandangan sebegini mestilah dihapuskan. Hal ini adalah kerana, iman seseorang langsung tidak dapat diukur oleh orang lain. Keimanan seseorang bergantung kepada kedudukan hati batin seseorang dalam mengingati Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu tahap keimanan seseorang.
Hanya amalan yang ikhlas, dilakukan semata-mata kerana mengharapkan redhaNya sahaja yang diterima dan dinilai berjaya oleh Allah SWT. Bukan atas sebab lain. Mari hayati kisah benar yang akan berlaku di akhirat sana.. cukup menginsafkan diri ini.. Abu Hurairah meriwayatkan, ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Manusia pertama yang diadili pada hari Kiamat nanti ialah orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid didatangkan di hadapan Allah. Kemudian ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya.
Allah bertanya, “Apa yang telah kamu lakukan di dunia?”
dia menjawab, “Aku berperang demi membela agamamu.”
Allah berkata, “Kamu bohong. Kamu berperang supaya orang-orang menyebutmu Sang Pemberani.”
Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan pengadilan-Nya.
Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Seorang penuntut ilmu yang mengamalkan ilmunya dan rajin membaca al-Qur’an didatangkan dihadapan Allah. Lalu ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya.
Allah bertanya, “Apa yang telah kamu lakukan di dunia?”
dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengamalkannnya,dan aku membaca al-Qur’an demi mencari redhaMu.”
Allah berkata, “Kamu bohong. Kamu mencari ilmu supaya orang lain menyebutmu orang alim, dan kamu membaca al-Qur’an supaya orang lain menyebutmu orang yang rajin membaca al-Qur’an.”
Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan pengadilan-Nya. Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Selanjutnya, seorang yang memiliki kekayaan dan terkenal kerana kedermawanannya, didatangkan dihadapan Allah. Kemudian ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya.
Allah bertanya, “Apa yang telah kamu lakukan di dunia?”
Dia menjawab, “Semua harta kekayaan yang aku punya tidak aku sukai,kecuali aku sedekah keranaMu.”
Allah berkata, “Kamu bohong. Kamu melakukan itu semua agar orang-orang menyebutmu orang dermawan dan murah hati.”
Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan pengadilan-Nya. Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Abu Hurairah berkata, “Kemudian Rasulullah menepuk pahaku seraya berkata,
“Wahai Abu Hurairah,mereka adalah manusia pertama yang merasakan panasnya api neraka Jahanam di Hari Kiamat nanti.” [HR. Muslim]

Allahuakbar! Mahukah kita termasuk dalam golongan-golongan itu? Jika anda tidak mahu, saya juga tidak mahu. Kita semua tidak mahu. Maka buktikanlah kata ‘tidak mahu’ itu dengan mengikhlaskan segala ‘usaha kita untuk berjaya’ agar tidak rugi di akhirat. Orang yang rugi besar kelak ialah orang yang gagal di akhirat!

Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya(usahanya)?". iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu orang-orang yang telah ingkar terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (ingkar terhadap) pertemuan dengan-Nya, maka terhapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.” Surat Al-Kahf [18:103-105]

Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan keingkaran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok.(Tidak dipedulikan).” Surat Al-Kahf [18:106]
Perhatikan semula ayat itu.. Allah hanya akan redha apabila kita ikhlas mentaati segala perintahNya dengan keyakinan yang sebenar-benarnya. Bagaimana untuk tahu dan taati perintah-perintah Allah dengan ikhlas? Hanya ada satu jawapan. Ambil pedulilah terhadap Al-Quran dan contohilah Rasulullah! Tiada jawapan lain. Hanya orang yang bersungguh-sungguh terhadap Al-Quran sahaja yang akan ikhlas.

Allah telah turunkan Al-Quran sebagai panduan yang terbaik untuk hamba-hambaNya beramal dengan ikhlas. Tapi.. siapa yang peduli Al-Quran? Siapa yang serius dengan Al-Quran? Siapa yang berusaha memahami dan beramal dengannya? Pandang atas, bawah, kanan, kiri dan sekeliling kita. Di mana Al-Quran kita? Adakah ia masih disimpan kemas di atas rak tanpa difahami dengan bersungguh-sungguh? Jika ya, berubahlah.. bergeraklah.. pedulikanlah Al-Quran! Jangan sampai kita menyesal dengan sesesal-sesalnya kerana gagal berjaya di akhirat.. Marilah kita rangkumi kejayaan kita melalui kejayaan didunia seiring dengan kejayaan kita diakhirat

Tuesday, September 18, 2012

Menilai Kasih Sayang


Imam Muslim meriwayatkan melalui jalur sahabat yang mulia Abu Hurairah RA., berliau berkata bahawa Nabi SAW. pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya, Allah memilik 100 rahmat. Diturunkan satu rahmat dari-Nya kepada jin, manusia, binatang ternakan dan binatang yang berbisa. Maka dengannya mereka saling berbelas kasihan dan saling merahmati. Dengannya juga binatang buas mengasihi anaknya. Allah SWT. mengakhirkan (menangguhkan) 99 rahmat (berbaki) untuk Dia merahmati hamba-Nya dengan rahmat itu pada hari Kiamat"
Subhanallah, tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Allah memberikan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa sahaja tanpa meminta sedikit pun balasan dan kepentingan. Berbeza dengan makhluk yang memberikan kasih dan sayang kerana ingin mendapat pulangan kasih yang diharapkan. Manusia memberikan kasih kepada manusia lain agar turut dikasihi. Begitu juga kasih kepada haiwan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi"

Itulah kasih sayang makhluk yang mempunyai sempadan, had, dan harapan disebaliknya. Kasih Allah SWT tidak bertepi dan bersempadan. Bahkan tidak setara seperti kasihnya Ibu kepada anaknya. Rahmat dan kasih sayang Allah SWT. amat luas. Tiada sesiapa yang mampu memberi kasih sayang seumpama Allah kepada makhluk-Nya. Kasih sayang Allah yang begitu luas dapat kita lihat dengan berterusannya nikmat dan kurniaan Allah kepada hamba-Nya walaupun mereka melakukan sebesar-besar dosa dan maksiat. Orang kafir yang ingkar di dunia tetap hidup senang lenang dengan kemewahan dunia yang sementara. Itu juga adalah rahmat Allah. Orang islam pula turut mendapat kesenangan di dunia walaupun bergelumang dengan maksiat. Itu juga adalah kasih sayang Allah SWT.

Makhluk yang mendapat kesenangan di dunia bukanlah menjadi ukuran bahawa mereka sahaja yang mendapat rahmat Allah. Manakala orang yang hidupnya susah di dunia, bukanlah bermakna Allah SWT. tidak mengasihi mereka. Tidakkah para Nabi dan Rasul adalah kekasih Allah SWT? Mereka semua menghadapi kesusahan dan cabaran dalam perjalanan hidup mereka, namun merekalah yang paling banyak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah sehingga menjadi kekasih-Nya.

Kadangkala ujian dan cabaran hidup merupakan tanda kasih sayang Allah secara hakikatnya, walaupun tidak pada zahir. Apabila kita diuji, kita menjadi calon ahli yang mendapat kebaikan daripada Allah SWT. sebagaimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud: "Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan kepadanya, dia akan diuji daripada-Nya"

Kadangkala apabila situasi kita diuji dan sempit dengan masalah, pengharapan kepada Allah amatlah tinggi dan menebal di dalam hati kita. Sebenarnya, secara tidak sedar, kita melalui proses untuk menjadi orang yang beriman yang sebenar, kerana orang yang beriman akan diuji oleh Allah SWT. Maka menjadi pilihan Allah untuk menjadikan kita dekat kepada-Nya sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita.
Itulah murni dan luasnya kasih sayang Allah kepada hambanya. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa nikmat kehidupan yang Allah kurniakan kepada kita sudah terlalu banyak, dan kadang-kadang kita lupa untuk mensyukuri-Nya. Biarlah kita azab di dunia yang penuh sengsara tetapi kita bersenang lenang di syurga yang kekal selamanya. Jangan lupa bahawa, hamba Allah yang bertaqwa, nikmat Allah di hari yang dijanjikan itu mengatasi segala-galanya.

Hidup kita ini harus diuji. Tidak semestinya sentiasa dikelilingi dengan berita gembira semata-mata kerana adakalanya gembira itu akan ditenggelami dengan ujian yang ada. Jadi. ketika ini fitrah insan itu bermula, mencari satu cahaya, mencari satu jalan yang terang. Menjaga hubungan dengan Maha Pencipta, Allah SWT. Mula berkira-berkira sekiranya ada "lost contact" di situ. 24 jam tidak pernah lupa untuk mengingatiNya dan memohon pertolonganNya. Juga mencari kesilapan yang ada ketika mana berhubungan sesama insan. Mula merenung diri, memohon kemaafan dan sebagainya.

Tahukah kita, bahawa dalam menyelesaikan urusan seharian menjaga hubungan dengan Allah SWT dan sesama insan adalah penting dan akan mempengaruhi keberkatan dalam kehidupan kita. Contohnya, kadang-kadang kita fikir kita sudah cuba yang terbaik dalam sesuatu perkara, tetapi misi kita hampir gagal. Dan di situlah kita harus lihat diri kita sama ada "lost contact" ataupun tidak.

Sebab itu, dalam amalan seharian kita sama ada berbentuk keduniaan, janganlah melupakan pada Yang Maha Esa. Biarkan hati kita sentiasa mengingatiNya walaupun tangan dan akal kita bekerja untuk dunia. "Ya Allah, izinkan aku mencintaiMu melebihi segala yang ada di dalam dunia ini, Izinkan aku mencintai orang yang mencintaiMu, Izinkan aku mencintai segala perkara yang menjuruskan aku untuk mencintaiMu."
Sebelum berakhir, hayatilah satu kisah yang pernah terjadi pada zaman Rasulullah: Seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikiran untuk mencari anaknya yang telah hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak di dalam tempat tawanan tersebut, dia akan menimang kanak-kanak tersebut dan menyusukannya. Melihat betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada para sahabat: "Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?" Jawab para sahabat: "Tentu sekali tidak." Rasulullah bersabda: "Allah lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya."

Allah tidak sewenang-wenangnya mencipta Neraka itu untuk menyusahkan hamba-Nya, tetapi telah Allah kurniakan kepada kita akal untuk berfikir dan menilai baik serta buruknya sesuatu perkara. Itulah nikmat Allah yang tidak dapat dihitung dan dibalas. Telah Allah turunkan Rasul sebagai contoh tauladan serta ikutan dan telah Allah turunkan juga Kitab-kitab-Nya untuk kita sebagai rujukan, jadi kenapa kita harus hidup tanpa arah tujuan? Segala kemudahan telah Allah kurniakan, tetapi kenapa harus kita mencampakkan diri ke kancah kesusahan. Ingatlah jalan derita itu kita yang pilih sedangkan Allah menurunkan sesuatu dugaan dengan kadar kemampuan hamba-Nya untuk menanggung. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu....

Saturday, September 15, 2012

Dalam Mencari Sempurna


Tidak dinafikan bahawa fitrah manusia yang Allah jadikan, sentiasa inginkan yang terbaik dalam kehidupannya. Keluarga yang terbaik, kereta yang terbaik, rumah yang terbaik, dan segala-galanya yang terbaik. Dalam kehidupan kita, tanpa kita sedar, kita sentiasa inginkan yang terbaik, padahal yang terbaik untuk kita itu telah pun berada di hadapan mata. Begitu juga dengan pasangan hidup. Kadangkala, manusia mencari yang terlalu sempurna hingga mengabaikan soal-soal yang lebih penting berbanding dengan kesempurnaan itu.
Sesuatu yang perlu kita fahami adalah, tiada manusia yang sempurna selain kesempurnaan yang ada pada Nabi Muhamad SAW. Hanya Allah yang sempurna. Dan mencari kesempurnaan di saat diri kita juga punya begitu banyak kelemahan adalah sesuatu yang tidak wajar. Kerana menjadi itu lebih baik dari mencari…. Kata-kata ini dikongsikan oleh Ustaz Hasrizal dalam bukunya “Aku Terima Jadi, keperluan menjadi yang terbaik itu lebih penting dari mencari yang terbaik. InsyaAllah. Sahabat-sahabat, Allah juga ada nyatakan dalam al-Quran, bahawa hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Maka fikir-fikirkanlah..

“Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci, boleh jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Al-Baqarah:216)

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. …Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula…. Akhirnya ia dibuang…. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya…. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. menyayangimu. ..mengasihimu. ..Mengapa kamu berlengah, cuba membandandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain… Kamu juga yang akan menyesal….. Sungguh, bahawa Allah tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi ia memberi apa yang sebenarnya kita perlukan..

Saidina Umar RA berkata; Ada sepuluh hal yang tidak akan sempurna kecuali apabila didukung sepuluh hal yang lainnya;
1. Akal tidak akan sempurna kecuali jika disertai sifat warak
2. Amal tidak akan sempurna kecuali jika disertai ilmu
3. Kejayaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai rasa takut kepada Allah
4. Kekuasaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai keadilan
5. Kemuliaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai kesopanan
6. Kegembiraan tidak akan sempurna kecuali jika disertai keamanan
7. Kekayaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai kedermawaan
8. Kefakiran tidak akan sempurna kecuali jika disertai qanaah
9. Kemuliaan keturunan tidak akan sempurna kecuali jika disertai kerendahan hati
10. Jihad tidak akan sempurna kecuali jika disertai taufik

Thursday, September 13, 2012

Tiga Penyesalan Yang Akan Dialami Manusia


Dalam beberapa ayat, al-Quran menginformasikan peristiwa masa depan yang akan dialami sekelompok manusia di akhirat kelak. Berupa ‘penyesalan’ atas rakaman jejak hidupnya yang jauh dari nilai Islam selama di dunia. Ungkapan penyesalan ini diabadikan dengan ungkapan “Ya Laitani”. Penyesalan yang hanya terucap, namun tidak mampu dikotakan. Kerana waktu sudah terlambat.
Boleh jadi, pengetahuan ini memberikan pelajaran bagi yang masih hidup di dunia. Agar waspada, jangan sampai penyesalan itu dialaminya di akhirat kelak. Masih lebih baik, jika penyesalan itu terjadi di dunia. Kerana di dunia, masih ada kesempatan atau peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Sebaliknya, penyesalan di akhirat tidaklah berguna, kecuali neraka jahannam.

Lalu, apa sajakah penyesalan-penyesalan yang akan dialami sekelompok manusia itu?, Jawabannya adalah sebagai berikut:

Penyesalan Pertama: Penyesalan Saat Sakaratul Maut.

Sakarat boleh diertikan sebagai mabuk akal atau hilang segala-galanya. Nabi berpesan, “Perbanyaklah ingat kepada yang memutuskan kelezatan dunia, yakni kematian”. Sakaratul maut pasti benar adanya, ia akan menghampiri setiap manusia. Banyak sebab terjadinya kematian, namun cuma satu yang pasti yakni sakaratul maut. Saat peristiwa ini, bertautanlah kedua betis pelakunya Kerana terputusnya nyawa akan dahsyatnya sakaratul maut.

Saat sakaratul maut tiba, terakamlah seluruh jejak perbuatan manusia, yakni perbuatan baik dan buruk. Bila yang muncul rakaman kebaikan, pelaku tidak akan merasakan takut, bahkan menyambut bahagia, Kerana akan mendapatkan pahala. Namun sebaliknya, bila yang muncul rakaman keburukan, baginya dihadapkan dengan kesengsaraan yang mengerikan. Ia pun akan menyesal dan berkata “Kembalikanlah aku, supaya aku boleh beramal soleh dan bersedekah”. Namun sayang seribu kali sayang, penyesalan ini tiada berguna, ketentuan tidak boleh ditangguh dan ditundakan. Kerana itulah, akhir segalanya.

Penyesalan Kedua: Penyesalan Saat Melihat Kawan Baik Disiksa di Neraka.

Sebagai makhluk sosial, setiap insan tidak lepas dari bersahabat dengan orang lain. Bahkan, karakter dan keperibadian seseorang bergantung dari teman/komuniti dimana ia berada. Untuk itu, disarankan untuk berhati-hatilah ketika memilih teman. Agama seseorang akan mengikuti agama teman yang dia berkawan.
Baik buruknya bersahabat di dunia akan terakam jelas di akhirat kelak. Persahabatan yang didasari ketaatan dan kataqwaaan, akan memberikan bantuan / pertolongan satu sama lain. Namun sebaliknya, persahabatan yang dijalin atas dasar kedurhakaan, akan menjadikannya permusuhan. Satu sama lain akan saling menuding sebagai penyebab masuknya ke neraka. Kelompok manusia ini akan menyesal dengan berkata, “Ampunilah dosa-dosa kami ya Rabb!”. Dalam QS: Azzuhruf 67, Allah mengatakan “Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa”

Penyesalan Ketiga: Penyesalan Saat Diperlihatkan Buku Catatan Amal.

Setiap kita, didampingi dua malaikat yang bertugas mencatat seluruh amal kita, bila dan dimana kita berada. Catatan ini akan terakam dalam buku catatan peribadi yang akan ditayangkan di akhirat kelak. Mereka yang menerima catatan dengan rakaman perkara yang buruk, akan merasa terkejut, terbelalak dan menyesal. Mereka berkata, Kenapa begini? Kenapa semua tercatat? Saya pernahkah melakukan dosa ini? Padahal sudah tidak ingat lagi. Mereka lupa bahwa semua perbuatan di dunia sekecil apapun tercatat oleh Allah SWT yang tercermin dalam catatan peribadi. Mereka pun menyesal, dan menginginkan kembali ke dunia untuk berbuat amal soleh. Tiada apa yang boleh diakukan lagi, penyesalan ini sudah terlambat dan tiada berguna.

Bagaimana Menghindari Penyesalan Itu?

Peristiwa di atas adalah gambaran masa depan yang sudah diberitahu kepada setiap manusia yang hidup di dunia. Pelajarannya, bagaimana agar kita tidak mengalami penyesalan itu. Penyelesaiannya, bertaubatlah selama masih diberi kesempatan hidup di dunia dan kembali kepada ajaran islam. Orang yang hidup dalam suatu kebiasaan, maka ia akan dimatikan dalam kebiasaan itu, dan dibangkitkan dalam kebiasan itu. Jika kita membiasakan diri dalam nilai islam, maka kita akan dimatikan dan dibangkitkan dalam keadaan islam.

Begitu pun dalam mencari sahabat dan komuniti, carilah yang mampu mengajak ke jalan Allah sehingga boleh menyelamatkan diri kita di akhirat kelak. Selanjutnya perbanyak beramal soleh agar catatan peribadi yang diterima kelak hasilnya baik dan menyenangkan. Selamat beramal dan fikir-fikirkan

Monday, September 3, 2012

Mencari Yang Terbaik Dalam Yang Terbaik


Setiap orang mempunyai naluri untuk mencari yang sempurna dan terbaik dalam hidup ini. tak kiralah dalam apa pekara sekalipun. Semua orang nakkan kehidupan yang terbaik dan selesa. Ada kereta besar, rumah yang cantik. Mempunyai anak-anak yang soleh, dan mempunyai ayah dan emak yang mithalli. Pendek kata semualah yang sempurna dan terbaik menjadi keutamaan dalam hidup setiap orang. Andai kesempurnaan itu belum tercapai maka semua orang akan berusaha dan berlumba-lumba untuk mencapainya dan akan jadilah persaingan hidup. Seperti pokok-pokok di hutan yang bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. Tetapi ingat segala-galanya kalau bukan kehendak Allah, maka segala yang kita inginkan tidak akan tercapai dan perlu juga di ingat ada hikmah di sebalik apa yang berlaku di dalam kehidupan kita. Tidak semestinya apa yang kita nak sangat-sangat itu terbaik untuk kita. Ada kalanya apa yang hadir dalam hidup kita suka mahupun duka, itulah yang terbaik tanpa kita tahu apa hikmah di sebaliknya.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8). Ayat ini menjelaskan bahawa tujuan Allah SWT mendatangkan pelbagai ujian ke atas hambaNya adalah untuk menilai siapakah di antara hamba-hambaNya yang terbaik. Yang terbaik amalnya itulah adalah orang terbaik di sisi Allah. Ujian yang Allah datangkan kepada hamba-Nya tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan semata-mata.

Mencari yang terbaik antara yang terbaik dalam kehidupan kita menjadi idaman setiap orang, semua orang inginkan yang terbaik tetapi pada hakikatnya sekarang adakah kita yang terbaik, mari kita muhasabah dan tanya diri kita sendiri sudah cukup baikkah kita? Baikkah kita disisi Allah? Baikkah kita terhadap ibu bapa kita? Baikkah kita dengan isteri dan anak-anak? Baikkah kita dengan orang sekeliling? Fikirkan dan renungkan sedalam-dalamnya manfaatkan dengan muhasabah agar diri kita sentiasa dalam proses untuk jadi yang lebih baik dari semalam atau sebelumnya.

Kita perlu mencari jalan dan mencari ilmu untuk membaiki diri kearah yang lebih baik, memang bukan mudah untuk kita buang tabiat-tabiat buruk yang telah melekat atau menyerap dalam diri kita tetapi sekiranya kita ada azam yang tinggi untuk membuangnya InsyaAllah, ianya akan hilang dengan mudah dan bersih sekali. Mengapa sukar kita nak buang tabiat buruk kita? Sebab kita sendiri yang mencintainya dan menyayangi tabiat itu dan dengan sebab itu tabiat itu sendiri sukar untuk melepaskan diri kita ini. Nak jadi baik??? Cari sifat-sifat positif atau sifat-sifat mahmudah agar dapat mengubah hidup kita dari yang kurang baik ke yang terbaik. Carilah dan carilah walaupun berkurun lamanya... carilah walaupun beribu batu jauhnya.... kerana ada perumpamaan mengatakan bahawa jauh perjalanan, luas pandangan, maka banyaklah pengetahuan. Maka cari lah, sekiranya kita di utara, berhijrahlah ke timur atau kemana saja demi mampu menjadikan kita yang terbaik. "Berhijrah" adalah satu kata kunci yang tepat untuk kita menjadi yang terbaik, berhijarahlah kemana sahaja janji dapat satu tanda yang akan ubah kita.
Semua orang di atas muka bumi nak jadi baik tapi kebanyakkan kita hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja, kerana kita nak jadi baik sebab orang lain jadi baik dan bukan atas dasar kehendak sendiri oleh itu ianya susah untuk menjadi amalan harian kita seharian. Sebab bukan kemahuan kita tapi disebabkan oran lain. Nak berubah biarlah atas kehendak sendiri bukan disuruh atau dipaksa kerana jarang berkesan sekiranya sebegitu, biarlah kita jujur dan ikhlas melakukannya. Melalui pengalaman yang pernah ditempuhi, pelbagai kursus, kem bina diri , motivasi telah disertai tetapi hakikatnya sampai sekarang adakah kita masih macam biasa, berjaya? Renungkan!!!! Allah telah bagi peluang kepada kita, maksud kecemerlangan yang kita milikki.... sijil penyertaan kursus atau seminar yang kita ikuti, banyak tapi kita masih tak dapat menjadi yang terbaik.. kenapa? Sebab bukan kemahuan kita tetapi kemahuan orang... selain itu semangat juga main peranan penting untuk berubah, bukannya semangat hangat-hangat tahi ayam tapi biarlah ia istiqamah dan tawakkal...

Fahamilah nak jadi baik ada cara yang lebih pantas dan cepat... iaitu cari keredhaan Allah InsyaAllah kita akan menjadi yang terbaik, kerana islam sentiasa mengajar kita untuk menjadi baik dari hari ke hari dan dari semasa ke semasa... oleh itu sentiasalah mendekati diri dengan Allah dan rajin-rajinlah bersujud. berubahlah sebelum kita tidak sempat berubah!!!!!! satu langkah untuk berubah melakar seribu pengalaman!!!! selamat berubah demi kebaikan hidup masa depan dan diri sendiri kerana kita mahu menjadi warga jannah!!!

Ada satu dailog antara Pensyarah dan anak muridnya tentang “ mencari yang terbaik ”. Bertanya si murid tadi kepada Pensyarahnya “ Tuan, macam mana kita nak dapatkan pasanggan yang terbaik dalam hidup kita?”…. Lalu Pensyarah pun mengarahkan anak muridnya tadi pergi ke padang.” Ok sekarang kamu pergi cari rumput yang terbaik dan bawakannya kepada saya, dengan syarat kamu perlu bermula dari padang sebelah kanan dan terus ke kiri dan tidak boleh berpatah balik, hanya satu yang saya nak” Dan di suruhnya mencari satu rumput yang terbaik, tercantik yang ada di atas padang tersebut.

Si murid tadi bersetuju dan terus mencari satu rumput yang terbaik di atas padang tersebut. Bermulalah pencarian anak murid tadi untuk mendapatkan sehelai rumput yang tercantik. Tiba-tiba matanya tertarik dengan sehelai rumput yang bersinar cantik , warnanya kehijauan dan segar, lalu di petiknya. “ Hah dah dapat, dah dapat.” Bisik hatinya dengan gembira. Tiba-tiba matanya melihat nun jauh ke kehadapan melihat masih jauh perjalanan dan masih banyak rumput-rumput di hadapatnya untuk di nilai. Bisik hatinya “ mungkin ada lagi yang cantik dari ini di hadapan sana “ lalu dia membuang rumput yang di petiknya tadi dan terus mara kehadapan dengan harapan akan bertemu dengan rumput yang lebih cantik, lebih bersinar dan lebih segar dari rumput tadi.

“Hah ini dia dah dapat “ wajah gembira terpancar di mata nya. Tiba-tiba di lihatnya ruput tersebut ada tompok kekuningan di sebelah bawah, hati dan fikiranya kembali memikirkan rumput yang sebelum ini. dengan kata mudah rumput ini tak mampu menandinggi kecantikan rumput sebelumnya. Dengan perasaan tersentap dengan apa yg bermain di fikiranya, dia pun meninggalkan rumput tersebut dan menerukan mencarian dengan harapan yang sama, mencari rumput yang terbaik dari rumput pertama. Setelah berjumpa dengan rumput yang ketiga, keempat dan kelima. Semuanya senasib dengan rumput yang kedua. Dalam hatinya begitu menyesal mengenangkan rumput yang pertama dan sudah pasti rumput itu akan mati setelah di petik. Nak saja dia pergi dapatkan balik rumput yang pertama tadi, tetapi bila teringatkan syarat Pensyarahnya “ tidak boleh berpatah balik” dia menjadi begitu kecewa.
Setelah selesai mencari rumput yang terbaik di padang, dia pun terus meningalkan padang dan menuju kepada Pensyarahnya yang menanti tanpa membawa sehelai rumput pun, di tanganya konsong.
Soal Pensyarah “ dah jupa rumput yang saya cakapkan tu”
“Ya, dah jumpa Tuan “ jawanb anak murid tadi dengan suara yang lemah.
“Bak sini, saya nak lihat “ minta Pensyarah tersebut
Jawabnya sambil duduk lemah di atas sebuah kerusi“ saya dah buang “ wajah kecewa jelas di wajahnya.
Pensyarah pun tersenyum dan melihat telatah kecewa anak muridnya tapi. berkata Pensyarahnya “ Apa yang Allah anugerahkan kepada kita adalah yang terbaik dan kita wajib bersyukur keatas-Nya. Lihat orang-orang di sekeliling kita, merekalah yang terbaik untuk kita. Jangan sia-siakan mereka yang hadir dalam hidup kita, merekalah yang terbaik

Untuk kita menjadi terbaik, marilah kita amalkan perkara dibawah ini agar kita terpelihara dari azab api neraka;

1.Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya Allah berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2.Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3.Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insyaallah, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.
4.Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5.Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6.Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, Insyaallah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8.Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga Jumaat berikutnya – Imam Ahmad.
9.Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain..
10.Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya -Tirmizi
11.Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12.Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
13.Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
14.Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. Insyaallah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
15.Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, Allah catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Dawud.
16.Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
17.Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
18.Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
19.    Nabi tak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
20.Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
21.Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
22.Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali -Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
23.Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
24.Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
25.Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
26.Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNya) - Bukhari.
27.Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
28.Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
29.Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
30.Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari.
31.Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
32.Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu Dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
33.Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
34.Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
35.Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.
36.Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari Jumaat, Insyaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
37.Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud.
38.Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatNya.
39.Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.
40.Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.
41.Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
42.Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu dan jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.
43.Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.
44.Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, Insyaallah dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.
45.Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap Allah - Abu Dawud.
46.Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
47.Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar.
48.Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
49.Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.
50.Para ulamak berpendapat, Allah sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.